F EDISI KETIGA SENARAI SINGKATAN PERPUSTAKAAN DI MALAYSIA Edisi Ketiga Perpustakaan Negara Malaysia Kuala Lumpur 2018 SENARAI SINGKATAN PERPUSTAKAAN DI MALAYSIA Edisi Ketiga Perpustakaan Negara Malaysia Kuala Lumpur 2018 © Perpustakaan Negara Malaysia 2018 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian terbitan ini boleh diterbitkan semula atau ditukar dalam apa jua bentuk dengan apa cara jua sama ada elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia. Diterbitkan oleh: Perpustakaan Negara Malaysia 232, Jalan Tun Razak 50572 Kuala Lumpur 03-2687 1700 03-2694 2490 03-2687 1700 03-2694 2490 www.pnm.gov.my www.facebook.com/PerpustakaanNegaraMalaysia blogpnm.pnm.gov.my twitter.com/PNM_sosial Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan SENARAI SINGKATAN PERPUSTAKAAN DI MALAYSIA – Edisi Ketiga eISBN 978-983-931-275-1 1. Libraries-- Abbreviations --Malaysia. 2. Libraries-- Directories --Malaysia. 3. Government publications--Malaysia. I. Perpustakaan Negara Malaysia. Jawatankuasa Kecil Senarai Singkatan Perpustakaan di Malaysia. 027.002559 KANDUNGAN Sekapur Sirih .................................................................................................................. i Penghargaan .................................................................................................................. ii Prakata ........................................................................................................................... iii Pengenalan ................................................................................................................. iii Tujuan .......................................................................................................................... iii Definisi ......................................................................................................................... iv Susunan ....................................................................................................................... iv Skop ............................................................................................................................. iv Panduan Pembinaan dan Penggunaan Singkatan Perpustakaan .......................... v-viii Bahagian I Senarai Singkatan Perpustakaan ............................................................................ 1-38 Bahagian II Nama Perpustakaan ............................................................................................. 41-87 Lampiran A ................................................................................................................ 89 SEKAPUR SIRIH KETUA PENGARAH PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T., Senarai Singkatan Perpustakaan di Malaysia Edisi Ketiga berjaya diterbitkan pada tahun ini. Tujuan terbitan ini adalah untuk mewujudkan keseragaman penggunaan singkatan perpustakaan dalam pendokumentasian bahan perpustakaan di Malaysia. Edisi terbaharu ini mengandungi penambahbaikan kepada singkatan sedia ada yang lebih unik dan mudah dikenal pasti serta penambahan singkatan bagi institusi dan organisasi baharu. Saya percaya senarai singkatan ini akan menjadi sumber rujukan utama para pustakawan sebagai panduan dalam penggunaan singkatan yang seragam untuk nama perpustakaan masing-masing. Harapan saya agar buku ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pustakawan bagi memastikan wujudnya keseragaman dalam rekod bibliografi bahan perpustakaan di Malaysia khususnya dalam Katalog Induk Kebangsaan (KIK). Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Penerbitan Senarai Singkatan Perpustakaan di Malaysia dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penerbitan Senarai Singkatan Perpustakaan di Malaysia Edisi Ketiga. Dato’ Nafisah binti Ahmad i PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa Penerbitan Senarai Singkatan Perpustakaan di Malaysia Edisi Ketiga iaitu: Penyunting: 1. YBhg. Datin Munazzah Zakaria Bahagian Pembangunan Koleksi Perpustakaan Negara Malaysia 2. Puan Katrun Nada Hj. Hashim Pusat Bibliografi Negara Perpustakaan Negara Malaysia 3. Puan Anisatul-Wahidah Abdul Wahid Pusat Penyerahan Terbitan Negara Perpustakaan Negara Malaysia Penyusun: 1. Encik Hishamuddin Ramli Pusat Bibliografi Negara Perpustakaan Negara Malaysia 2. Cik Dayang Norainie Awang Junidee Pusat Bibliografi Negara Perpustakaan Negara Malaysia 3. Puan Rosliza Ismail Pusat Bibliografi Negara Perpustakaan Negara Malaysia 4. Puan Nor Afizah Mafrodi Pusat Bibliografi Negara Perpustakaan Negara Malaysia 5. Puan Nur Diana Gulam Mohamad Pusat Bibliografi Negara Perpustakaan Negara Malaysia ii PRAKATA PENGENALAN Senarai Singkatan Perpustakaan di Malaysia merupakan senarai panduan yang diguna pakai bagi menentukan singkatan atau simbol kod bagi perpustakaan di Malaysia yang terpilih termasuk cawangannya sama ada di sektor kerajaan mahu pun swasta. Satu jawatankuasa telah ditubuhkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bagi melaksanakan projek pengemaskinian edisi sedia ada. Edisi pertama dan kedua Senarai Simbol Perpustakaan di Malaysia telah diterbitkan pada tahun 1982 dan 1998 dalam bentuk bercetak. Bagi menambahbaik penggunaan singkatan perpustakaan, PNM telah menerbitkan edisi ketiga secara dalam talian sebagai Senarai Singkatan Perpustakaan di Malaysia. TUJUAN Senarai Singkatan Perpustakaan di Malaysia ini diterbitkan bagi tujuan seperti berikut: 1. Mewujudkan keseragaman penggunaan singkatan perpustakaan dalam pendokumentasian bahan perpustakaan di Malaysia. 2. Menyediakan dan mengemaskini satu garis panduan yang sistematik bagi pendokumentasian bahan perpustakaan yang berkualiti di Malaysia. 3. Mempertingkatkan perkongsian sumber maklumat di antara perpustakaan- perpustakaan di Malaysia melalui pangkalan data Katalog Induk Kebangsaan (KIK) yang mantap. iii DEFINISI Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan “Singkatan” adalah bermaksud sesuatu yang disingkatkan, kependekan, ringkasan. SUSUNAN Buku ini mengandungi senarai singkatan perpustakaan di Malaysia yang akan digunakan oleh perpustakaan yang menjadi ahli konsortium Katalog Induk Kebangsaan (KIK) yang dihos dan diselaraskan oleh PNM. Senarai singkatan perpustakaan ini disusun secara berabjad dan terbahagi kepada dua (2) bahagian iaitu Bahagian I (Senarai Singkatan Perpustakaan) dan Bahagian II (Nama Perpustakaan). Bahagian l menyenaraikan singkatan yang merujuk kepada nama penuh perpustakaan. Contoh: ABI - Angkatan Belia Islam Malaysia Bahagian ll menyenaraikan nama penuh perpustakaan yang merujuk kepada singkatan. Contoh: Angkatan Belia Islam Malaysia - ABI SKOP Senarai ini mengandungi garis panduan pembinaan singkatan perpustakaan di agensi, jabatan, kementerian, pertubuhan dan institusi terpilih. Ia merangkumi perpustakaan awam, akademik dan khusus terpilih yang terdapat di Malaysia termasuk cawangannya sama ada di sektor kerajaan mahu pun swasta kecuali perpustakaan atau pusat sumber sekolah tidak termasuk dalam senarai ini. iv PANDUAN PEMBINAAN DAN PENGGUNAAN SINGKATAN PERPUSTAKAAN Ketetapan pembinaan senarai singkatan tersebut berdasarkan peraturan seperti berikut: 1. Setiap perpustakaan di agensi/jabatan/kementerian/pertubuhan/institusi hanya akan diberi satu singkatan khas sahaja. 2. Setiap singkatan mengandungi sekurang-kurangnya minimum tiga (3) abjad permulaan setiap perkataan bagi nama agensi/jabatan/kementerian/pertubuhan/ institusi. Sekiranya berlaku pertindihan singkatan, pemilihan mana-mana abjad di dalam perkataan mengikut keadaan tertentu boleh digunakan agar lebih unik atau berbeza. 2.1 Contoh singkatan tiga (3) abjad permulaan. IJN – [I]nstitut [J]antung [N]egara JMG – [J]abatan [M]ineral dan [G]eosains Malaysia 2.2 Contoh singkatan lebih daripada tiga (3) abjad. KOMAKA – [Ko]lej [MA]RA Kulim, Kedah abjad “K” mewakili kod Negeri Kedah abjad “A” merujuk kepada cawangan pertama di negeri yang tersebut KOMAKB – [Ko]lej [MA]RA Kuala Nerang, Kedah abjad “K” mewakili kod Negeri Kedah abjad “B” merujuk kepada cawangan kedua di negeri tersebut 2.3 Contoh singkatan yang menggunakan satu (1) abjad permulaan bagi mewakili sesebuah pertubuhan atau organisasi. HBA – [H]ospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor abjad “H” mewakili perkataan Hospital abjad “B” mewakili kod Negeri Selangor v abjad “A” merujuk kepada Hospital pertama di Negeri Selangor HBB – [H]ospital Kajang, Selangor abjad “H” mewakili perkataan Hospital abjad “B” mewakili kod Negeri Selangor abjad “B” merujuk kepada Hospital kedua di Negeri Selangor 2.4 Contoh pembinaan singkatan yang bertindih AAN – [A]gensi [A]ngkasa [N]egara AUN – [A]kademi A[u]dit [N]egara √ [A]kademi [A]udit [N]egara X Berdasarkan contoh para 2.4 pemilihan singkatan “AUN” bagi Akademi Audit Negara adalah kerana singkatan “AAN” telah pun ditetapkan kepada Agensi Angkasa Negara terlebih dahulu. Adalah dibenarkan untuk memilih abjad selepasnya jika didapati abjad pertama bertindih dengan singkatan sedia ada. 3. Sekiranya nama agensi/jabatan/kementerian/pertubuhan/institusi mempunyai kurang daripada tiga patah perkataan, singkatan perlu dibina mengikut kesesuaian agar lebih unik dan tidak bertindih dengan singkatan pertubuhan dan organisasi yang lain. Contoh: YAB – [Y][a]yasan Selangor abjad “B” mewakili kod Negeri Selangor STE – [S]uruhanjaya [T][e]naga 4. Singkatan yang diberi adalah berdasarkan nama rasmi agensi/jabatan/kementerian/ pertubuhan/institusi berkenaan dalam bahasa Malaysia. Namun, nama
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages109 Page
-
File Size-