Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Kedua Mesyuarat Ketiga

Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Kedua Mesyuarat Ketiga

Naskhah belum disemak PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA Bil. 49 Isnin 4 November 2019 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2020 (Halaman 29) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 29) Anggaran Pembangunan 2020 (Halaman 29) DR. 4.11.2019 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA Isnin, 4 November 2019 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] ___________________________________________________________________________ JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Dato' Sri Mustapa bin Mohamed [Jeli] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan jumlah pembuangan pekerja dalam semua sektor sepanjang 2018, dan setakat ini 2019. Berapakah bilangan yang ditawarkan VSS dalam tempoh yang sama dan berapakah bilangan peluang pekerjaan yang telah diwujudkan sepanjang tahun 2019 mengikut sektor. Menteri Sumber Manusia [Tuan M. Kulasegaran]: Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan notifikasi oleh majikan, bilangan pekerja yang diberhentikan bagi sektor swasta tahun 2018 adalah seramai 23,168 orang pekerja yang melibatkan 17,236 (74.4 percent) pemberhentian biasa dan 5,932 (25.6 percent) pemberhentian suka rela, VSS. Manakala, sehingga 30 September 2019 seramai 24,600 orang pekerja yang terlibat. Daripada jumlah tersebut, seramai 21,625 iaitu 87.9 peratus orang pekerja terlibat dengan pemberhentian biasa. Manakala, seramai 2,975 iaitu 12.1 peratus orang pekerja pula terlibat dengan pemberhentian suka rela, VSS. Bagi tahun semasa, pekerja yang terjejas merupakan di sektor-sektor pembuatan mencatatkan bilangan seramai 7,944 orang iaitu 32.29 peratus terlibat dan seramai 7,309 orang di sektor aktiviti pentadbiran dan khidmat sokongan. Seramai 2,123 orang di sektor perdagangan, borong dan runcit. Seramai 1,748 orang di sektor aktiviti kewangan dan insurans. Seramai 1,049 orang di sektor penginapan dan aktiviti perkhidmatan, makanan dan minuman. Manakala, seramai 679 orang di sektor maklumat dan komunikasi. Berdasarkan statistik daripada portal pekerjaan, sehingga tahun 2019, kekosongan pekerjaan yang didaftarkan oleh majikan kategori siswazah adalah sebanyak 50,326 orang. Manakala, sebanyak 642,798 kekosongan jawatan adalah untuk kategori bukan siswazah. Pengiklanan oleh lebih 20,000 majikan aktif yang menawarkan pelbagai jawatan di semua sekretari pekerjaan sektor awam dan swasta. Portal JobsMalaysia di bawah kementerian ini merupakan portal rasmi pasaran pekerja. Pusat JobsMalaysia seluruh negara menawarkan pelbagai informasi kekosongan pekerjaan. Ia terbuka dan juga diadakan di semua Urban Transformation Centre (UTC) di seluruh negara sepanjang tahun. Terima kasih. DR. 4.11.2019 2 Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed [Jeli]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya adalah berkaitan dengan peluang pekerjaan baharu yang diwujudkan. Saya mahu tanya sama ada ia meliputi sektor informal, sektor ekonomi gig dan juga sektor ekonomi digital? Sama ada ILMIA di bawah Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Perangkaan bercadang untuk memantapkan angka-angka? Ini kerana sektor ini semakin membesar di masa akan datang. Berkaitan dengan pengangguran anak muda dan siswazah satu perkara yang penting. Apakah sambutan setakat ini kepada inisiatif belanjawan kepada inisiatif #MalaysiaKerja? Sama ada kementerian bercadang untuk melibatkan rakyat Malaysia khususnya siswazah dan juga Ahli Parlimen sebelum skim ini #MalaysiaKerja dimuktamadkan? Terima kasih. Tuan M. Kulasegaran: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sektor informal, sektor gig economy termasuk perniagaan atas talian menawarkan salah satu cabang ekonomi masa yang membolehkan siswazah dan anak muda serta belia merebut peluang untuk meningkatkan pendapatan. Kementerian sedang memperhalus undang-undang dan peraturan yang berkaitan untuk menjaga kebajikan dan kepentingan mereka di bela dan terjaga. Baru-baru ini, telah diberitahu oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan bahawa ada inisiatif-inisiatif yang tertentu supaya anak muda mendapat kerja. Satu, di antaranya adalah mengawardkan sebanyak RM500 kepada setiap graduan yang menganggur lebih dari satu tahun di mana mereka akan diserap oleh majikan dan majikan akan membayar RM300. Ini bukan baharu kerana ada banyak negara yang telah menjalankan inisiatif tersebut dan berjaya. Harap ini boleh diperluaskan dan ILMIA telah diberikan tugas yang khas untuk menarik analisis dalam hal gig economy ini. Terima kasih. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang dijanjikan di dalam manifesto bahawa pihak Kerajaan Pakatan Harapan akan mewujudkan sebanyak 1 juta peluang pekerjaan baharu dalam masa tempoh lima tahun. ■1010 Setakat hari ini, berapakah jumlah pekerjaan baharu yang telah pun diwujudkan? Saya tahu tadi mungkin Yang Berhormat Menteri sudah menjawab berapa orang yang telah dibuang kerja dan berapa tambahan baharu selama satu tahun lebih ini? Adakah janji 1 juta pekerjaan itu boleh ditepati apabila sampai tempoh lima tahun nanti? Tuan M. Kulasegaran: Terima kasih Yang Berhormat Bera. Semestinya janji itu akan ditepati, akan dijayakan. Tidak ada masalah langsung. Ini kerana pada masa sekarang saya memberikan jawapan, Yang Berhormat, kita ada kekosongan 640,000 pekerjaan yang sedia ada. Bukan sahaja untuk kerja-kerja apa yang dikatakan 3D. Kita ada untuk pengurusan sebanyak 6,000 lebih, untuk profesional sebanyak 21,000 lebih, untuk juruteknik dan profesional bersekutu lebih daripada 22,000. Satu lagi aspek ini adalah di mana green-economy dikatakan boleh mewujudkan 250,000 pekerjaan. Ini sudah mula. Kalau kita tengok dalam satu tahun ini, lebih dari 150,000 pekerjaan sudah pun disediakan di mana kekosongan sekarang telah diisi. Akan tetapi, masalah kita yang DR. 4.11.2019 3 besar, Yang Berhormat Bera, adalah ada kekosongan yang banyak tetapi tidak ada anak-anak kita yang ingin mengambil pekerjaan tersebut. Terima kasih. 2. Tuan Che Alias bin Hamid [Kemaman] minta Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli menyatakan hasrat kementerian untuk melaksanakan tempoh percubaan untuk menguji keberkesanan prosedur operasi standard (SOP) baru perlombongan dan pengeksportan bauksit. Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli [Dr. Xavier Jayakumar]: Terima kasih Yang Berhormat Kemaman. Yang Berhormat Kemaman telah menanyakan soalan tentang SOP bauksit. Tuan Yang di-Pertua, prosedur operasi standard (SOP) Perlombongan dan Pengeksportan Bauksit Negeri Pahang yang disediakan ini telah merangkumi seluruh rantaian aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit, pra-perlombongan, semasa perlombongan dan pasca perlombongan. SOP ini telah mengambil kira pandangan-pandangan dari semua stakeholders yang terlibat termasuklah masyarakat tempatan, penggiat industri, badan-badan bukan kerajaan, persatuan penduduk dan SOP ini dinilai secara bebas oleh Jawatankuasa Eksekutif Penilaian SOP Perlombongan dan Pengeksportan Bauksit Negeri Pahang. SOP tersebut telah mengenakan syarat-syarat yang ketat bermula dari proses permohonan, pengangkutan, stockpile berpusat dan pengeksportan. Antara syarat yang perlu dipatuhi oleh penggiat industri adalah kelulusan laporan environmental impact assessment (EIA), saiz minimum tapak lombong, pemprosesan bijih bauksit dan lain-lain. Pada peringkat awal, kementerian berhasrat untuk meneliti keupayaan penggiat- penggiat industri untuk mematuhi semua syarat dalam SOP tersebut dan juga keupayaan agensi- agensi penguatkuasaan untuk menilai operasi perlombongan dan pengeksportan bauksit. Kementerian juga ingin memastikan supaya aktiviti perlombongan bauksit dan mineral-mineral lain dapat dilaksanakan secara mampan dan mempunyai nilai tambah bagi meningkatkan aktiviti ekonomi negara. Bagi menguji keberkesanan SOP yang baharu ini, pihak Kerajaan Negeri Pahang telah bersetuju supaya hanya beberapa operator sahaja dibenarkan di kawasan Gebeng, Kuantan setelah mendapatkan kelulusan-kelulusan seperti yang telah ditetapkan. Kementerian ini dimaklumkan bahawa pihak Kerajaan Negeri Pahang mencadangkan tempoh selama enam bulan diperlukan bagi menguji keberkesanan SOP yang baharu ini sebelum aktiviti perlombongan bauksit boleh dibuka untuk seluruh negeri Pahang dan di negara kita. Terima kasih. Tuan Che Alias bin Hamid [Kemaman]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebelum itu, saya mengalu-alukan wakil pegawai daripada Parlimen Hulu Langat ke Parlimen Malaysia. [Tepuk] Yang Berhormat Menteri, isu bauksit ini sering dibincangkan kerana ia melibatkan isu alam sekitar. Soalan saya. Saya ingin tahu daripada kementerian dari segi pemilihan kontraktor DR. 4.11.2019 4 dalam melakukan perlombongan bauksit ini. Apakah kriteria yang dipilih dan diambil berat serta bagaimana ia dilaksanakan bagi memastikan keupayaan pihak yang terlibat dapat mematuhi garis panduan yang ditetapkan dan tidak mengulangi insiden pencemaran seperti mana sebelum ini? Terima kasih. Dr. Xavier Jayakumar: Terima kasih. Memang kita akan menggunakan SOP ini dengan cara yang ketat. Siapa-siapa pun boleh mula bekerja dalam industri ini tetapi mereka kena ikut SOP yang kita telah tetapkan. Kementerian dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang telah pun kita pastikan bahawa siapa pun yang akan minta untuk lesen perlombongan dan lesen untuk mining activity itu, dia perlulah ikut SOP yang ada. Kalau tidak ada, kita akan tamatkan serta- merta syarikat-syarikat yang berkenaan. Sebab

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    184 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us