ISI KANDUNGAN Kalendar Akademik ............................................ 2 Pengenalan Dan Latar Belakang ...................... 3-4 Objektif, Visi Dan Misi ....................................... 5 Lokasi Kampus Aswara ..................................... 6 Program Pengajian Diploma ............................. 7-8 Sistem Semester ................................................ 9 Struktur Kursus Wajib Akademi......................... 10-17 Pusat Seni Pentas Tradisional (Putra) .............. 18-19 Unit Bahasa ......................................................... 20 Fakulti Muzik ....................................................... 21-34 Fakulti Teater ...................................................... 35-43 Fakulti Tari .......................................................... 44-56 Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem .................. 57-80 Fakulti Animasi Dan Multimedia......................... 81-89 Fakulti Rekaan Komunikasi Visual ................... 90-105 1 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020 KALENDAR AKADEMIK ASWARA SESI 2019/2020 DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN SEMESTER I ( 09 SEPTEMBER 2019 – 17 JANUARI 2020 ) Pendaftaran Pelajar Baharu Isnin, 02.09.2019 - Jumaat, 06.09.2019 01 minggu 01.09.19 (Ahad) & 02.09.19 (Isnin): Awal Muharram Pendaftaran Pelajar Lama Ahad, 08.09.2019 - Ahad, 08.09.2019 01 hari 09.09.19 (Isnin): Hari Keputeraan Kuliah Isnin, 09.09.2019 - Jumaat, 25.10.2019 07 minggu YDP Agong 16.09.19 (Isnin): Hari Malaysia *Proses Tambah/Gugur Kursus Isnin, 09.09.2019 - Jumaat, 20.09.2019 02 minggu 27-28.10.19 (Ahad-Isnin): Deepavali Cuti Pertengahan Semester Ahad, 27.10.2019 - Ahad, 03.11.2019 01 minggu 09.11.19 (Sabtu): Maulidur Rasul 25.12.19 (Rabu): Krismas Kuliah Isnin, 04.11.2019 - Jumaat, 20.12.2019 07 minggu 01.01.2020 (Rabu): Tahun Baru 25-27.01.2020 (Sabtu-Isnin): Cuti Ulangkaji Ahad, 22.12.2019 - Ahad, 29.12.2019 01 minggu Tahun Baru Cina Peperiksaan Akhir Isnin, 30.12.2019 - Jumaat, 17.01.2020 03 minggu 01.02.2020 (Sabtu): Hari Wilayah Cuti Antara Semester Ahad, 19.01.2020 - Ahad, 16.02.2020 04 minggu 08.02.2020 (Sabtu): Thaipusam SEMESTER II ( 17 FEBRUARI 2020 – 26 JUN 2020 ) Pendaftaran Pelajar Lama Ahad, 16.02.2020 - Ahad, 16.02.2020 01 hari Kuliah Isnin, 17.02.2020 - Jumaat, 03.04.2020 07 minggu 01.05.2020 (Jumaat): Hari Pekerja *Proses Tambah/Gugur Kursus Isnin, 17.02.2020 - Jumaat, 28.02.2020 02 minggu 07.05.2020 (Khamis): Hari Wesak 10.05.2020 (Ahad): Nuzul Al-Quran Cuti Pertengahan Semester Ahad, 05.04.2020 - Ahad, 12.04.2020 01 minggu 24-26.05.2020 (Ahad-Selasa): Hari Raya Aidilfitri Kuliah Isnin, 13.04.2020 - Jumaat, 29.05.2020 07 minggu Cuti Ulangkaji Ahad, 31.05.2020 - Ahad, 07.06.2020 01 minggu Peperiksaan Akhir Isnin, 08.06.2020 - Jumaat, 26.06.2020 03 minggu Cuti Akhir Sesi Akademik Ahad, 28.06.2020 - Ahad, 06.09.2020 10 minggu SEMESTER PENDEK ( 29 JUN 2020 – 21 OGOS 2020 ) Pendaftaran Pelajar Lama Isnin, 29.06.2020 - Isnin, 29.06.2020 01 hari 31.07.2020 (Jumaat): Aidiladha Kuliah Isnin, 29.06.2020 - Jumaat, 14.08.2020 07 minggu 20.08.2020 (Khamis): Peperiksaan Isnin, 17.08.2020 - Jumaat, 21.08.2020 01 minggu Awal Muharram 31.08.2020 (Isnin): Merdeka Cuti Akhir Sesi Akademik Ahad, 23.08.2020 - Ahad, 06.09.2020 02 minggu 2 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020 PENGENALAN Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan(ASWARA) ditubuhkan pada tahun 1994 dengan nama asalnya Akademi Seni Kebangsaan (ASK) merupakan agensi di bawah Kementeriaan Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia ketika itu. Di dalam Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah institusi ditubuhkan untuk pembelajaran dalam bidang seni. Di dalam konteks pembangunan negara, kemajuan pendidikan kesenian hendaklah sejajar dengan pertumbuhan ekonomi, sosial dan pembinaan modal insan. Matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju perlu didokong bersama oleh penggiat seni tanah air. Pengalaman beberapa buah negara maju seperti Perancis dan United Kingdom membuktikan bahawa pelaksanaan program pembangunan seni yang mantap bukan sahaja memastikan kesenian bangsa dipelihara dan boleh diangkat ke tahap lebih cemerlang, malah bidang seni juga boleh memberikan pulangan ekonomi yang baik kepada penggiatnya. ASWARA merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang bermatlamat menghasilkan seniman yang mahir dan karyawan yang berwibawa di samping menentukan kesinambungan warisan seni negara. Pada prinsipnya, ASWARA menumpukan pendidikan seni ke arah mengeluarkan „performer‟ yang kreatif, profesional dan berilmu. Penekanan pembelajaran ditumpukan kepada pendidikan amali bagi memastikan pelajar mencapai tahap kemahiran yang tinggi. Siswazah ASWARA adalah diharapkan dapat menampung keperluan tenaga mahir dalam bidang kesenian dan kemahiran. Ini dapat mengisi keperluan tenaga profesional seni seperti anggota orkestra, pencipta muzik / lagu, penyanyi, penggubah, pelakon, pengarah, penulis skrip, pendidik seni, penari, koreografer serta kerjaya lain yang berkaitan dengan industri seni kreatif. Pengembangan bidang pengajian yang merangkumi filem dan televisyen, tari, muzik, teater, penulisan kreatif, seni halus, animasi dan multimedia, reka seni visual dan pengurusan seni dan budaya serta ilmu yang berkaitan menjadikan ASWARA sebagai satu-satunya institusi pengajian tinggi yang menjalankan fungsi dan peranannya sebagai sebuah institusi induk pengajian kebudayaan, kesenian dan warisan yang komprehensif dan bertanda aras sebagai yang terbilang. 3 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020 LATAR BELAKANG Penubuhan ASWARA merupakan hasrat terbesar rakyat Malaysia untuk melihat sebuah institusi khusus yang menyediakan sistem pendidikan kesenian yang formal, tersusun, sistematik serta memenuhi keperluan industri kreatif negara dalam bidang seni budaya dan warisan. Aspirasi, semangat serta harapan yang dijelmakan melalui Kongres Kebudayaan Melayu Pertama di Melaka (30 Disember 1957 - 2 Januari 1958) dan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 di Kuala Lumpur (16 - 20 Ogos 1971) menjadikan pengujudan ASWARA juga sebagai sebuah institusi masyarakat yang bertanggungjawab mempertahankan jati diri dan kebudayaan rakyatnya. Sesuai dengan tuntutan penubuhan, perubahan, visi serta misi membangunkan institusi pendidikan kesenian cemerlang, akademi yang pada awalnya dikenali sebagai Akademi Seni Kebangsaan (ASK) 1994 telah dinaiktaraf sebagai institusi pengajian tinggi kerajaan melalui Akta 653 - Akta Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006. Akta yang dikuatkuasakan mulai 1 Ogos 2006 telah menzahirkan ASWARA untuk melengkapkan harapan akademi ini sebagai sebuah institusi latihan induk bagi pengajian seni budaya dan warisan di Malaysia. 4 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020 OBJEKTIF VISI MISI OBJEKTIF Sebuah institusi pengajian tinggi terulung dengan menyediakan pengajaran dan pembelajaran, pusat penyelidikan akademik, penerbitan dan khidmat nasihat professional, dalam bidang seni, budaya dan warisan. VISI Menjadi sebuah institusi induk pengajian dan latihan seni, budaya dan warisan yang diiktiraf dalam Negara, serantau dan diperingkat antarabangsa. MISI • Menjadi institusi ‘pembangunan modal insan’ dalam bidang seni budaya dan warisan yang relevan dan bermutu bagi memenuhi keperluan negara; • Melahirkan golongan intelektual, karyawan dan seniman yang berilmu, mahir dan profesional ke arah membangunkan nilai keusahawanan industri kesenian warisan negara; • Menjadi pusat sumber, khidmat nasihat, penyelidikan dan eksperimentasi seni, budaya dan warisan; • Menjadi badan pengiktiraf pengamal profesional seni, budaya dan warisan. 5 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020 LOKASI KAMPUS AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN 464, JALAN TUN ISMAIL 50480 KUALA LUMPUR Keluasan Kampus:- keluasan 8.5 hektar, 11 blok bangunan dengan keluasan 91,900 kaki persegi. Lokasi strategik di pusat ibukota, dikelilingi dengan jabatan awam dan swasta. Rangkaian kemudahan pengangkutan seperti bas, komuter, teksi dan stesen LRT. Berdekatan ruang persembahan utama (Bandaraya KL dan Petaling Jaya) – Panggung Bandaraya, KLPAC, Auditorium DBKL, MTC, Istana Budaya. Berdekatan dengan taman riadah sesuai untuk situasi pembelajaran – Laman ASEAN, Taman Burung, Taman Rama-rama. 6 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020 PROGRAM PENGAJIAN DIPLOMA Kurikulum Pengajian bagi Program Diploma Seorang pelajar perlu memperoleh sekurang-kurangnya Sembilan puluh (90) unit jam kredit untuk dianugerahkan Diploma. Modul/Kursus Wajib Akademi Modul/Kursus Wajib Akademi mengandungi kursus-kursus teras yang ditetapkan oleh Akademi dan wajib lulus sebagai syarat mendapatkan Diploma. Modul/Kursus Teras Fakulti Modul/Kursus Teras Fakulti mengandungi kursus-kursus teras program yang ditetapkan oleh sesebuah fakulti dan wajib lulus sebagai syarat mendapatkan Diploma. Kursus Elektif Kursus Elektif adalah kursus-kursus pilihan yang diikuti oleh seseorang pelajar sebagai memenuhi syarat mendapatkan Diploma yang boleh diambil dari fakulti berkenaan atau fakulti lain. Syarat Akademik Seseorang pelajar perlu mamatuhi Syarat Akademik sebagai melengkapkan keperluan untuk memperoleh Diploma. Komponen Kursus Seseorang pelajar dikehendaki mendaftar, mengambil dan lulus semua kursus dalam komponen-komponen berikut: Kursus Wajib Akademi Kursus Teras Fakulti Sejumlah kursus-kursus Elektif 7 DIPLOMA | SESI AKADEMIK 2019/2020 Kursus Fakulti Setiap Fakulti mempunyai kod sendiri iaitu: 1. AWA bagi Kursus Wajib Akademi 2. KUR bagi Kursus Wajib Akademi (Kokurikulum) 3. AMZ bagi program Fakulti Muzik 4.
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages106 Page
-
File Size-