Dewan Rakyat Parlimen Keduabelas Penggal Pertama Mesyuarat Ketiga

Dewan Rakyat Parlimen Keduabelas Penggal Pertama Mesyuarat Ketiga

[Dokumen ini belum disemak] DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUABELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KETIGA Bil. 66 24 November 2008 Isnin K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH P.M. 18(1): ■ Pengaliran Keluar FDI Secara Besaran - Y.B. Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh) (Halaman 27) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2009 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.26 (Halaman 30) Maksud B.27 (Halaman 64) Maksud B.28 (Halaman 139) USUL: Usul Anggaran Pembangunan 2009 Jawatankuasa:- Maksud P.26 (Halaman 30) Maksud P.27 (Halaman 64) Maksud P.28 (Halaman 139) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 57) DR. 24.11.2008 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Isnin, 24 November 2008 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman [Lipis] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan tentang penguasaan bahasa Inggeris yang kurang memberangsangkan di kalangan pelajar-pelajar Melayu walaupun institusi-institusi pengajian tinggi terutamanya UiTM yang mengajar dalam bahasa Inggeris. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II [Dr. Hou Kok Chung]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan nombor 16 daripada Yang Berhormat Libaran yang dijadualkan pada hari ini juga kerana ia menyentuh isu yang sama. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Baik. Dr. Hou Kok Chung: Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengajian Tinggi sentiasa menitikberatkan kepentingan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan graduan universiti tempatan tanpa mengira kaum. Beberapa langkah telah diambil untuk meningkatkan mutu bahasa Inggeris di kalangan pelajarnya termasuk: (i) penawaran kursus-kursus kemahiran bahasa Inggeris yang sesuai bagi meningkatkan kemahiran pelajar dalam bahasa tersebut. Di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kursus bahasa Inggeris iaitu English for Special Purpose, dengan izin dikendalikan selama dua jam seminggu selama dua hingga tiga semester untuk pelajar ijazah. Pihak Akademi Pengajian Bahasa UiTM juga sedang berusaha untuk memenuhi permintaan khusus pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris bagi program- program yang ditawarkan di 24 buah fakulti; (ii) menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris di dalam sesi tutorial, pembentangan kertas kerja serta pembentangan kertas projek tahun akhir dan lain-lain sesi pembelajaran tidak formal; (iii) menawarkan kursus-kursus elektif bahasa Inggeris sebagai kursus pilihan untuk pelajar; DR. 24.11.2008 2 (iv) menggalakkan pelajar lemah untuk mengikuti kursus jangka pendek atau klinik bahasa semasa cuti semester; dan (v) menggalakkan aktiviti kokurikulum dalam bahasa Inggeris seperti melaksanakan minggu atau bulan bahasa Inggeris, debat, pengucapan awam dan perbincangan intelektual yang dikendalikan dalam bahasa Inggeris, English Language Camp serta beberapa program lain yang dilaksanakan oleh persatuan-persatuan pelajar dari masa ke masa. Sekian. Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman [Lipis]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu jawapan yang jelas. Hanya bagi saya, saya melihat semua yang diterangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi adalah program-program yang formal yang dibuat oleh universiti untuk pelajar-pelajarnya. Sejauh mana pelaksanaannya kita tidak pasti. Ini kerana program itu adalah program formal yang memang sudah terkandung dalam prospektus dan sebagainya. Jadi, apa yang saya lihat di sini ialah bahasa Inggeris ini tidak menjadi satu budaya di kalangan pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah. Sebelum saya mengemukakan soalan ini saya pernah bertanya kepada pelajar-pelajar UiTM. Mereka kata, “Betul, kami belajar dalam bahasa Inggeris, diajar dalam bahasa Inggeris dalam beberapa mata pelajaran, tetapi apabila dalam tutorial digalakkan sahaja pensyarah dan pelajar bertutur dalam bahasa lain, bukan bahasa Inggeris.” Dalam keadaan yang tidak formal ini pun mereka bercakap dalam bahasa yang lain selain daripada bahasa Inggeris. Jadi ini menyebabkan ia tidak menjadi satu budaya. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, Soalan. Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman [Lipis]: Soalan tambahan saya ialah sejauh manakah budaya bahasa Inggeris ini diamalkan di kalangan pelajar-pelajar dan apakah langkah- langkah yang mereka buat. Bagi saya kalau banyak mata pelajaran diajar dalam bahasa Inggeris tetapi pelajar masih gagal, mungkin ada kesilapan atau ada kelemahan dalam kaedah mengajar. Mohon jawapan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dr. Hou Kok Chung: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kelemahan graduan UiTM berkomunikasi dalam bahasa Inggeris adalah satu persepsi umum sahaja. Adalah didapati sejak pengenalan program pengajaran dalam bahasa Inggeris dilaksanakan di UiTM, bukan sahaja tahap penguasaan bahasa tersebut semakin baik bahkan tahap kebolehpasaran graduan-graduan UiTM adalah di antara tertinggi... Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingat soalan itu tentang budaya... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat tidak boleh mencelah begini, Yang Berhormat. Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Bukan, saya tanya tentang budaya... DR. 24.11.2008 3 Dr. Hou Kok Chung: Ya, ini saya sebutkan kerana walaupun ini tentang budaya tetapi saya lihat sekarang ini budaya pertuturan dalam bahasa Inggeris ini memang bertambah baik. Itulah saya hendak jawab dari segi apa yang kita lihat sekarang, memang benar tahap penggunaan bahasa Inggeris di UiTM bertambah baik. Sekian. Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, tidakkah boleh kita mengadakan satu program seperti yang kita lakukan kepada pelajar-pelajar yang akan kita hantar ke luar negara . ■1010 Misalnya ke Jepun ataupun ke Korea ataupun ke Jerman, di mana mereka diberikan kursus intensif selama tiga hingga enam bulan supaya mereka boleh menguasai bahasa yang tersebut. Kenapa tidak kita lakukan perkara yang sama kepada pelajar-pelajar universiti kita sebelum dia memulakan kursus asas yang sepatutnya di ambil itu, dimulakan dengan penguasaan bahasa Inggeris dahulu. Dr. Hou Kok Chung: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebenarnya Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memang prihatin ataupun peka tentang kehendak masyarakat berkenaan tahap bahasa Inggeris yang telah digunakan di IPTA ataupun IPTS. Memang kita banyak menggalakkan dan sekarang pun kita juga banyak menggalakkan supaya lebih ramai pelawat asing di lantik untuk mengajar. Selain itu juga, kursus yang sedang diajar di dalam universiti memang banyak yang digalakkan untuk mengadakan bahasa pengantarnya lebih menggalakkan supaya bahasa Inggeris lebih banyak digunakan dan juga dalam pembentangan kertas kerja pelajar KPT juga menggalakkan supaya pelajar lebih banyak menggunakan bahasa Inggeris. Sekian. 2. Tuan Chua Tian Chang [Batu] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan syarat- syarat penting yang diperuntukkan dalam perjanjian di antara DBKL dalam penswastaan pengutipan caj-caj tempat letak kereta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Menteri Wilayah Persekutuan [Dato’ Sri Zulhasnan Rafique]: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Tuan Yang di-Pertua izinkan saya bermula jawapan saya dengan menerangkan latar belakang dan rasional operasi dan pengurusan sistem tempat letak kereta di Bandaraya Kuala Lumpur. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Batu, pengurusan pengutipan caj bagi tempat letak kereta atau TLK di kawasan Kuala Lumpur dilaksanakan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur terbahagi kepada dua kategori. Pertamanya, letak kereta tepi jalan atau TLK on street dan keduanya tempat letak kereta terkawal, TLK off street dan kedua-dua kategori ini di atas tanah milik DBKL. Tempat letak kereta tepi jalan iaitu TLK on street adalah TLK bermeter yang berkonsep pay and display. Sistem letak kereta elektronik (SLKE), di mana DBKL menyewakan unit-unit elektronik daripada pembekal dan tempoh kontrak di antara DBKL dan pihak pengurusan operasi letak kereta tepi jalan sistem bermeter yang lama telah tamat pada 1996 dan kontrak di lanjut DR. 24.11.2008 4 berdasar bulan ke bulan. Manakala, bagi tempat letak kereta terkawal - TLK off street pula, tapak-tapak tanah kepunyaan DBKL yang telah dikenal pasti disewakan kepada operator untuk menjalankan operasi tempat letak kereta. Pelantikan bagi kedua-dua cara pelaksanaan tempat letak kereta ini iaitu TLK on street dan TLK off street dengan izin, adalah melalui tender terbuka. Kaedah pelaksanaannya pula adalah secara penyewaan dan bukannya secara penswastaan seperti yang dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan Sistem Tempat Letak Kereta Elektronik (SLKE), ini hanya melibatkan zon komersial di Kuala Lumpur. Tujuan utama pelaksanaan SLKE ini adalah untuk menjadikan pengurusan letak kereta di Bandar raya Kuala Lumpur lebih efisien dan efektif. Ianya secara tidak langsung dapat mengatasi masalah penjaga tempat letak kereta haram yang membuat kutipan secara tidak sah, masalah monopoli letak kereta, masalah double parking dan masalah kesesakan lalu-lintas di kawasan letak kereta terutamanya di kawasan komersial dan sekitarnya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Batu, kesan daripada pemasangan ini, pihak DBKL menerima maklum balas yang positif daripada para peniaga di zon komersial Desa Sri Hartamas dan Bangsar. Mereka memaklumkan

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    164 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us