Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Pertama

Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Pertama

Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT PERTAMA Bil. 15 Rabu 1 April 2015 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Dadah Berbahaya (Pindaan) (No. 2) 2014 (Halaman 25) Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2014 (Halaman 92) Rang Undang-undang Perhubungan Perusahaan (Pindaan) 2014 (Halaman 141) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 24) Menangguhkan Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga Rang Undang-undang Di Bawah P.M. 62 (Halaman 91) 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT PERTAMA Rabu, 1 April 2015 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [Pasir Gudang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah perbelanjaan tahunan yang dikeluarkan bagi menampung segala kos yang melibatkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), termasuk kos serbuan/siasatan, kos makan minum semasa dalam tahanan, kos penghantaran pulang ke negara asal dan sebagainya serta langkah-langkah yang diambil bagi mengurangkan perbelanjaan tersebut. Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Batu datang dari Batu Pahat, Soalan satu akan dijawab. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, kos perbelanjaan tahunan yang ditanggungkan oleh kerajaan bagi menampung segala kos yang melibatkan pendatang asing atau PATI termasuk kos serbuan dan siasatan, kos makanan minuman semasa dalam tahanan, kos penghantaran pulang ke negara asal bagi tahun 2014 adalah sebanyak RM29,611,324.57. Untuk makluman Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua kos serbuan dan siasatan tidak dapat dinyatakan secara terperinci dan dijumlahkan atau di quantify dengan izin, oleh kerana kaedah dan keanggotaan pegawai yang menyertai operasi adalah berbeza dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun, sepanjang tahun 2014 sebanyak 5,452 operasi telah dilaksanakan dan seramai 37,644 orang PATI telah ditangkap. Mereka seterusnya telah ditempatkan di depot tahanan imigresen sementara menunggu penghantaran pulang ke negara asal. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Dewan yang mulia ini antara langkah yang diambil bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan dalam perkara ini adalah melalui pelaksanaan Program Penghantaran Pulang PATI yang menyerah diri secara sukarela bermula 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2014. Di bawah program tersebut mana-mana PATI yang menyerah diri akan dikenakan kompaun sebanyak RM300 dan bayaran pas khas sebanyak RM100 serta dikecualikan pendakwaan di bawah seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 iaitu Akta 155. Iaitu melibatkan kesalahan masuk dan 2 tinggal tanpa pas atau permit yang sah serta seksyen 15(4) di bawah akta yang sama iaitu melibatkan kesalahan tanpa alasan yang munasabah, didapati tinggal di Malaysia selepas permit dan pas tamat tempoh. PATI yang berkenaan juga telah disenaraihitamkan daripada memasuki negara dan biometrik diambil boleh membantu dalam mengesan dan mencegah jenayah dari memasuki negara ini kali yang kedua. Sejumlah 112,276 orang PATI telah menyerah diri untuk pulang ke negara asal melalui program bagi tahun 2014 yang melibatkan kutipan kompaun sebanyak RM33,657,024 dan pas khas sebanyak RM11,227,600. Kerajaan tidak mengalami kerugian, walau bagaimanapun, menanggung kos yang tinggi dalam operasi penguatkuasaan. Makanan minuman, kemudahan asas yang lain mengikut standard antarabangsa. Kerajaan tidak lagi perlu menanggung kos perbelanjaan penghantaran pulang PATI. Memandangkan segala kos pulang ke negara asal adalah ditanggung oleh PATI itu sendiri ataupun keluarganya ataupun saudara mara PATI ataupun kerajaan atau kedutaan negara asal PATI tersebut. Pelaksanaan Program 3+1 juga didapati turut dapat membantu mengurangkan kesesakan di depot tahanan imigresen. Sekian Tuan Yang di-Pertua. Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [Pasir Gudang]: Terima kasih Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, dalam keadaan negara yang sepatutnya mengambil kira punca-punca untuk penjimatan perbelanjaan. Berapa lamakah tempoh bagi seorang PATI berada di dalam tahanan? Saya ada pergi melawat penjara di bawah sebuah NGO baru-baru ini. Saya ingin merakamkan di sini kepada Kerajaan Malaysia terutamanya kerana layanan yang diberi kepada PATI adalah sangat baik dan memuaskan. Mereka juga dilengkapkan dengan beberapa kemahiran yang mana jika mereka pulang ke negara mereka, mereka boleh menambah ilmu. Persoalannya berapa lama mereka akan ditahan di sini kerana kosnya pasti melibatkan dalam perbelanjaan negara kita. Apakah tindakan kerajaan bagi mengatasi masalah kemasukan PATI ini kerana ianya jelas mendatangkan kerugian kepada negara dan rakyat Malaysia secara menyeluruhnya. Sekian terima kasih. ■1010 Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas persoalan Yang Berhormat. Ada dua persoalan sebenarnya. Satu, soalan lawatan Yang Berhormat dan berjumpa PATI yang ditahan di depot penjara. Saya ingin juga menjelaskan di sini bahawa kita banyak bekerjasama dengan pihak NGO termasuk SUHAKAM, United Nations High Commissioner for Refugees dan badan Red Cross antarabangsa untuk memastikan standard yang kita perkenalkan ini diterima pakai dan diiktiraf oleh badan-badan antarabangsa. Jadi dalam keadaan inilah kenapa penjagaan kita, walaupun mereka telah melakukan kesalahan, mereka juga dijaga dengan begitu rupa dan mendapat pengiktirafan antarabangsa bahawa depot tahanan ataupun penjara di mana kita menahan PATI ini dapat accreditation dengan izin, daripada pihak antarabangsa. Itu yang pertama. 3 Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, soalan tahanan berapa lama. Secara puratanya, tahanan di depoh kita tidak melebihi daripada tiga bulan sebenarnya. Akan tetapi, ada juga di kalangan mereka ini ditahan lebih panjang masanya daripada itu sampai lapan bulan oleh kerana masalah kita mendapat dokumen dari negara tersebut, daripada kedutaan negara-negara asal ataupun mereka tidak diterima oleh mereka dari negara asal oleh sebab, umpamanya kalau dari Myanmar, mungkin tidak diterima berlandaskan fakta-fakta yang tertentu. Jadi dalam keadaan sedemikian, mereka ini berada di tahanan lebih panjang daripada yang perlu ataupun secara puratanya. Walau bagaimanapun, kita akan terus berusaha, berbincang dengan pihak kedutaan-kedutaan yang terlibat supaya mereka ini boleh dipercepatkan pemberian dokumen perjalanan untuk mereka dihantar pulang ke negara asal mereka. Saya cukup yakin ia akan mengurangkan kos perbelanjaan yang kerajaan belanjakan. Walau bagaimanapun, keseluruhannya bukan kita hendak melihat keuntungan dan kerugian dalam kita menjaga pihak PATI dalam tahanan kita. Dalam sudut apa yang saya telah sebutkan awal tadi, bahawa kita tidak sebenarnya berbelanja berlebihan sangat daripada apa yang kita kutip daripada mereka dari sudut kompaun dan juga kos pemberian pas sementara untuk mereka sebelum dihantar pulang ke negara asal. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Berapakah jumlah perbelanjaan dan bilangan penguat kuasa yang diperlukan oleh pihak kementerian untuk menyelesaikan masalah yang berpanjangan, berdekad-dekad ini, memandangkan jalan tikus Thailand dan Malaysia pun lebih 600 dan bagaimana Yang Berhormat dapat menyelesaikan masalah ini? Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tuan Yang di-Pertua, saya ucap terima kasihlah kepada soalan Yang Berhormat dari Kepong. Kita menerima hakikat bahawa di sempadan utara Malaysia di antara Kelantan, Perak, Perlis, Kedah dengan Thailand mempunyai jalan tikus yang banyak, dan juga di sempadan negeri Sarawak dan Sabah. Sarawak sahaja mempunyai sempadan sepanjang 2,000 kilometer dari Tanjung Datu iaitu kawasan saya hingga ke kawasan Ba’kelalan dan juga Sabah yang mempunyai kurang lebih 800 kilometer. Ini semua boleh dibolosi Yang Berhormat, oleh pihak-pihak pendatang asing. Selagi Malaysia dilihat sebagai sebuah negara yang boleh menampung hidup mereka mencari kehidupan yang lebih baik daripada negara mereka sendiri, sepanjang itulah sempadan kita akan terus dibolosi oleh pihak-pihak ini. Bukan kerana mereka nak melakukan kesalahan di negara ini tetapi untuk mencari kesenangan hidup yang mungkin tidak didapati di negara asal mereka. Jadi selagi gula ini ada di negara kita, sepanjang itulah semut akan datang, Yang Berhormat. Walau bagaimanapun, perbincangan di antara Kementerian Dalam Negeri dan juga Yang Berhormat Menteri yang jaga MKN ada dekat sini, berterusan untuk mencari sumber kewangan untuk kita membuat tembok di sempadan utara negara kita dengan Thailand. Ini sebenarnya secara prinsipnya kita sudah bersetuju Yang Berhormat tetapi kosnya yang begitu tinggi. Menteri sendiri dah bagi tahu tetapi walau bagaimanapun, kementerian masih memikirkan dan juga MKN bersama memikirkan mekanisme supaya mengurangkan kos kerajaan tapi hendak melaksanakan juga tembok ini secara sistem-sistem lain termasuklah juga benteng-benteng tertentu di Sarawak dan juga di Sabah termasuk membina dan 4 merancang pembinaan pos dan CIQ yang lebih banyak lagi di Sarawak dan di Sabah yang kita rancang sekarang ini. Akan tetapi Yang Berhormat, constraint kita ialah daripada sudut kos, perbelanjaan yang begitu besar untuk melaksanakan program yang kerajaan lihat penting dan perlu dilaksanakan. Terima kasih Yang Berhormat. 2. Dato’

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    143 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us