MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 8 NOVEMBER 2012, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 64 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1253-L51635 Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah pecahan pelajar mengikut kaum yang telah berjaya menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa sejak skim ini diperkenalkan sehingga tahun 2012. 2. PR-1253-L51849 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilangan pembayar cukai mengikut kategori pendapatan dan pekerjaan, jumlah hasil dan bilangan pembayar dan kategori mereka yang gagal membayar cukai pendapatan sepanjang 5 tahun lalu. 3. PR-1253-L51320 Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan tentang status permohonan jalanraya di Kinabatangan seperti Jalanraya Kampung Sinar Jaya, Jalanraya Kampung Keramuak, Jalanraya Kampung Kuamut dan Jalanraya Kampung Balat. 4. PR-1253-L53035 Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan usaha yang dibuat bagi mengelakkan kesesakan berterusan laluan jalanraya KL - KB terutamanya pada musim perayaan. 5. PR-1253-L51422 Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah keberkesanan dalam pelaksanaan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 (SGI2012) setakat ini dan adakah ia mencapai tujuan dan matlamatnya serta sampai ke akar umbi. 2 AUM DR 8/11/2012 6. PR-1253-L52720 Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa ramaikah pendatang asing yang ditangkap melakukan aktiviti yang tidak bermoral terutamanya pelacuran sejak 2008. Nyatakan dari mana negara asal mereka. 7. PR-1253-L51116 Datin Linda Tsen Thau Lin [ Batu Sapi ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk meningkatkan ekonomi dan kebajikan wanita di Sabah, khususnya wanita miskin di dalam dan di luar bandar. 8. PR-1253-L51343 Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh mana Kementerian menyedari bahawa Pekeliling Iktisas Bil 13/2008, Bil 5/2009 dan Bil 14/2010 memberi kuasa yang terlalu luas kepada sekolah dan PIBG untuk mengenakan yuran kepada murid/pelajar. Adakah Kementerian berhasrat untuk mengeluarkan Pekeliling baru yang menghadkan kadar yuran tambahan yang selaras untuk semua sekolah . 9. PR-1253-L51510 Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah perancangan pihak Kementerian dalam menangani kekurangan tempat pelajar-pelajar ke IPTA terutama pelajar-pelajar dari lepasan Politeknik. 10. PR-1253-L51439 Tuan Kulasegaran a/l Murugeson [ Ipoh Barat ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah kekurangan Sekolah Cina dan Tamil di negara ini dan bila Kerajaan akan menyelesaikan masalah ini dan jumlah kekurangan guru di Sekolah Tamil dan Cina. 11. PR-1253-L51131 Tuan Masir Anak Kujat [ Sri Aman ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kerajaan akan membina sebuah klinik baru di Banting Sri Aman, di mana telah diketahui umum bahawa pampasan tanah untuk tapak telah pun dibayar. 12. PR-1253-L51368 Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan purata isirumah yang mempunyai hutang dengan skim Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). 13. PR-1253-L52917 Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :- (a) adakah Kerajaan serius di dalam memastikan feri yang berulang alik dari Langkawi ke Tanah Daratan betul-betul selamat, selesa, tambang yang dikenakan berpatutan dan mengikut jadual dan masa yang ditetapkan; dan AUM DR 8/11/2012 3 (b) apakah perancangan Kerajaan untuk membaiki terminal feri di Kuala Perlis dan di Kuala Kedah supaya ia lebih selesa untuk pengguna. 14. PR-1253-L52295 Tuan Manikavasagam a/l Sundaram [ Kapar ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan atas dasar apakah peruntukan sebanyak RM180 juta diperuntukkan dan adakah Kerajaan bercadang untuk perkenalkan geran-geran khas untuk usahawan India sebagai usaha meningkatkan penglibatan usahawan India dalam kegiatan ekonomi negara. 15. PR-1253-L52472 Tuan Ding Kuong Hiing [ Sarikei ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan status pembinaan sebuah Kolej Komuniti di Sarikei dan dipercepatkan sedangkan ia akan dibina dalam Rolling Plan, RMKe-10. 16. PR-1253-L51398 Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan jumlah peruntukan untuk kos pembinaan atau pembaikan dan baik pulih serta tarikh jangka siap untuk projek-projek berikut :- (a) baik pulih dan pembaikan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak, Kuala Terengganu; dan (b) pembinaan Istana Baru Terengganu di Bukit Chendering, Kuala Terengganu dan pembinaan jambatan baru Bukit Kuang merentasi Sungai Kuang di Kampung Bakau Tinggi, Cukai Kemaman. 17. PR-1253-L51147 Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilangan kes pelajar palsu telah dikesan dan apakah mekanisma yang sedia ada mencukupi untuk membendung kemasukan pelajar palsu ke Malaysia. Apakah tindakan diambil terhadap institusi pengajian tinggi swasta tempatan yang pelajarnya terlibat dalam kegiatan jenayah di Malaysia. 18. PR-1253-L52735 Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bagaimana statistik jenayah digubal dengan memberikan butir- butir spesifik dan sama ada dalam masa 5 tahun lalu ada sebarang pertukaran klasifikasi mana-mana kesalahan-kesalahan ke dalam klasifikasi lain dan butir-butirnya. 19. PR-1253-L51227 Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan sambutan pengusaha industri kreatif di Sabah dan Sarawak terhadap galakan yang disediakan Kementerian, jumlah mereka yang sudah mendapat manfaat daripada dana yang disediakan Kerajaan setakat ini. 4 AUM DR 8/11/2012 20. PR-1253-L52062 Tuan Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa banyak banduan dalam Negara yang dihukum kepada hukuman penjara seumur hayat (natural life). Adakah Kerajaan sedia memansuhkan hukuman seumur hayat. Jika tidak, nyatakan sebabnya. 21. PR-1253-L52547 Datuk Tiong Thai King [ Lanang ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan semenjak pelancaran Skim Bantuan Pekebun Kecil khasnya penanaman getah dan kelapa sawit:- (a) jumlah keluasan tanah yang telah ditanam semula dengan getah dan kelapa sawit di negeri Sarawak; dan (b) jumlah bantuan subsidi yang telah diberi sehingga kini 22. PR-1253-L51172 Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang pembahagian semula sempadan kawasan Parlimen di negeri Melaka:- (a) dengan kewujudan daerah baru Hang Tuah Jaya adakah Kerajaan bersedia menambah kerusi Parlimen di Negeri Melaka; dan (b) apakah garis panduan untuk pembahagian semula sempadan kawasan Parlimen dan purata jumlah pengundi bagi setiap Parlimen yang dibenarkan. 23. PR-1253-L52288 Datuk Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan status terkini jumlah miskin tegar dalam negara yang telah disifarkan melalui program- program Kementerian sejak tahun 2005. 24. PR-1253-L51080 Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan alasan Kerajaan enggan memansuhkan AP dan duti eksais untuk kereta. 25. PR-1253-L52130 Datuk Billy Abit Joo [ Hulu Rajang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan di bawah skim elektrik luar bandar berapa banyakkah rumah panjang di Sarawak yang telah pun diberikan bekalan kuasa elektrik melalui skim ini. Apakah sasaran Kerajaan untuk skim ini bagi tahun 2013. 26. PR-1253-L52181 Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah bentuk mekanisme kawalan bagi memastikan hanya pelajar luar negara yang layak akademik dan mampu saraan sahaja yang dibenarkan menyambung pelajaran mereka di universiti-universiti tempatan. AUM DR 8/11/2012 5 27. PR-1253-L51073 Datuk Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sistem dan prosedur pengambilan guru lepasan universiti terutamanya bagi mereka yang mempunyai “specialised degree” seperti BSc. Education, dan mereka yang mempunyai ijazah am. 28. PR-1253-L51927 Dato' Sri Ong Tee Keat [ Pandan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan kes rasuah yang membabitkan kakitangan Kerajaan yang telah dan sedang ditangani oleh SPRM sejak tahun 2008. Daripada kalangan kes tersebut, berapa telah dibicara dan dihukum mengikut proses perundangan. Apakah mereka yang terbabit juga dikenakan tindakan tatatertib dalaman mengikut peraturan perkhidmatan awam. Jika ya, berapakah jumlahnya sejak tahun 2008 dan apakah kesulitan yang dihadapi. Jika tidak, mengapa. 29. PR-1253-L52015 Dato' Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah kedudukan cadangan pembinaan sebuah sekolah vokasional di daerah Lawas. 30. PR-1253-L51083 Dato' Seri Ong Ka Chuan [ Tanjong Malim ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :- (a) apakah hasil kajian kemungkinan cadangan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (Automated Enforcement System) dari aspek mengurangkan kadar kemalangan jalan raya; dan (b) jumlah kesalahan trafik yang tertunggak sejak lima tahun lepas dan sama ada masalah ini akan lebih meruncing dengan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik. 31. PR-1253-L51872
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages28 Page
-
File Size-