Aturan Urusan Mesyuarat

Aturan Urusan Mesyuarat

MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI RABU, 21 NOVEMBER, 2001 PUKUL 10.00 PAGI Bil. 71 1 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. Datin Paduka Hajah Seripah Noli binti Syed Hussin [Sepang] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian berhasrat untuk mengadakan kertas Bahasa Inggeris Julai seperti Matematik Julai atau Bahasa Melayu Julai yang telah dilaksanakan untuk memperbaiki pencapaian atau meningkatkan kualiti Bahasa Inggeris di kalangan masyarakat awam. (PM #18015 v1) 2. Tuan Haji Saupi bin Haji Daud [Tanah Merah] minta MENTERI TENAGA, KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan sejauh manakah Kerajaan telah membuat kajian dan mengambil tindakan terhadap cadangan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan orang ramai yang menggesa pihak Kerajaan dan Telekom Malaysia agar menghentikan segera perkhidmatan talian 600 yang banyak membawa kesan negatif kepada masyarakat Malaysia terutama sekali generasi muda. (PM #17885 v1) 3. Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin [Arau] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan 5 fokus utama mengikut keutamaan Kementerian terhadap faktor-faktor pengeluaran yang dijangka memberi pulangan paling besar kepada negara untuk tempoh 10 tahun akan datang. Apakah strategi Kementerian untuk memastikan faktor tersebut berkembang dan mampu bersaing dalam dunia global kini. (PM #17993 v1) 2 AUM DR 21/11/2001(PM #18493 v1) 4. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan:- (a) apakah syarat-syarat Kerajaan terhadap pemaju perumahan sebelum memberi lesen pembangunan kepada mereka; dan (b) apakah bantuan Kerajaan kepada pembeli rumah yang membeli rumah daripada projek perumahan yang terbengkalai, khususnya projek yang diambil alih oleh Danaharta. (PM #18173 v1) 5. Dato’ Yap Pian Hon [Serdang] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan:- (a) jumlah makmal komputer yang telah diluluskan mengikut negeri sehingga bulan Jun 2001; dan (b) berapa buah Sekolah Menengah, Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) yang telah menikmatinya serta jumlah peruntukannya. (PM #17898 v1) 6. Tuan Mohd Amar bin Haji Nik Abdullah [Pengkalan Chepa] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah kos bagi kempen anti merokok bagi tempoh 1996 hingga 2001, dan setakat manakah kejayaan kempen tersebut. (PM # 18075 v1) 7. Tuan Kong Cho Ha [Lumut] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bagaimana dan apakah langkah-langkah Kementerian untuk menangani masalah banyak Balai Polis berada di dalam keadaan usang dan teruk sama ada dari segi keadaan bangunan ataupun keadaan perabot dan peralatan yang lain di mana ianya boleh menjejaskan semangat anggota-anggota polis untuk berkhidmat kepada negara. (PM #17951 v1) 8. Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad [Lipis] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN ALAM SEKITAR menyatakan keluasan rezab Taman Negara di seluruh negara dan menyatakan apakah kawalan sedia ada mencukupi untuk menyelamatkan khazanah berbentuk kayu balak, haiwan, galian dan lain-lain. (PM #17874 v1) 1) 3 AUM DR 21/11/2001(PM #18493 v1) 9. Tuan Tan Kok Wai [Cheras] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah nama majalah/berita antarabangsa yang sering dikenakan tapisan ketat dan lewat kebenaran untuk edaran sejak setahun lalu dan nyatakan sebab-sebab ia perlu ditahan untuk tapisan begitu lama. (PM #17934 v1) 10. Tuan Haji Abdul Hamid bin Abd. Rahman [Sungai Benut] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah susulan dari cadangan perkhidmatan tukaran terus antara Ringgit Malaysia dan Thai Bhat bagi urusan perdagangan dua hala bagi mengurangkan kebergantungan kepada Dollar Amerika. Apakah rundingan yang sama dilakukan dengan negara-negara lain. (PM #17954 v1) 11. Tuan Robert Lau Hoi Chew [Sibu] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan:- (a) sama ada Kerajaan dapat menimbang menaikkan peruntukan untuk mencantikkan bandar serta kemudahan lain bagi bandar-bandar seperti Sibu dan Miri untuk mencapai status bandaraya menjelang tahun 2005; dan (b) syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh mana-mana bandar untuk mencapai status bandaraya di negara kita. (PM #17908 v1) 12. Tuan Haji Mohamed Sayuti bin Said [Kuala Selangor] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah langkah untuk mengatasi pembuangan sampah di tepi jalan utama atau di kawasan lapang yang terus berleluasa tanpa kawalan oleh pihak yang berwajib. (PM #18103 v1) 13. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah-langkah yang sedia ada oleh Kementerian untuk memastikan pihak Universiti Tempatan tidak menyalahgunakan kuasanya di dalam menjadi sebuah institusi pendidikan tinggi untuk mendidik para siswazah. (PM #18198 v1) 14. Tuan Hassan bin Mohamed [Besut] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:- (a) berapakah jumlah tahanan ISA yang masih dalam tahanan; dan (b) apakah menjadi kelaziman, tahanan ISA diaibkan dengan menanggalkan pakaiannya. (PM #18214 vl) 1) 4 AUM DR 21/11/2001(PM #18493 v1) 15. Dato' Zulhasnan bin Rafique [Wangsa Maju] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan di peringkat manakah sekarang proses Pelan Induk K-Ekonomi dan bilakah pelan tersebut akan diimplementasikan untuk menjana pertumbuhan ekonomi mampan selaras dengan visi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara k-ekonomi maju menjelang tahun 2020. (PM #18230 v1) 16. Tuan Haji Mohamad bin Sabu [Kuala Kedah] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:- (a) jumlah keseluruhan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), syarikat-syarikat yang menerima pelaburan KWSP serta keuntungan atau kerugian dalam pelaburan- pelaburan tersebut; dan (b) sejauh mana YAB Perdana Menteri dan kabinet diberikan penjelasan dalam sesuatu keputusan pelaburan KWSP. (PM #18337 v1) 17. Datuk Yong Teck Lee [Gaya] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada kekosongan tiga ahli dalam Suruhanjaya Pilihan Raya telah dipenuhkan dan adakah ahli yang berasal daripada Sabah dalam badan ini. (PM # 17817 v1) 18. Puan Lim Bee Kau [Padang Serai] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA DAN KELUARGA menyatakan apakah khidmat sokongan dan peluang perniagaan yang boleh diberikan kepada golongan wanita yang berminat khususnya ibu-ibu tunggal. (PM #17974 v1) 1) 5 AUM DR 21/11/2001(PM #18493 v1) PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI PERTAMA 1. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Bank Negara Malaysia (Pindaan) 2001 2. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Bank dan Institusi Kewangan (Pindaan) 2001 3. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Bank Islam (Pindaan) 2001 * Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan dibawa pada semua peringkat di mesyuarat ini. 1) 6 AUM DR 21/11/2001(PM #18493 v1) ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL 1. Menyambung semula petimbangan ke atas Rang Undang-undang Perbekalan 2002 (D.R. 37/2001) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2002 seperti berikut: “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih tiga puluh tiga bilion lima ratus tiga puluh enam juta empat ratus sembilan puluh satu ribu enam ratus tiga puluh ringgit (RM33,536,491,630) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2002, bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Belanjawan Persekutuan, 2002 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 31 Tahun 2001 adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut, hendaklah disahkan. dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis (Hari Ketiga diuntukkan) 2. (D.R. 38/2001) Rang Undang-undang Penapisan Filem 2001 Bacaan Kali Yang Ketiga 3. (D.R. 39/2001) Rang Undang-undang Kewangan 2001 “ 4. (D.R. 40/2001) Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan “ Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001 5. (D.R. 41/2001) Rang Undang-undang Suruhanjaya “ Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2001 6. (D.R. 42/2001) Rang Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti “ (Pindaan) 2001 1) 7 AUM DR 21/11/2001(PM #18493 v1) 7. Menteri Kewangan akan mencadangkan:- “Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10 (4) (a) Akta Prosedur Kewangan 1957 (Pindaan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baharu seperti berikut:- ‘Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara’ 8. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] akan mencadangkan:- Bahawa Dewan ini menyokong laporan dan rekomendasi SUHAKAM berhubung tindakan ganas pihak polis dalam menangani kejadian demonstrasi Jalan Kebun, Shah Alam oleh penunjuk-penunjuk perasaan dan mendesak Kerajaan mengambil tindakan ke atas Polis yang bertanggungjawab. 9. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] akan mencadangkan:- Bahawa Dewan ini mengutuk sekeras-kerasnya pencabulan dan serangan agresif tentera Israel ke atas kawasan yang diduduki Palestin dan mendesak masyarakat antarabangsa terutama Amerika Syarikat mengenakan sekatan ekonomi dan ketenteraan ke atas Israel atas kedegilannya. 10. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] akan mencadangkan:- Bahawa Dewan ini bersetuju berdasarkan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan Kerajaan melaksanakan secara saksama dan seadil-adilnya dasar kebebasan beragama di Malaysia dan menggalakkan rakyat supaya mengamalkan hidup murni dan bertoleransi ke arah melahirkan masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia saling hormat- menghormati antara agama dan

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    13 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us