Mca Akan Gunakan Idea Hasil Debat Untuk Perubahan Masyarakat Cina

Mca Akan Gunakan Idea Hasil Debat Untuk Perubahan Masyarakat Cina

07 JUL 1996 MCA-Ling MCA AKAN GUNAKAN IDEA HASIL DEBAT UNTUK PERUBAHAN MASYARAKAT CINA KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- MCA akan menggunakan idea-idea dari perbahasan mengenai ucapan Perdana Menteri di perhimpunan agung parti itu semalam sebagai garis atur perlaksanaan perubahan dalam masyarakat Cina. Presidennya, Datuk seri Dr Ling Liong Sik berkata: "Saya gembira perdana menteri membangkitkan perkara-perkara seperti ini kerana ianya akan mencetuskan perdebatan, perdebatan sihat, dan kita dapat memilih idea yang paling baik dari perdebatan ini untuk dilaksanakan." Dr Ling, yang juga Menteri Pengangkutan, diminta mengulas mengenai kenyataan Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad mengenai keperluan masyarakat Cina mengadakan pendekatan-pendekatan baru untuk kerjasama yang lebih rapat dan berkesan dengan masyarakat Melayu. Perdana Menteri, dalam ucapan pembukaannya di perhimpunan itu berkata masyarakat Cina Malaysia memerlukan pendekatan sama seperti "Melayu Baru". Konsep "Melayu Baru" ialah untuk mengubah sistem nilai dan kebudayaan orang-orang Melayu dan kaum Bumiputra yang lain supaya mereka mempunyai keyakinan diri dan dapat bersaing dari segi ekonomi tanpa bergantung kepada kerajaan. Dr Ling berkata dalam dunia yang sentiasa berubah ini "kita sendiri perlu bersedia untuk membuat perubahan dan juga menyesuaikan diri dengan perubahan supaya perubahan menjadi kawan dan bukan lawan." Ditanya sama ada pemilihan parti semalam akan mengubah perwakilan MCA dalam kerajaan, Dr Ling berkata beliau akan memikirkannya. Bagaimanapun, kata beliau barisan Kabinet ditentukan oleh perdana menteri dan kerajaan tidak sepatutnya bertukar setiap kali satu parti anggota Barisan Nasional mengadakan pemilihan. Pemimpin MCA diwakilkan dalam kerajaan berasaskan kepada dua prinsip penunjuk --- mengguna sepenuhnya bakat yang ada kepada sesaorang dan kehendak perwakilan parti, kata Dr Ling. Selain dari prinsip ini ada banyak lagi perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk penggunaan yang maksima bagi faedah parti dan juga negara, tambah beliau. Dalam pemilihan parti semalam, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Wong See Wah gagal mempertahankan jawatannya sebagai salah seorang dari empat naib presiden MCA. Empat naib presiden yang dipilih untuk penggal tiga tahun akan datang ialah Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng (dipilih semula), anggota Dewan Rakyat kawasan Serdang, Datuk Yap Pian Hon (dipilih semula) dan dua muka baru -- Timbalan Menteri Dalam Negeri Ong Ka Ting dan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Fong Chan Onn. -- BERNAMA AFY JK WAT .

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    1 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us