Video Berlatar Produk Pelancongan Di Temerloh Juara Sulung Pertandingan Video Pendek

Video Berlatar Produk Pelancongan Di Temerloh Juara Sulung Pertandingan Video Pendek

VIDEO BERLATAR PRODUK PELANCONGAN DI TEMERLOH JUARA SULUNG PERTANDINGAN VIDEO PENDEK KUANTAN, 6 MEI 2020: Video pendek berlatarkan produk pelancongan di daerah Temerloh membawa tuah kepada Encik Aeron Wong Seng Yue selepas dinobatkan sebagai pemenang bulan Februari Pertandingan Video Pendek Pahang Simply Awesome. Pemenang yang berasal dari Cheras, Selangor itu membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000 dan sijil penyertaan selepas video yang dihasilkan mendapat keseluruhan penonton (viewers) sebanyak 8,114. Tempat kedua pula milik Encik Muhammad Faizz Pausan Arif dari Jertih, Terengganu yang menghasilkan video berlatarkan kepelbagaian produk pelancongan di daerah Kuantan, Pekan dan Cameron Highlands. Selain itu tempat ketiga pula dimenangi oleh peserta dari Sungai Lembing di sini, Encik Muhammad Ammirul Harith Nawawi yang menghasilkan video di beberapa kawasan tumpuan pelancongan di daerah Kuantan. Tempat kedua membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000 manakala tempat ketiga pula RM1,000 berserta sijil penyertaan. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsuddin berkata, tujuan Kerajaan Negeri Pahang menganjurkan pertandingan video pendek ini adalah bagi mempromosi tempat pelancongan menarik di negeri ini. “Bagaimanapun pihak Tourism Pahang terpaksa membuat keputusan untuk menangguhkan sementara pertandingan ini sehingga ke satu masa yang dirasakan sesuai berikutan penularan wabak COVID-19.” “Keputusan ini dibuat bagi mengambil kira keadaan semasa yang belum pulih sepenuhnya di samping saranan kerajaan untuk mengekang penularan wabak ini daripada terus merebak,” katanya dalam sidang media pengumuman pemenang sulung pertandingan berkenaan di Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). Turut hadir, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) Pahang, YBhg. Dato’ Haji Idros Yahya dan Pengurus Besar Tourism Pahang, Dato’ Ishak Mokhtar. – PAHANGMEDIA Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib Foto: Mahathir Ali (LIPUTAN BERGAMBAR) .

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    3 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us