JPKPR 12.11.2011 i PENDENGARAN AWAM JAWATANKUASA PILIHAN KHAS PENAMBAHBAIKAN PROSES PILIHAN RAYA BILIK MESYUARAT JAWATANKUASA 1, BANGUNAN PARLIMEN SABTU, 12 NOVEMBER 2011 AHLI-AHLI JAWATANKUASA Hadir: YB. Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili [Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi] - Pengerusi YB. Dato’ Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad [Kangar] - Timbalan Pengerusi YB. Tan Sri Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn [Alor Gajah] YB. Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan [Hulu Selangor] YB. Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit] YB. Tuan Mohamed Azmin Ali [Gombak] YB. Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli [Kuala Krai] YB. Tuan Loke Siew Fook [Rasah] YB. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] YBhg. Datuk Roosme binti Hamzah - Setiausaha URUS SETIA Encik Che Seman bin Pa Chik [Setiausaha Bahagian Pengurusan Dewan] Encik Amisyahrizan bin Amir Khan [Ketua Penolong Setiausaha (Perundangan dan Prosiding)] Encik Mohd. Ikram bin Seri @ Rahimi [Penolong Setiausaha Kanan (Perundangan dan Prosiding)] Encik Wan Kamarul Ariffin bin Wan Ibrahim [Penolong Setiausaha I (Perundangan dan Prosiding)] Encik Zulfazly bin Mohammad Penolong Setiausaha II (Perundangan dan Prosiding)] HADIR BERSAMA Parlimen Malaysia Encik Noor Rosidi bin Abdul Latif [Penasihat Undang-undang] Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Cik Yusniati binti Ishak [Setiausaha Bahagian (PD)] Encik Hamzah bin Mohd Noor [Penolong Setiausaha] Encik Harun Che Su [Timbalan Setiausaha] Laporan Prosiding Pendengaran Awam JK Pilihan Khas Penambahbaikan Pilihan Raya - Bil.2/2011 JPKPR 12.11.2011 ii HADIR BERSAMA Kementerian Dalam Negeri YBhg. Dato’ Haji Wahab bin Mohd Yasin [Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan] Puan Rafidah binti Datu Derin [Timbalan Setiausaha Bahagian] Puan Maimon bin Yasin [Timbalan Setiausaha Bahagian (Operasi) PP] Encik Muhamad Sade bin Mohamad Amin [Setiausaha Bahagian (Bahagian Parlimen dan Kabinet)] Jabatan Pendaftaran Negara YBhg. Dato’ Jariah binti Mohd Said [Ketua Pengarah (Jabatan Pendaftaran Negara)] Puan Mazni binti Bidin [Pegawai Khas KPPN] Encik Ruslan bin Alias [Penolong Pengarah Kad Pengenalan] Puan Laila binti Abdul Majid [Timbalan Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat] Encik Md. Solehan bin Omar [Pengarah Bahagian Kad Pengenalan] Encik Zakaria bin Awi [Ketua ICT] Encik Hassan bin Wahid [P. Kewarganegaraan] Polis Diraja Malaysia SUPT. Norafiah bin Arshad ASP Azahar bin Abu Bakar Kementerian Pertahanan Lt. Kol. Hamdan bin Yaccob [Pengurus ICT] Kapten Azizi bin Elias [Pegawai Staf 3 ICT] Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Encik Mohamad Fuzi bin Che Man [Penolong Setiausaha] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Encik Daniel Dajin [Penolong Penguasa] Encik Han Chee Rull [Timbalan Pengarah Siasatan] Kementerian Luar Negeri Encik Aneurin Ignatius [Penolong Setiausaha] Encik Ahmad Rozian bin Abd. Ghani [Setiausaha Bahagian Penerangan dan Diplomasi Awam] Laporan Prosiding Pendengaran Awam JK Pilihan Khas Penambahbaikan Pilihan Raya - Bil.2/2011 JPKPR 12.11.2011 iii SAKSI (PENDENGARAN AWAM) The Association for the Promotion of Human Rights (PROHAM) YBhg. Tan Sri Ramon Navaratnam YBhg. Dato’ Michael Yeoh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) YBhg. Datuk Khaw Lake Tee [Timbalan Presiden] Encik Ameer Izyarif bin Hamzah Cik Lau Son Pian Puan Noor Azizah binti Atdenan Pemuda PAS Encik Suhaizan bin Kaiat Encik Mohd Adrani Musa Encik Kamaruzaman bin Ahmad Nur Majlis Peguam Malaysia Encik Lim Chee Wee [Presiden] Encik Christopher Leong [Timbalan Presiden] Encik Tony Woon Democratic Action Party Socialist Youth (DAPSY) YB. Puan Janice Lee Ying Ha [Timbalan Ketua] Encik Zairil Khir Johari [AJK] Encik Rajiv a/l Rishyakaran [Setiausaha] Encik Lee Hwan Bo Encik Khoo Kian Seang Encik Chan Boon Hong Encik Tan Chan Kiang Puan May Lun Encik Lee Ching Hung Encik Wong Sing Yee Encik Tay Khan King Encik Chan Huan Guan Hospital Tung Shin Dr. Ng Swee Choon [Consulting Cardiologist] Dr. Ng Kwee Boon [Senior Consulting Obstetrican and Gynecologist] Dr. Steve Wong King Shen [Consultant Plastic Surgeon] Dr. Yong Su Mei Dr. Tan Wee Kee Dr. Tan Tong Sei Growing Emerging Leaders Centre Puan Jasmine Ng Kit Ching [Chairperson] Encik Ooi Piee See samb/- Laporan Prosiding Pendengaran Awam JK Pilihan Khas Penambahbaikan Pilihan Raya - Bil.2/2011 JPKPR 12.11.2011 iv SAKSI (PENDENGARAN AWAM) (samb/-) Putera MIC Wilayah Persekutuan Encik S. Yogendran [Ahli] Encik Mano [Ahli] Individu YBhg. Datuk S. Ambiga Dr. Wong Chin Huat Puan Maria Chin Abdullah Encik Andrew Khoo Encik Wong Piang Yow Encik Melvin Mah Puan Poh Swee Hiang Encik Robert William Dr. Shawn Tan Encik Kee Tuan Chye Laporan Prosiding Pendengaran Awam JK Pilihan Khas Penambahbaikan Pilihan Raya - Bil.2/2011 JPKPR 12.11.2011 1 LAPORAN PROSIDING PENDENGARAN AWAM JAWATANKUASA PILIHAN KHAS PENAMBAHBAIKAN PROSES PILIHAN RAYA PARLIMEN KEDUA BELAS, PENGGAL KETIGA Bilik Mesyuarat Jawatankuasa 2, Parlimen Malaysia SABTU, 12 NOVEMBER 2011 Mesyuarat dimulakan pada pukul 9.41 pagi [Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili mempengerusikan Jawatankuasa Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin memulakan dahulu pre council sebentar khas untuk Ahli-ahli Jawatankuasa ini serta juga pegawai-pegawai yang mewakili pelbagai jabatan dan agensi untuk kita memberi perhatian. Sekali lagi, selamat pagi dan salam sejahtera kepada kita semua, Ahli-ahli Yang Berhormat dari Jawatankuasa berhubung dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya Dewan Rakyat Parlimen yang ke- 12 ini, kepada Setiausaha Dewan Rakyat merangkap Setiausaha Jawatankuasa Pilihan Khas, Yang Berbahagia Datuk Roosme binti Hamzah, wakil-wakil agensi kerajaan, pegawai- pegawai Parlimen dan tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Selagi lagi terima kasih di atas kehadiran. Ini adalah hari kedua pendengaran awam yang pertama dan kelmarin pun kita telah pun menyelesaikan hari yang pertama ini melalui pendengaran awam. Kita telah pun berjumpa dengan pelbagai kumpulan kelmarin untuk mendapatkan maklum balas daripada pertubuhan-pertubuhan yang berdaftar, parti-parti politik atau individu terhadap penambahbaikan proses perjalanan pilihan raya. Setakat semalam, sebanyak 12 organisasi dan individu telah memberi cadangan dan pandangan kepada jawatankuasa ini. Sebelum kita memulakan sesi pendengaran awam pada hari ini, sukacita saya ingin memaklumkan jadual tugasan bagi Jawatankuasa Kecil untuk membincangkan terma rujukan yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Pilihan Khas sebelum ini. Untuk makluman, seperti mana yang telah saya maklumkan pada Mesyuarat Keempat Jawatankuasa ini, pembahagian tugas itu adalah berdasarkan kepada Jawatankuasa Kecil di kalangan Ahli- ahli Yang Berhormat yang dibahagikan kepada lima terma rujukan seperti yang dipersetujui pada hari Khamis, 9 November 2011. Oleh yang demikian, selepas ini saya ingin membaca senarai tersebut dan ia adalah terkandung di dalam edaran di situ. Laporan Prosiding Pendengaran Awam JK Pilihan Khas Penambahbaikan Pilihan Raya - Bil.2/2011 JPKPR 12.11.2011 2 Saya ingin menetapkan ini supaya kita tahu siapa-siapa pegawai yang akan membantu setiap Jawatankuasa Kecil yang diketuai oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan tertakluk kepada isu yang dibincangkan itu, memang kita inginkan pelbagai jabatan yang terlibat. Jadi mengikut jadual ini, bagi Jawatankuasa Kecil Undang-undang dan Peraturan yang Berkaitan dengan Pilihan Raya yang akan dipengerusikan bersama tetapi lead chairman ialah Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad, Yang Berhormat Kangar dan gandingannya yang belum lagi sampai pada pagi ini iaitu Yang Berhormat Wangsa Maju. Akan tetapi saya katakan bahawa Ahli Yang Berhormat bebas juga untuk mengikuti ya. You boleh daftar diri pada itu tetapi yang mengemas kini, yang given responsibility ini ada dua. Pegawai-pegawai adalah seperti berikut. Semua agensi ambil perhatian. Ini telah pun saya difahamkan dalam perbincangan awal. Setiausaha utama daripada agensi teraju ialah Encik Harun Che Su, Timbalan Setiausaha di situ. Ada beliau di sini?... Okey, full time. Juga dari SPR, Penasihat Undang-undang. Saya pergi ke KDN, Setiausaha Bahagian, Wan Siti Zawiyah Osman. Ada di sini? Ini yang telah pun dinamakan. Kita mahu pegawai yang cukup terkanan supaya mengetahui apa itu perkara-perkara yang dibincangkan secara menyeluruh dan berada dalam kedudukan yang jika ada perlu dirujuk untuk makluman kepada Ketua Pengarah, ia cukup tinggi. So not less than Setiausaha Bahagian untuk Ketua Penolong. Begitu pasukan di situ. Nanti pihak Ahli Yang Berhormat yang mempengerusikan ini boleh menambah mana-mana agensi ataupun wakil yang diperlukan. Pengkaji proses pilihan raya yang diketuai bersama oleh Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Parlimen Hulu Selangor. Ketuanya ialah Ahli Parlimen dari Gombaklah. Pegawai teraju begitu juga ialah Penolong Setiausaha daripada SPR, Encik Hamzah bin Mohd Noor serta juga dari JPN. Timbalan Pengarah Bahagian Kewarganegaraan dan Bahagian Penerangan dan Diplomasi Awam daripada Kementerian Luar Negeri. Jika beliau ada di sini, perlu pihak Setiausaha memaklumkan. Serta juga daripada SPRM. Penerangan dari segi Parlimen. Sekali lagi, di mana yang perlu untuk membantu mengemas kini perkara-perkara yang dibangkitkan sebagai cadangan dan bila mula untuk membuat laporan, pegawai yang lain boleh dimasukkan. Laporan Prosiding Pendengaran Awam JK Pilihan Khas Penambahbaikan Pilihan Raya - Bil.2/2011 JPKPR 12.11.2011 3 Bahagian penambahbaikan daftar pemilih yang saya dan Yang Berhormat Rasah akan ketuai dan siapa-siapa lagi Ahli Yang Berhormat yang lain. Daripada SPR, Pengurus ICT, agensi dan panel teraju. Nanti bisa diatur ya? Daripada
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages145 Page
-
File Size-