KIRA-KIRA 40 PERATUS SUDAH MENGUNDI DI KEDAH SETAKAT INI (Bernama 29/11/1999)

KIRA-KIRA 40 PERATUS SUDAH MENGUNDI DI KEDAH SETAKAT INI (Bernama 29/11/1999)

29 NOV 1999 Undi-Kedah (Tengah hari) KIRA-KIRA 40 PERATUS SUDAH MENGUNDI DI KEDAH SETAKAT INI ALOR SETAR, 29 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad adalah di antara kira-kira 300,000 pengundi yang telah mengundi pada pilihan raya umum ke-10 di Kedah sehingga tengah hari ini. Jumlah itu merupakan kira-kira 40 peratus daripada jumlah keseluruhan 765,028 pengundi di negeri ini. Dr Mahathir dan isterinya Datin Seri Dr Siti Hasmah Mohamad Ali mengundi di Sekolah Kebangsaan Titi Gajah, untuk memilih calon bagi kerusi Parlimen Pokok Sena dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Langgar. Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Pokok Sena ialah Datuk Wan Mohamed Hanafiah Wan Mat Saman, yang dicabar Ketua Pemuda PAS Mahfuz Omar. Bagi kerusi DUN Langgar pula, BN mencalonkan Sheikh Nek Ali Nek Ahmad manakala pencabarnya Mohamad Shauki Ibrahim dari PAS. Dr Mahathir mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Pasu, yang telah diwakilinya sejak 1974, dan kali ini beliau dicabar bekas Ketua Penerangan PAS yang juga wartawan Harakah, Subky Latif. Ketibaan Perdana Menteri dan isterinya di sekolah itu pada pukul 10.30 pagi disambut dengan laungan "Hidup Barisan Nasional" dan "Hidup Mahathir" oleh para penyokong BN di luar perkarangan sekolah itu. Proses pengundian kelihatan rancak pada sebelah pagi ini ekoran para pengundi mengambil kesempatan cuti umum dan cuaca cerah. Menteri Kewangan Pertama Tun Daim Zainuddin yang mempertahankan kerusi Parlimen Merbok, dan isterinya Toh Puan Mahani Idris mengundi di Sekolah Menengah Shin Min, Sungai Petani, pada pukul 9.25 pagi, kira-kira 60 km dari sini. Menteri Besar Tan Sri Sanusi Junid dan isterinya Puan Sri Nila Inangda Manyam Keumala mengundi di Sekolah Kebangsaan Langkawi, Langkawi pada pukul 9.30 pagi. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paduka Dr Abdul Hamid Othman mengundi di Sekolah Menengah Agama Batu 8, Sik, pada pukul 10.20 pagi, kira-kira 74 km dari sini. Presiden PAS Datuk Fadzil Noor mengundi di Sekolah Menengah Tanah Merah, Pendang, pada pukul 8.30 pagi, kira-kira 26 km dari sini. Menurut polis keadaan keselamatan pada keseluruhannya adalah terkawal. -- BERNAMA TM/jm RI.

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    1 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us