Mahathir Pengerusikan Mesyuarat Menteri-Menteri Besar Dan Ketua Menteri

Mahathir Pengerusikan Mesyuarat Menteri-Menteri Besar Dan Ketua Menteri

15 JUL 1999 MAHATHIR PENGERUSIKAN MESYUARAT MENTERI-MENTERI BESAR DAN KETUA MENTERI PUTRAJAYA, 15 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad hari ini mempengerusikan mesyuarat menteri-menteri besar dan ketua menteri di kompleks pentadbiran kerajaan persekutuan di Putrajaya. Agenda utama yang dibincangkan dalam mesyuarat itu ialah memperkukuhkan perkhidmatan perancangan bandar dan desa antara kerajaan persekutuan dan negeri serta isu kelewatan pihak berkuasa tempatan mengeluarkan sijil kelayakan diduduki (CF). "Di samping itu, mesyuarat berkenaan juga menyentuh status pelaksanaan projek bekalan air luar bandar di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh. "Turut dibincangkan di mesyuarat itu yang dihadiri semua menteri besar, kecuali Kelantan dan ketua menteri, kecuali Sarawak, ialah laporan prestasi pelaksanaan program menaikkan taraf jalan kampung secara goton- royong," menurut satu kenyataan pejabat Perdana Menteri yang dikeluarkan di akhir mesyuarat itu. Sarawak diwakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr George Chan. Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Kewangan Pertama Tun Daim Zainuddin Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Mustapa Mohamed, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Annuar Musa, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Ting Chew Peh dan Menteri Penerangan Tan Sri Khalil Yaakob. Hadir sama ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Abdul Hamid Othman, Menteri Perusahaan Utama Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik dan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Tan Sri Kasitah Gaddam. -- BERNAMA MNY RON.

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    1 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us