DR MAHATHIR TIBA UNTUK LAWATAN DUA HARI (Bernama 13/05

DR MAHATHIR TIBA UNTUK LAWATAN DUA HARI (Bernama 13/05

13 MAY 1999 DR MAHATHIR TIBA UNTUK LAWATAN DUA HARI KOTA KINABALU, 13 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan Datin Seri Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba tengah hari ini untuk lawatan kerja dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri dengan pesawat khas pada pukul 1.55 tengah hari di terminal lama Lapangan Terbang Kota Kinabalu disambut Ketua Menteri Datuk Osu Sukam serta timbalan-timbalan Ketua Menteri Datuk Tham Nyip Shen, Datuk Lajim Ukin dan Datuk Wilfred Bumburing. Yang turut menyambut ketibaan beliau ialah pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional Sabah, pegawai-pegawai tinggi negeri dan Persekutuan serta 3,000 penduduk tempatan yang mengibarkan pelbagai sepanduk menyuarakan sokongan padu kepada kerajaan kepimpinan beliau. Sejurus tiba, kenderaan yang membawa Perdana Menteri kemudian beredar ke hotel penginapan beliau dua kilometer dari lapangan terbang itu dengan diiringi 70 penunggang kuda Bajau yang didatangkan khas dari Kota Belud. Pada hari pertama lawatannya, Dr Mahathir dijadual mengadakan pertemuan tertutup dengan menteri kabinet negeri dan pembantu-pembantu menteri. Beliau kemudian akan menghadiri majlis tahlil di Masjid Negeri di sini sempena majlis kesyukuran kemenangan BN pada pilihan raya negeri 12-13 Mac lepas. Pada sebelah malamnya, Perdana Menteri akan bersama-sama rakyat di Stadium Likas di sini untuk menghadiri majlis kesyukuran meraikan kemenangan BN yang memperolehi 31 daripada 48 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya negeri berkenaan. Esok beliau akan ke Ranau, 100km dari sini dan dijangka pulang pada sebelah petang. -- BERNAMA TM MAI.

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    1 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us