Jawapan-Jawapan Bertulis Bagi

Jawapan-Jawapan Bertulis Bagi

DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS Pada PADA 27, 28, 29 DAN 30 MAC 2017 bersamaan 28 - 29 JAMADIL AKHIR DAN 1 - 2 REJAB 1438 Dikeluarkan oleh: Pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS PADA 27, 28, 29 DAN 30 MAC 2017 bersamaan 28 - 29 JAMADIL AKHIR DAN 1 - 2 REJAB 1438 Dikeluarkan oleh: Pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS daripada: SETIAUSAHA DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT ISNIN, 27 MAC 2017 1. Nama Ahli-ahli. 1 2. Doa. 5 3. Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha 5 Mulia Sultan Terengganu. SELASA, 28 MAC 2017 1. Nama Ahli-ahli. 18 2. Ucapan Yang Berhormat Yang Dipertua 22 Dewan. 3. Kertas-Kertas Kerja Dan Laporan-Laporan. 27 4. Soalan-Soalan Yang Telah Diberi Notis: (i) Soalan-soalan Bertulis 28 (ii) Soalan-soalan Lisan 30 5. Cadangan Usul Di Bawah Fasal 30, 63 Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri. 6. Usul-Usul Yang Telah Diberi Notis: (i) Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah 65 Ucapan Diraja. RABU, 29 MAC 2017 1. Nama Ahli-ahli. 143 2. Soalan-Soalan Yang Telah Diberi Notis: (i) Soalan-soalan Lisan 147 3. Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah 184 Ucapan Diraja. (Sambungan Ucapan Perbahasan & Penggulungan) KHAMIS, 30 MAC 2017 1. Nama Ahli-ahli. 268 2. Soalan-Soalan Yang Telah Diberi Notis: (i) Soalan-soalan Lisan 275 3. Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah 305 Ucapan Diraja. (Sambungan Ucapan Penggulungan) 4. Rang Undang-Undang: i) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Terengganu) 2017 [Usul Melanjut Tempoh Masa 408 Persidangan] 6. Tangguhan 438 7. Lampiran 439 [Soalan-soalan dan Jawapan-jawapan Bertulis] PERSIDANGAN PADA HARI ISNIN, 27 MAC 2017 Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 27 Mac 2017 PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BERMULA PADA PUKUL 9.30 PAGI HADIR: YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA Dato‟ Haji Mohd Zubir bin Embong, DPMT.,PJK. YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR TERENGGANU Dato‟ Seri Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman, SSMZ. WAKIL SEBERANG TAKIR Yang Berhormat Dato‟ Haji Tengku Putera bin Tengku Awang, DPMT. WAKIL KUALA BERANG Yang Berhormat Dato‟ Haji Mohd Jidin bin Shafee, DPMT.,DMSM.,KMN. WAKIL PERMAISURI Yang Berhormat Dato‟ Haji Rozi bin Mamat, DPMT.,SMZ. WAKIL TELEMONG Yang Berhormat Ir. Haji Rosli bin Othman, AMN. WAKIL KEMASIK Yang Berhormat Haji Nawi bin Mohamad, SMT.,PJK. WAKIL HULU BESUT Yang Berhormat Haji A. Latiff bin Awang, PJC.,PJK. WAKIL PENGKALAN BERANGAN Yang Berhormat Haji Roslee bin Daud, AMZ.,PPN. WAKIL BUKIT BESI 1 Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 27 Mac 2017 Yang Berhormat Ghazali bin Taib, AMZ. WAKIL AJIL Yang Berhormat Dato‟ Haji Muhammad Pehimi bin Yusof, DPMT.,PPN. WAKIL JERTIH Yang Berhormat Haji Wan Abdul Hakim bin Wan Mokhtar, AMT. WAKIL AIR PUTIH Yang Berhormat Haji Mohd Mahdi bin Musa, AMT. WAKIL KOTA PUTERA Yang Berhormat Haji Bazlan bin Abd. Rahman, AMT.,PJK. WAKIL BATU RAKIT Yang Berhormat Haji Mohd Iskandar bin Jaafar, PJK. WAKIL JABI Yang Berhormat Tengku Zaihan bin Che Ku Abd. Rahman, PJK. WAKIL KUALA BESUT Yang Berhormat Haji Satiful Bahari bin Mamat WAKIL PAKA Yang Berhormat Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi, AMT. WAKIL BATU BUROK Yang Berhormat Haji Mohd Abdul Wahid bin Endut, PJC. WAKIL WAKAF MEMPELAM Yang Berhormat Dr. Haji Alias bin Razak WAKIL BUKIT TUNGGAL Yang Berhormat Azan bin Ismail WAKIL BANDAR 2 Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 27 Mac 2017 Yang Berhormat Haji Mohd Nor bin Hamzah WAKIL BUKIT PAYONG Yang Berhormat Ariffin bin Deraman WAKIL ALUR LIMBAT Yang Berhormat Haji Hanafiah bin Mat WAKIL CUKAI Yang Berhormat Haji Ridzuan bin Hashim WAKIL TELUK PASU Yang Berhormat Haji Hishamuddin bin Abdul Karim WAKIL TEPOH Yang Berhormat Haji Wan Hapandi bin Wan Nik WAKIL SURA Yang Berhormat Haji Hilmi bin Harun WAKIL MANIR Yang Berhormat Haji Alias bin Harun WAKIL RANTAU ABANG TIDAK HADIR (DENGAN MAAF): Yang Berhormat Dato‟ Seri Haji Ahmad bin Said, SSMZ.,DPMT.,ASM.,PJK. WAKIL KIJAL Yang Berhormat Dato‟ Haji Sabri bin Mohd Noor, DIMP.,PPN.,PJK. WAKIL LANGKAP Yang Berhormat Dato‟ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang, SSMT. WAKIL RHU RENDANG Yang Berhormat Dato‟ Haji Tengku Hassan bin Tengku Omar, DPMT.,PJC.,PJK.,BLB. WAKIL LADANG 3 Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 27 Mac 2017 HADIR MENURUT FASAL XIII(3) UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU (BAB YANG PERTAMA) YANG BERHORMAT SETIAUSAHA KERAJAAN Dato‟ Wan Nawawi bin Haji Wan Ismail, DPMT.,SMZ.,PJC.,PJK. YANG BERHORMAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI Dato‟ Azhar bin Abdul Hamid, DSAP.,AMK. YANG BERHORMAT PEGAWAI KEWANGAN NEGERI Dato‟ Haji A. Rahman bin Yahya, DPMT.,AMZ.,KMN.,PJK. SETIAUSAHA DEWAN UNDANGAN NEGERI Encik Zulkifly bin Isa, PJK. 4 Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 27 Mac 2017 PUKUL 10.20 PAGI SETIAUSAHA DEWAN: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu‟alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Dato‟ Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Dato‟ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Sebelum kita memulakan Persidangan Dewan pada pagi ini marilah sama-sama kita membaca Ummul Kitab, Al-Fatihah. .....[ Al-Fatihah ] ..... Perkara pertama dalam Tertib Pekerjaan Dewan pada hari ini ialah Doa oleh Yang Berhormat Dato‟ Yang Dipertua Dewan. DOA Dibaca oleh Yang Berhormat Dato‟ Yang Dipertua Dewan. YANG BERHORMAT DATO‟ YANG DIPERTUA DEWAN KELUAR DARI DEWAN UNDANGAN NEGERI MEMOHON PERKENAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN DAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTANAH TERENGGANU UNTUK BERANGKAT KE MAJLIS DEWAN UNDANGAN NEGERI. TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN TERENGGANU Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillahi Rabbil „Alamin, Wabihi Nasta‟in. Assalamu‟alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Yang Berhormat, Ahli–Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu. Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata‟ala, kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, dapat Beta dan Sultanah hadir dan seterusnya bertitah, di Majlis Perasmian 5 Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 27 Mac 2017 Pembukaan Penggal Persidangan Kelima Dewan Undangan Negeri Terengganu yang Ketiga Belas, pada pagi yang mulia ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Solallahu „Alaihi Wasallam dan sekalian ahli keluarga, para sahabat serta seluruh umat Baginda. Alhamdulillah, di atas segala nikmat keamanan, nikmat kemakmuran dan nikmat keselamatan, yang dikurniakan Allah Subhanahu Wata‟ala kepada Negeri Beta, Negeri Terengganu Darul Iman dan seluruh rakyat jelata yang Beta kasihi. Ahli-ahli Yang Berhormat, tanamkanlah azam, perkukuhkanlah iltizam, sentiasalah bergerak ke hadapan, sederap dan selangkah, berpadu tenaga bagi memastikan pembangunan Negeri Terengganu Darul Iman, sentiasa mencapai kemajuan dan rakyatnya sentiasa menikmati keamanan dan kemakmuran. Sekiranya rakyat mengeratkan perpaduan dan memperkukuhkan solidariti, Negeri Terengganu Darul Iman akan mencatatkan lebih banyak cerita kejayaan dalam pelbagai bidang, insya‟Allah. Beta menyambut baik keputusan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Memanda Beta, Dato‟ Seri Ahmad Razif bin Abdul Rahman yang memberi fokus kepada tiga agenda utama. Pertamanya, memenuhi keperluan perumahan rakyat, kedua membantu meringankan beban rakyat ekoran peningkatan kos sara hidup dan ketiga, terus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Alhamdulillah, di sebalik suasana ekonomi global yang tidak menentu lagi mencabar ini, kedudukan ekonomi Negeri Terengganu masih berdaya tahan dengan pertumbuhan positif pada tahun 2015 dan 2016. Pada tahun 2015, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tetap mencatat pertumbuhan iaitu sebanyak tiga perpuluhan tiga peratus (3.3%) di sebalik pertumbuhan ekonomi Negara sebanyak lima peratus (5%). Ekonomi Negeri juga tetap mencatat pertumbuhan positif, walaupun sedikit menurun dalam tahun 2016, iaitu pada kadar tiga perpuluhan satu peratus (3.1%) di sebalik pertumbuhan ekonomi negara yang turut menurun kepada empat perpuluhan dua peratus (4.2%). Penurunan ini adalah dipengaruhi oleh suasana 6 Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 27 Mac 2017 ekonomi dunia yang suram lagi kurang memberangsangkan. Kadar inflasi juga kekal rendah dan terkawal pada kadar dua perpuluhan satu peratus (2.1%) pada tahun 2016. Dengan latar belakang ekonomi dunia yang sangat mencabar, dan kejatuhan merudum harga minyak di pasaran antarabangsa, Beta yakin langkah Pengawalan Bajet pada tahun 2016, adalah sangat tepat. Justeru, syabas Beta ucapkan kepada seluruh jentera pentadbiran negeri yang telah berusaha keras memastikan kedudukan kewangan negeri sentiasa terkawal dan perbelanjaan dilakukan secara yang berhemah. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, memandang ke hadapan, Beta menyambut baik usaha-usaha Kerajaan Negeri untuk memperkembangkan lagi sektor pelancongan sebagai alternatif jangka panjang kepada sektor minyak dan gas. Ianya adalah strategi yang tepat. Kedatangan pelancong ke Negeri Terengganu telah menyaksikan peningkatan yang positif, hasil inisiatif semua pihak secara yang berterusan, terutama dalam usaha galakan dan promosi pelancongan. Terdapat beberapa projek utama yang diberi keutamaan di dalam Perancangan Pembangunan Pelancongan di Negeri Terengganu. Antaranya adalah pengukuhan produk pelancongan dan warisan, menaiktaraf pulau-pulau peranginan

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    481 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us