Naskhah belum disemak PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA Bil. 38 Isnin 14 Oktober 2019 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2020 (Halaman 35) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 34) Anggaran Pembangunan 2020 (Halaman 35) DR. 14.10.2019 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA Isnin, 14 Oktober 2019 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN Tuan Teh Kok Lim [Taiping]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, minta izin Taiping mulakan minggu ini dengan serangkap pantun. “Bandar Taiping ke arah maju, masyarakatnya pula berbudi bahasa, kalau kita mahu bersatu, eratkan hubungan sesama bangsa”. [Tepuk] 1. Tuan Teh Kok Lim [Taiping] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan rancangan pihak kementerian dalam kesediaan pelaksanaan teknologi jalur 5G. Menteri Komunikasi dan Multimedia [Tuan Gobind Singh Deo]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Taiping meminta kementerian saya untuk menyatakan rancangan pihak kementerian saya, Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam kesediaan pelaksanaan teknologi jalur 5G. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Pasukan Petugas Khas 5G atau Special Taskforce telah ditubuhkan pada bulan November tahun yang lalu. Pasukan petugas tersebut terdiri daripada 4 kumpulan kerja iaitu kumpulan kerja perkara business, kumpulan pekerja infrastruktur, kumpulan kerja pengurusan dan peruntukan spektrum dan yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, kumpulan kerja kawal selia. Kumpulan-kumpulan kerja ini yang terdiri daripada wakil sektor awam dan swasta telah ditugaskan untuk mengkaji strategi-strategi pelaksanaan bagi tempoh teknologi 5G yang holistik dengan analisis daripada perspektif yang memfokuskan DR. 14.10.2019 2 kepada cadangan penyelesaian kepada kekangan-kekangan undang-undang dan juga kerangka kawal selia, Tuan Yang di-Pertua yang berkaitan. Sokongan untuk infrastruktur, cadangan pelan kesediaan sumber spektrum dan juga langkah-langkah untuk perlindungan pengguna. Kini Tuan Yang di-Pertua, pasukan petugas khas 5G negara berada dalam fasa terakhir iaitu untuk melengkapkan laporan tersebut sebagai laporan akhir sebelum diserahkan kepada kerajaan di dalam suku keempat tahun ini. Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), seterusnya akan mengkaji laporan terbabit sebelum ianya dibawa ke peringkat Kabinet untuk membolehkan pelaksanaan perkhidmatan 5G berada pada tahap yang terbaik. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu kementerian juga membuat sesi libat urus pada bulan Jun tahun ini dengan menjemput semua kementerian, agensi kerajaan serta pihak swasta yang berkaitan seperti Malaysian Productivity Corporation, SME Corporation Malaysia dan lain-lain bagi mengenal pasti keperluan selain cabaran yang dihadapi oleh kerajaan dalam kita melaksanakan teknologi dan juga apa yang disebut sebagai ekosistem 5G di peringkat kerajaan. Pada 30 September tahun ini, pihak kementerian melalui SKMM telah pun mengumumkan pelaksanaan projek demonstrasi 5G Malaysia ataupun 5GDP dalam satu majlis taklimat kepada media yang bertempat di Ibu Pejabat SKMM, Cyberjaya. Projek ini Tuan Yang di-Pertua, bertujuan untuk memudah cara, membina dan memupuk pembangunan kes-kes penggunaan 5G atau disebut 5G used cases dan yang berpotensi di dalam persekitaran sebenar dan konteks yang lebih luas untuk mengembangkan ekosistem 5G. Tuan Yang di-Pertua, Projek Demonstrasi 5G Malaysia akan dilaksanakan selama 6 bulan bermula daripada bulan Oktober tahun ini iaitu bulan ini sehingga Mac tahun hadapan oleh 8 buah syarikat yang akan membangunkan sebanyak 55 kes-kes penggunaan 5G di enam negeri iaitu Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes penggunaan 5G ini meliputi 9 vertical iaitu Bandar Pintar atau Smart City/Cities, hiburan media, pendidikan, penjagaan kesihatan digital, minyak dan gas, pembuatan dan industri pemprosesan, pengangkutan pintar, pertanian dan pelancongan. Projek Demonstrasi 5G Malaysia Tuan Yang di-Pertua, yang dilaksanakan ini juga merupakan langkah kesediaan negara kita bagi pelaksanaan teknologi 5G dalam masa yang terdekat ini. Syarikat-syarikat yang terlibat dalam Projek Demonstrasi 5G Malaysia Tuan Yang di-Pertua antaranya ialah ALTEL Communication Sdn. Bhd, DR. 14.10.2019 3 CELCOM Axiata Berhad, Digi Telecommunication Sdn. Bhd, Edotco Malaysia Sdn. Bhd., Maxis Berhad, Telekom Malaysia Berhad, U-Mobile Sdn. Bhd. dan Petroleum Nasional Berhad. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Teh Kok Lim [Taiping]: Terima kasih jawapan Yang Berhormat Menteri atas persiapan dan rancangan pelaksanaan teknologi jalur 5G. Seperti yang sedia maklum, banyak lagi kawasan yang belum menerima perkhidmatan 4G yang lengkap atau kurang memuaskan. Oleh itu, saya minta Yang Berhormat Menteri jelaskan rancangan untuk melengkapkan rangkaian jalur 4G sementara beralih ke 5G. Terima kasih. Tuan Gobind Singh Deo: Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, soal ini kerap kali berbangkit. Isunya berkenaan dengan 5G dan isunya berkenaan dengan 4G dan 3G. Saya ingin memberi penjelasan kepada Dewan ini bahawa kerajaan mengambil pendekatan bahawa walaupun kita perlu membaik pulih dan juga menaik taraf perkhidmatan yang kita berikan di bawah 4G dan 3G. Akan tetapi dalam masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, kita kena lihat pada masa depan yang memerlukan kita bersedia untuk 5G juga. Dalam keadaan tersebut, kita akan membuat keputusan supaya kita akan membangunkan dan juga menaik taraf 3G, 4G dan juga 5G secara serentak. ■1030 Ini membolehkan kita membina satu ekosistem yang akan bersedia untuk kita ini menghadapi cabaran-cabaran dalam dunia digital yang akan kita lihat dalam masa yang terdekat. Kita telah pun mengeluarkan apa yang disebut sebagai, atau untuk melancarkan apa yang disebutkan sebagai MFCP. MFCP itu Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya melihat bukan sahaja kepada 5G, ianya melihat kepada 3G, dan 4G, dan teknologi-teknologi yang diperlukan untuk kita pastikan bahawa seluruh Malaysia termasuk kawasan bandar, luar bandar, terpencil dan sebagainya juga, dapat dilihat dalam kita mendekati masalah kita, iaitu masalah kekurangan infrastruktur di dalam negara ini. Saya cukup yakin bahawa melalui projek MFCP dan juga bahawa dalam keadaan kita ini menerima kerjasama daripada semua pihak yang terlibat termasuk negeri-negeri yang berkaitan, saya cukup yakin bahawa projek ini akan memastikan bahawa kita ini dapat membangunkan dan menaik taraf semua sistem-sistem yang sedia ada termasuk 3G, 4G, 5G, dan juga apa-apa juga teknologi baru yang akan memastikan bahawa kita bersedia untuk melancarkan ataupun menjadi satu negara yang DR. 14.10.2019 4 mempunyai infrastruktur yang cukup, untuk kita ini menghadapi cabaran-cabaran dunia digital yang akan datang ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man [Kubang Kerian]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin dapat penjelasan daripada bajet RM21 bilion yang diperuntukkan kepada MFCP ini, berapa peratus yang diperuntukkan kepada- kalau boleh dapat mungkin data melalui bertulis, pecahan mengikut negeri-negeri. Hingga setakat ini, kita dapati kerajaan juga telah mencadangkan untuk mengoptimumkan pencapaian melalui TV, dan saya fikir itu juga beberapa buah syarikat telah pun ditawar bagi mendapatkan projek di bawah program tersebut, dan kalau boleh saya ingin dapatkan penjelasan berhubung dengan syarikat manakah yang memperoleh tawaran tersebut. Terima kasih. Tuan Gobind Singh Deo: Terima kasih, Yang Berhormat. Yang Berhormat, boleh saya minta sedikit penjelasan berkenaan dengan soalan kedua itu. Pertama itu Tuan Yang di-Pertua, saya telah pun diminta minggu lalu untuk memberikan breakdown. Sebenarnya wang yang kita ketepikan sebanyak RM21.6 bilion itu, setengah daripadanya datang dari pihak swasta yang mengambil bahagian dalam pelan ataupun rancangan MFCP ini, dan setengah lagi daripada USP Fund daripada KKMM. Jadi saya akan memberikan secara tepat secara bertulis kepada Yang Berhormat. Akan tetapi Yang Berhormat, berkenaan dengan isu yang kedua kalau boleh saya boleh diberikan sedikit pencerahan berkenaan ini. Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man [Kubang Kerian]: Isu yang kedua selain daripada teknologi adaptasi teknologi 5G ini, kerajaan sekarang juga dalam proses pendigitalan saluran TV yang membolehkan lesen jalur frekuensi VHF dan UHF. Soalan saya ialah, siapakah individu atau syarikat yang dianugerahkan lesen bagi projek-projek tersebut. Terima kasih. Tuan Gobind Singh Deo: Terima kasih, Yang Berhormat. Yang Berhormat, kalau kita lihat kepada pengumuman yang saya buat, kita sekarang melalui satu fasa di mana kita ini akan pindah daripada sistem analog untuk RTM, kepada sistem digital, dan ianya dikendalikan oleh MyTV tetapi apa yang bakal berlaku ialah apabila kita ini sedia untuk kita lancarkan sistem TV Digital, dan saya harap bahawa ianya dapat dilaksanakan bulan ini. Kita telah mulakan tiga bulan lalu di Pulau Langkawi, dan sekarang kita ini bawa ke seluruh Malaysia lah tetapi kalau kita berjaya dalam bulan ini kita shut down analog, dan kita mulakan dengan digital, ini bermakna bahawa RTM akan mempunyai lebih saluran TV-TV. Kita diberitahu saya dimaklumkan
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages169 Page
-
File Size-