Abu Hassan Letak Jawatan Untuk Elak Tohmahan - Mahathir

Abu Hassan Letak Jawatan Untuk Elak Tohmahan - Mahathir

10 AUG 2000 Mahathir-Abu Hassan ABU HASSAN LETAK JAWATAN UNTUK ELAK TOHMAHAN - MAHATHIR PUTRAJAYA, 10 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau telah berbincang dengan Umno Selangor berhubung peletakan jawatan Datuk Seri Abu Hassan Omar sebagai Menteri Besar Selangor dan semua bersetuju bahawa peletakan itu "patut dibuat sekarang bagi mengelakkan berbagai-bagai tohmahan". "Tadi saya bincang dengan Umno negeri dan setelah saya beri penjelasan semua bersetuju bahawa peletakan itu patut dibuat sekarang kerana kalau tidak akan ada lagi macam-macam tohmahan dan fitnah," katanya. Umno Selangor diketuai oleh timbalan pengerusi badan perhubungannya Tan Sri Muhammad Haji Muhamad Taib pada pertemuan itu yang berlangsung pada sebelah pagi selama 45 minit. Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dua-setengah jam dengan pegawai-pegawai kanan Jabatan Penerangan di sini hari ini. Perdana Menteri ditanya sama ada beliau akan meminta Abu Hassan menimbang semula keputusannya itu berikutan adanya pihak yang mahu beliau kekal sebagai Menteri Besar. Dr Mahathir berkata Umno negeri akan memberikan nama-nama mereka yang boleh menggantikan Abu Hassan sebagai Menteri Besar. "Umno akan memberi nama-nama kepada saya dan saya akan pilih di antara nama-nama itu ataupun kalau ada nama lain yang saya fikir sesuai," katanya. Perdana Menteri berkata keputusan untuk menyerahkan senarai nama itu adalah keputusan Umno Selangor sendiri. Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata keputusan meletakkan jawatan itu adalah pilihan Abu Hassan sendiri setelah bertemu dengan Perdana Menteri. Beliau berkata Abu Hassan sendiri yang pergi berjumpa dengan Dr Mahathir bagi menyatakan hasratnya untuk meletak jawatan, dan bukannya dipanggil oleh Perdana Menteri. Abu Hassan bertemu dengan Perdana Menteri untuk menyerahkan surat peletakan jawatannya di sini semalam dan Pejabat Perdana Menteri mengumumkan hari ini peletakan jawatan itu berkuatkuasa hari ini. -- BERNAMA MAM AHH NMO.

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    1 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us