KETEREH: Perbuatan Mencantas Bakat Tokoh-Tokoh Muda Semata-Mata Bagi Mengekalkan Kuasa Dianggap Bekas Pemimpin Umno Dimulakan Di Zaman Tun Dr Mahathir Mohamad

KETEREH: Perbuatan Mencantas Bakat Tokoh-Tokoh Muda Semata-Mata Bagi Mengekalkan Kuasa Dianggap Bekas Pemimpin Umno Dimulakan Di Zaman Tun Dr Mahathir Mohamad

Strategi cantas pelapis dimulakan Dr Mahathir HarakahDaily Julai 09, 2012 KETEREH: Perbuatan mencantas bakat tokoh-tokoh muda semata-mata bagi mengekalkan kuasa dianggap bekas pemimpin Umno dimulakan di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad. Bekas Exco Pemuda Umno Malaysia, Aspan Alias mendakwa sikap itu diamalkan Presiden Umno terbabit kerana bimbang ada pemimpin lain akan menyaingi kedudukan beliau. Menurut beliau strategi tersebut ternyata memberi kesan buruk kepada struktur kepemimpinan Umno apabila pengganti-pengganti Dr Mahathir dilihat kurang berwibawa. “Umno tidak dapat melahirkan barisan pemimpin pelapis yang benar-benar berwibawa untuk menerajuai parti dan negara. “Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dilantik selepas itu dianggap ramai sebagai seorang pengganti yang lemah. “Begitu juga Datuk Seri Najib Razak, kelemahannya dilihat lebih ketara berbanding pemimpin sebelumnya termasuk masalah peribadi,” katanya pada ceramah di Kampung Pagar Pisang, Melor malam semalam. Hadir sama Yang Dipertua PAS Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh, anggota Parlimen Ketereh, Abdul Aziz Abdul Kadir dan ahli jawatankuasa PAS Ketereh, Ahmad Rosli Ibrahim. Aspan berkata, selama 23 tahun Umno di bawah Dr Mahathir, parti itu kehilangan tokoh yang berwibawa untuk diketengahkan bagi meneruskan kesinambungan parti terbabit. Beliau yang juga seorang penulis kini bersama DAP berkata, kezaliman dilakukan pemimpin Umno menjadi penyumbang besar kepada kejatuhannya. Contoh yang jelas berlaku di Kelantan sekarang apabila pemimpin Umno sewenang-wenang menafikan hak rakyat Kelantan mendapat royalti petroleum. “Najib mengikut jejak Dr Mahathir dan Abdullah mengkhianati perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan pusat dan Kelantan. “Pusat sepatutnya membayar 5 peratus royalti setiap tahun tetapi mereka melanggarnya,” ujar beliau. Copyright © 2012 Harakahdaily Source: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/11548-strategi-cantas- pelapis-dimulakan-dr-mahathir .

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    1 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us