Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Pertama Mesyuarat Kedua

Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Pertama Mesyuarat Kedua

Naskhah belum disemak (DR) PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA Bil. 48 Khamis 6 Disember 2018 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 6) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 34) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2019 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.60 (Halaman 53) Maksud B.62 (Halaman 93) Maksud B.63 (Halaman 151) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 52) Usul Anggaran Pembangunan 2019 Jawatankuasa:- Maksud P.60 (Halaman 53) Maksud P.62 (Halaman 93) Maksud P.63 (Halaman 151) DR.6.12.2018 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA Khamis, 6 Disember 2018 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Tuan Chan Foong Hin [Kota Kinabalu] minta Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan status perkembangan pembinaan loji jana kuasa geothermal pertama untuk Malaysia yang terletak di Tawau. Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim [Puan Yeo Bee Yin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan- Sustainable Energy Development Authority Malaysia (SEDA) telah meluluskan permohonan Tawau Green Energy Sendirian Berhad bagi pelaksanaan projek jana kuasa sumber geothermal melalui mekanisme takrif galakan ataupun kita lebih dikenali sebagai feed-in tariff (FiT) dengan izin di Apas Kiwi Tawau Sabah pada 2 Julai 2015. Projek ini sepatutnya telah mula beroperasi dan menjana tenaga boleh baharu daripada sumber geothermal kepada SESB pada 31 Disember 2017. Walau bagaimanapun, ia telah gagal berbuat demikian. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, berdasarkan pemeriksaan tapak yang dijalankan, kerajaan mendapati bahawa tiada sebarang kemajuan projek yang ditunjukkan. Sebagai contoh, operasi penggerudian telah diberhentikan sejak suku ketiga 2016 dan slim hole telah pun ditutup dengan well head. Kesemua kabin sementara dan kelengkapan penggerudian yang diberhentikan semasa lawatan tapak tidak lagi di atas tapak. Ketiga ialah tiada langsung kakitangan yang ditempatkan di tapak projek dan rumpai panjang kelihatan sudah pun tumbuh meliar. Tawau Green Energy seolah-olahnya telah memberhentikan segala operasi dan urusan di tapak projek. Oleh itu, kerajaan melalui SEDA telah membatalkan kelulusan yang diberikan kepada Tawau Green Energy pada 29 Ogos 2018. Dengan pembatalan ini, kuota kelulusan galakan 37 megawatt daripada projek ini akan diagihkan semula kepada projek-projek tenaga boleh baharu lain yang berdaya maju khususnya biogas, biomass dan hidro kecil. Tuan Chan Foong Hin [Kota Kinabalu]: Ya, projek ini sebenarnya dia berkait rapat dengan seorang Ahli Parlimen Sipitang yang tak berani datang untuk mengangkat sumpah. Beliau merupakan bekas Ketua Menteri Sabah, dia memegang majoriti syer 52 peratus Syarikat DR.6.12.2018 2 Tawau Green Energy ini pada tahun 2013. So soalan saya, ini kerana sering kali penduduk tempatan nampak lori balak. Okey, dia keluar masuk tapak ini dan di atas barang kemajuan projek ini ditunjukkan. So, saya meminta soalan saya adakah, apakah perancangan kerajaan untuk menegakkan keadilan untuk memastikan projek ini diteruskan atau diselamatkan oleh pihak lain. Memandangkan RM35 juta geran UKAS sudah dibelanjakan untuk membina jalan yang sekarang tumbuh liar dengan rumput-rumput di sana. Sekian, terima kasih. Puan Yeo Bee Yin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya maklumkan tadi, projek ini telah dibatalkan tetapi kerajaan masih belum ada lagi rancangan yang seterusnya untuk menawar balik pelaksanaan projek ini. Ini adalah kerana projek geothermal kadangkala adalah lebih mahal daripada sumber tenaga baru yang lain. Akan tetapi, kita akan meneliti dari semasa ke semasa teknologi dan juga kewajaran feasibility project itu. Apabila dia make business sense dengan izin, kita akan meneruskan pelaksanaan walau apa pun kita akan tawarkan semula dengan pembinaan terbuka dengan open tender. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Pembinaan loji jana kuasa ini ada empat jenis, biogas, biomass, hidro dan arang batu. Apakah keutamaan pihak kementerian daripada empat jenis ini dan bagaimana kita boleh memperbanyakkan lagi pembinaan- pembinaan dari segi loji jana kuasa biomass. Sebagaimana yang saya pernah timbulkan di sini untuk bahan buangan kelapa sawit supaya ia boleh membantu pengusaha-pengusaha pekebun sawit. Terima kasih. Puan Yeo Bee Yin: Terima kasih, Yang Berhormat Pontian kata arang batu adalah tenaga boleh baharu. Saya hendak correct kan di sini, ini bukan arang batu. Bukan renewable energy ya. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Saya tak cakap begitu, saya kata empat jenis biogas, biomass, hidro, arang batu. Puan Yeo Bee Yin: Oh! Okey. So... Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Silap, Yang Berhormat Menteri silap. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Teruskan Yang Berhormat Menteri. Puan Yeo Bee Yin: Oleh itu, sumber jana kuasa bukan sahaja ada empat jenis. Ada banyak lagi jenis tetapi saya ambil maklum. Akan tetapi, apabila kerajaan tengok apakah teknologi tenaga boleh baharu ini, kita tengok feasibility, semua renewable energy teknologi ini. ■1010 Di mana kita kena tengok, sama ada ia adalah cost competitive, adalah dia- apakah kos penjanaan kuasa per kilowatt jam. Itu sangat penting apabila kita memilih apakah teknologi yang kita kena galakkan. Saya memang tahu bahawa biomass ataupun biojisim, biogas adalah lebih strategik untuk kerajaan untuk menggalakkannya kerana ia bukan sahaja boleh menjana kuasa tetapi ia pun juga boleh menambah pendapatan untuk pengusaha-pengusaha kelapa sawit. Akan DR.6.12.2018 3 tetapi sekarang kita sedang mengkaji biomass sekarang belum lagi kompetitif, oleh itu ia adalah terletak dalam mekanisme feed-in tariff di mana kita bagi subsidi untuk penjanaan kuasa. Sekarang kementerian sedang menjalankan penyelidikan bagaimanakah kita kena fill in the gap untuk menjadikan teknologi ini lebih kompetitif daripada segi penjanaan kuasa dan kita akan umumkan finding kita selepas kita mendapatkan apa-apa finding yang kita dapat dan kita juga akan melabur dalam R&D. R&D untuk biomass dan juga biogas supaya dia menjadi lebih kompetitif. Akan tetapi untuk sekarang, apa yang boleh saya maklumkan kepada banyak sidang dalam ucapan saya bahawa biomass dan biogas masih lagi perlu subsidi daripada kerajaan untuk menjadi lebih kompetitif. 2. Tuan Awang Husaini bin Sahari [Putatan] minta Menteri Kerja Raya menyatakan berapa banyak komponen projek Pan Borneo Highway Sabah yang dikendalikan oleh golongan profesional tempatan. Adakah sumbangan mereka ini telah memberi nilai tambah kepada pelaksanaan projek tersebut. Menteri Kerja Raya [Tuan Baru Bian]: Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat sekurang-kurangnya lapan komponen bagi projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang dikendalikan oleh golongan profesional tempatan. Komponen-komponen terlibat ialah kejuruteraan, geoteknikal, ukur nilai tanah, ukur bahan, perundangan kesihatan, keselamatan alam sekitar, perancangan projek dan pengurusan risiko. Sumbangan mereka ini telah memberi nilai tambah kepada pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah daripada segi pembangunan modal insan, profesional di bidang pembinaan lebuh raya kepada golongan profesional tempatan Sabah. Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini melalui kontrak 12 pakej kerja yang sedang dilaksanakan, pihak rakan pelaksana projek atau PDP iaitu Borneo Highway PDP Sdn. Bhd. telah mengambil pekerja seramai 117 tenaga profesional tempatan Sabah di bidang-bidang yang telah disebutkan di atas. Bilangan tenaga profesional itu merupakan hampir separuh daripada tenaga kerja keseluruhan yang berkhidmat dengan pihak PDP. Jumlah tersebut tidak termasuk anggota profesional yang diambil bekerja oleh pihak perunding dan kontraktor yang terlibat di dalam projek ini secara langsung bukan di bawah PDP iaitu seramai 755 orang tenaga profesional. Jumlah keseluruhan tersebut iaitu seramai 872 orang tenaga profesional dijangka akan bertambah apabila lebih banyak pakej akan dilaksanakan bagi keseluruhan 35 pakej kerja projek ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, majoriti atau 90 persen daripada tenaga profesional berkenaan terdiri daripada warga negeri Sabah. Sekian, terima kasih. Tuan Awang Husaini bin Sahari [Putatan]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Apakah status terkini kajian semula pelaksanaan projek Pan Borneo secara project delivery partner (PDP) ini. Terima kasih. Tuan Baru Bian: Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Perundingan dan kajian masih dijalankan di antara stakeholders yang melibatkan iaitu Kerajaan Pusat, kerajaan negeri dan juga DR.6.12.2018 4 pihak PDP. Oleh kerana itu, keputusan muktamad belum lagi dibuat mengenai perkara tersebut. Terima kasih. 3. Tuan Ma’mun bin Sulaiman [Kalabakan] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah prosedur untuk memastikan kanak-kanak yang lahir di Malaysia yang tidak memiliki dokumen lengkap seperti surat lahir boleh diberikan vaksin (vaccine) yang amat diperlukan untuk pertumbuhan pembesaran sempurna kanak-kanak tersebut. Menteri Kesihatan [Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad]: Terima kasih. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    201 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us