17.7 Juta Rakyat Malaysia Sudah Dibanci BACHOK, 4 Mei -- Seramai

17.7 Juta Rakyat Malaysia Sudah Dibanci BACHOK, 4 Mei -- Seramai

17.7 juta rakyat Malaysia sudah dibanci BACHOK, 4 Mei -- Seramai 17.7 juta daripada 32.7 juta rakyat Malaysia sudah dibanci menerusi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) setakat semalam. Timbalan Ketua Perangkawan (Program Sosial dan Pembangunan Teknikal) Nazaria Baharudin berkata jumlah tersebut mewakili 50 peratus jumlah keseluruhan rakyat negara ini yang sudah dibanci. "Sejumlah 17.7 juta atau 54 peratus daripada 32.7 juta penduduk negara ini sudah selesai dibanci. Baki 50 peratus lagi penduduk yang perlu dibanci akan dilakukan sehingga akhir Jun, namun sekiranya ada keperluan baki yang tidak sempat diselesaikan akan dilaksanakan sehingga Julai. "Bancian 2020 penting bagi kerajaan merancang fasiliti yang diperlukan seperti kemudahan kesihatan kepada warga emas, sekolah dan taska dalam tempoh sembilan tahun akan datang. Jika ada yang enggan mendaftar mereka juga akan rugi kerana sukar bagi kerajaan melaksanakan projek pembangunan yang diperlukan setiap tahun," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Turun Padang Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) di Kampung Balai, Tawang, di sini hari ini. Turut hadir Pengarah DOSM Kelantan Zuraidy Zainal Abidin. Mengulas mengenai Banci 2020 di Kelantan, Nazaria berkata kerjasama yang diberi penduduk negeri ini sangat baik apabila seramai 1.4 juta daripada 1.9 juta rakyat Kelantan sudah menunaikan tanggungjawab mereka. "Sudah 1.4 juta rakyat Kelantan melibatkan 419,000 kediaman telah dibanci. Malah kawasan seperti Jajahan Kecil Lojing, Jajahan Jeli, Jajahan Tanah Merah, Jajahan Tumpat, Jajahan Pasir Puteh dan Jajahan Machang proses banci sudah selesai. "Jajahan Kota Bharu pula sudah 98 peratus, Jajahan Gua Musang (98 peratus), Jajahan Kuala Krai (97 peratus), Jajahan Pasir Mas (98 peratus) dan Jajahan Bachok (81 peratus)," katanya. https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1958623 .

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    1 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us