9 November 2017 (Khamis)

9 November 2017 (Khamis)

9 NOVEMBER 2017 (KHAMIS) DEWAN NEGERI SELANGOR YANG KETIGA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KETIGA SHAH ALAM, 09 NOVEMBER 2017 (KHAMIS) Mesyuarat dimulakan pada jam 10.00 pagi YANG HADIR Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan (Subang Jaya) (Tuan Speaker) Y.A.B. Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali, S.P.M.S. (Bukit Antarabangsa) (Dato’ Menteri Besar Selangor) Y.B. Dato’ Teng Chang Khim, D.P.M.S. (Sungai Pinang) Y.B. Dato’ Iskandar Bin Abdul Samad, D.P.M.S. (Chempaka) Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping (Bukit Lanjan) Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah (Seri Kembangan) Y.B. Dato’ Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi, D.P.M.S. (Sijangkang) Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi (Sementa) Y.B. Tuan Ganabatirau A/l Veraman (Kota Alam Shah) 1 9 NOVEMBER 2017 (KHAMIS) Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad (Seri Setia) Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari (Batu Caves) Y.B. Tuan Zaidy Bin Abdul Talib (Taman Templer) Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah (Bangi) (Timbalan Speaker) Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail, D.P.P.N. (Kajang) Y.B. Puan Hajah Rodziah Binti Ismail (Batu Tiga) Y.B. Puan Dr. Halimah Binti Ali (Selat Klang) Y.B. Tuan Ng Suee Lim (Sekinchan) Y.B. Tuan Dr. Haji Abd Rani bin Osman (Meru) Y.B. Tuan Dr. Yaakob Bin Sapari (Kota Anggerik) Y.B. Tuan Dr. Xavier Jayakumar A/l Arulanandam (Seri Andalas) Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha (Taman Medan) Y.B. Tuan Lau Weng San (Kampung Tunku) Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib (Hulu Kelang) Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi (Sabak) Y.B. Puan Gan Pei Nei (Rawang) Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz (Lembah Jaya) Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan (Gombak Setia) Y.B. Puan Lee Kee Hiong (Kuala Kubu Baharu) Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail (Seri Serdang) 2 9 NOVEMBER 2017 (KHAMIS) Y.B. Tuan Ng Sze Han (Kinrara) Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad (Ijok) Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Haji Hassan (Tanjung Sepat) Y.B. Puan Yeo Bee Yin (Damansara Utama) Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan (Dusun Tua) Y.B. Puan Lai Nyuk Lan (Sungai Pelek) Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman (Paya Jaras) Y.B. Tuan Ng Tien Chee (Balakong) Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin (Morib) Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran (Bukit Gasing) Y.B. Puan Tiew Way Keng (Teratai) Y.B. Dato’ Haji Amiruddin Bin Setro D.P.M.S., A.S.A. (Jeram) Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Haji Idrus PGDK., K.M.N., S.I.S., A.S.D.K. (Kuang) Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abd Aziz D.M.S.M., A.M.S., J.P. (Semenyih) Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak P.M.W., S.M.S., K.M.N., P.P.N. (Permatang) Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar D.M.S.M., P.J.K. (Hulu Bernam) Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah A.M.N., A.S.A., P.J.K., J.P. (Bukit Melawati) 3 9 NOVEMBER 2017 (KHAMIS) Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan D.P.S.M., A.M.N., A.M.S., P.J.K. (Kota Damansara) Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi (Sungai Panjang) Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan, D.I.M.P. (Batang Kali) Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif (Dengkil) Y.B. Tuan Loh Chee Heng (Telok Datok) 4 9 NOVEMBER 2017 (KHAMIS) TIDAK HADIR (Dengan maaf) Y.B Tuan Mat Shuhaimi Bin Haji Shafiei (Sri Muda) Y.B. Tuan Tan Pok Shyong (Pandamaran) Y.B. Dato’ Haji Mohd. Shamsudin bin Haji Lias, D.P.M.S., J.S.M., S.S.A. (Sungai Burong) Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim P.S.M., S.P.M.S., D.S.A.P. (Pelabuhan Klang) TURUT HADIR (Mengikut Fasal LII (3) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959) Y.B. Dato’ Mohd Amin bin Ahmad Ahya, D.P.M.S., B.C.M., B.K.T., P.J.K. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Y.B. Dato’ Noordin Bin Sulaiman, D.P.M.S., S.I.S. Pegawai Kewangan Negeri Selangor Y.B. Dato’ Haji Nik Suhaimi Bin Nik Sulaiman, D.P.M.S., D.I.M.P., A.S.A. Penasihat Undang-undang Negeri Selangor 5 9 NOVEMBER 2017 (KHAMIS) PEGAWAI BERTUGAS Puan Elya Marini Binti Darmin, A.M.S. Setiausaha Bahagian Dewan Puan Teepah a/p Athimoolam Penolong Setiausaha Dewan Puan Siti Salina Binti Muftar Setiausaha Pejabat Bentara Encik Abdul Khalil bin Sabiis Encik Mohd Redzuan bin Adam Encik Nilam Mersa Mansur bin Osman Pelapor Perbahasan Puan Noor Syazwani Binti Abd Hamid Encik Saifulnizam bin Hasmawi 6 9 NOVEMBER 2017 (KHAMIS) (Tuan Speaker mempengerusikan mesyuarat) SETIAUSAHA DEWAN: Bismilahir Rahmannir Rahim, Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Ketiga Belas pada 9 November 2017 dimulakan dengan: BENTARA DEWAN : Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillahi Robbil ‘Alamiin. Wassolatuwasalamu ‘Aala Rasulil ‘Aamin Sayidina Muhammadin Waala ‘Alihi Wasahbihi Ajma’in Ya Allah Ya Tuhan Kami, Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang memiliki segala kebesaran dan kekuasaan. Kami bersyukur ke hadrat Mu kerana melimpahkan kami dengan nikmat dan rahmat juga mengurniakan kami bumi yang subur dan maju Negeri Selangor Darul Ehsan. Dengan rahmat Mu jua pelbagai rancangan pembangunan telah dinikmati oleh rakyat, pelbagai keturunan dan bangsa yang taat kepada Raja dan Kerajaan Negeri ini. Ya Allah kami memohon kehadrat Mu agar memberikan kami sebaik-baik petunjuk dan bimbingan untuk memuliakan kami khususnya Ahli Dewan Negeri meneruskan khidmat menimbang dan memutuskan segala perkara yang dibincangkan di dalam Dewan yang mulia ini supaya segala rancangan pembangunan Negeri Selangor Darul Ehsan berjalan lancar, tepat dan berkesan. Kepada Mu jua Ya Allah kami berserah. Wassalahu Aala Saiyidina Muhammad Wa’ala Alihi Wassohbihi Ajma’iin Walhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. SETIAUSAHA DEWAN: Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya Pertanyaan- pertanyaan. TUAN SPEAKER: Selamat pagi, Lembah Jaya. Y.B. TUAN KHASIM BIN ABDUL AZIZ: Terima kasih Tuan Speaker, soalan nombor 56. PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN KHASIM BIN ABDUL AZIZ (N20 LEMBAH JAYA) TAJUK: HORAS 56. Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:- 7 9 NOVEMBER 2017 (KHAMIS) a) Sejauh manakah kejayaan HORAS membantu masalah air di Selangor jika dibandingkan dengan kos pembinaan? b) Setelah kerajaan bersetuju dengan projek Langat Dua, apakah HORAS masih diperlukan. Y.B. TUAN ZAIDY BIN ABDUL TALIB: Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh dan salam sejahtera Tuan Speaker dan terima kasih kepada Lembah Jaya yang bertanya idea HORAS tercetus semasa Negeri Selangor diuji dengan masalah kekurangan air mentah sehingga menyebabkan paras air empangan sungai Selangor merosot hingga mencapai 30%. Empangan-empangan lain mencatatkan penurunan sehingga mewujudkan suasana yang panik pada semua pihak. Walaupun HORAS belum siap sepenuhnya ia telah membantu menghasilkan air tambahan sehingga 197 juta liter air sehari untuk keperluan Logi SPP 1, SSP 2, SPP 3 dan Rantau Panjang. Di samping mengurangkan pelepasan air mentah dari Empangan Sungai Selangor dan Empangan Sungai Tinggi. Melalui konsep HORAS pelepasan air dari kedua-dua empangan ini dapat dikawal. Konsep HORAS ini merupakan konsep terbaik pada ketika ini untuk menyelesaikan isu sumber air mentah. HORAS dibangunkan untuk menampung permintaan sumber air mentah bagi logi-logi rawatan air di sepanjang Sungai Selangor. Kejayaan HORAS membantu air di Selangor adalah sangat besar dibandingkan kos pembinaannya. Kejayaan HORAS ini adalah satu kenyataan yang bukan sahaja diketahui oleh rakyat Negeri Selangor malah konsep pelaksanaan HORAS ini telah menjadi ikutan dari Negeri-Negeri yang lain. Projek HORAS ini menjadi tapak lawatan dan sumber rujukan bukan sahaja dari wakil-wakil Negeri seperti Melaka, Kelantan, Johor malah dari pelbagai agensi dan NGO juga datang untuk melihat sendiri bagaimana konsep yang dilaksanakan bagaimana Kerajaan Negeri ini berjaya menyelesaikan masalah kekurangan sumber bekalan air terutamanya semasa musim kering melanda. Walaupun rawatan Logi Sungai Langat 2 siap pada tahun 2019 Kerajaan Negeri Selangor masih memerlukan HORAS untuk berfungsi sebagai sumber air mentah di Negeri Selangor memandangkan bekalan air dari Sungai Langat 2 telah dirangka untuk menampung permintaan dari kawasan yang berbeza dari kawasan agihan dari Skim Sungai Selangor. Bekalan air dari Logi Sungai Langat 2 juga tidak menampung permintaan yang semakin meningkat di kawasan pembangunan baru seperti ELMINA dan kuasa LAND yang akan terus mendapat bekalan dari Skim Sungai Selangor. TUAN SPEAKER: Balakong Y.B. TUAN NG TIEN CHEE: Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 57. 8 9 NOVEMBER 2017 (KHAMIS) PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN NG TIEN CHEE (N27 BALAKONG) TAJUK: CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) 57. Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:- a) Nyatakan jumlah GST yang telah dibayar oleh PBT kepada Jabatan Kastam masing-masing sejak 2015. b) Nyatakan jumlah GST yang masih tidak dipulangkan oleh Jabatan Kastam kepada PBT masing-masing dan alasannya. c) Nyatakan cadangan penyelesaian yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri. Y.B. TUAN EAN YONG HIAN WAH: Tuan Speaker, terima kasih kepada Balakong, sehingga kini berjumlah Enam juta seratus enam puluh tujuh ribu, enam sen telah dibayar oleh PBT Selangor kepada Jabatan Kastam dan pecahan mengikut PBT adalah seperti berikut saya rasa saya tidak perlu bagi setiap “figure”, saya bagi jumlah keseluruhannya adalah enam juta seratus enam puluh tujuh ribu enam sen dan butir- butiran saya akan hantar kepada Yang Berhormat nanti. Jumlah GST yang masih belum diterima dari Jabatan Kastam mengikut PBT adalah seperti apa yang saya nyatakan tadi. Ulasan ataupun sebab mengapa sebahagiannya belum, masih belum dipulangkan balik PBT adalah untuk MBSA. Ulasan Kastam adalah tuntutan kredit tidak munasabah atau pengikraran penyata GST 03 tidak selari dengan maklumat pendaftaran GST ini untuk MBSA.

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    129 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us