LAPORAN PERSIDANGAN MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KETIGA BELAS Tarikh : 16 MEI 2016 (ISNIN) Masa :9.30 Pagi Tempat : Dewan Undangan Negeri Lebuh Light, George Town Pulau Pinang. HADIR Bil. Nama Jawatan/Ahli Kawasan 1 Y.A.B. Lim Guan Eng Ketua Menteri / Air Putih 2 YB. Dato' Law Choo Kiang Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri 3 YB. Dato' Haji Mohd Rashid Bin Hasnon Timbalan Ketua Menteri I / Pantai Jerejak 4 YB. Prof. Dr. P. Ramasamy A/L Palanisamy Timbalan Ketua Menteri II /Perai 5 YB. Chow Kon Yeow Padang Kota 6 YB. Dato' Haji Abdul Malik Bin Abul Kassim Batu Maung 7 YB. Chong Eng Padang Lalang 8 YB. Lim Hock Seng Bagan Jermal 9 YB. Law Heng Kiang Batu Lancang 10 YB. Phee Boon Poh Sungai Puyu 11 YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh Datok Keramat 12 YB. Dr. Afif Bin Bahardin Seberang Jaya 13 YB. Dato' Haji Maktar Bin Haji Shapee Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri/Sungai Bakap 14 YB. Wong Hon Wai Air Itam 15 YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin Penanti 16 YB. Dato' Haji Mohd. Salleh Bin Man Permatang Pasir 17 YB. Tanasekharan A/L Autherapady Bagan Dalam 18 YB. Yeoh Soon Hin Paya Terubong 19 YB. Teh Yee Cheu Tanjong Bunga 20 YB. Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji Seri Delima 21 YB. Ong Chin Wen Bukit Tengah 22 YB. Lau Keng Ee Pengkalan Kota 23 YB. Cheah Kah Peng Kebun Bunga 1 Bil. Nama Jawatan/Ahli Kawasan 24 YB. Lim Siew Khim Sungai Pinang 25 YB. Teh Lai Heng Komtar 26 YB. Yap Soo Huey Pulau Tikus 27 YB. Soon Lip Chee Jawi 28 YB. Lee Khai Loon Machang Bubok 29 YB. Dr. T. Jayabalan A/L A. Thambyappa Batu Uban 30 YB. Dato’ Hajah Jahara Binti Hamid Telok Ayer Tawar 31 YB. Sr. Haji Muhamad Farid Bin Haji Saad Pulau Betong 32 YB. Dato’ Haji Roslan Bin Saidin Pinang Tunggal 33 YB. Dato’ Haji Mahmud Bin Zakaria Sungai Acheh 34 YB. Datuk Haji Mohd Zain Bin Ahmad Penaga 35 YB. Omar Bin Haji Abd Hamid Permatang Berangan 36 YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor Sungai Dua 37 YB. Nordin Bin Ahmad Bayan Lepas 38 YB. Datuk Shah Headan Bin Ayoob Hussain Shah Telok Bahang 39 YB. Haji Shariful Azhar Bin Othman Bertam TIDAK HADIR Bil. Nama Jawatan/Ahli Kawasan 1 YB. Ong Kok Fooi Berapit AHLI-AHLI YANG HADIR MENGIKUT BAHAGIAN I BAB 3 PERKARA 6A PERLEMBAGAAN NEGERI PULAU PINANG. Bil. Nama Jawatan 1 YB. Dato’ Seri Haji Farizan Bin Darus Setiausaha Kerajaan Negeri 2 YB. Dato' Hajah Aliza Binti Sulaiman Penasihat Undang–Undang Negeri 3 YB. Dato’ Haji Mokhtar Bin Mohd Jait Pegawai Kewangan Negeri TURUT HADIR Cik Maheswari A/P Malayandy - Setiausaha Dewan Undangan Negeri Encik Mohd Roshidi Bin Azmi - Timbalan Setiausaha Dewan Undangan Negeri 2 Dewan mula bersidang pada jam 9.35 pagi. Setiausaha Dewan: Ahli-ahli Yang Berhormat, YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Timbalan Setiausaha Dewan : Bacaan doa. Setiausaha Dewan: Soalan lisan. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri: Sila Ahli Kawasan Tanjong Bunga. Ahli Kawasan Tanjong Bunga (YB. Teh Yee Cheu): Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri soalan saya soalan nombor lapan (8). No. 8. Huraikan dengan akta-akta sedia ada, apakah strategi dan tindakan Kerajaan Negeri untuk mengelakkan didakwa bankrupsi disebabkan perjanjian yang tidak adil antara kerajaan dengan mana-mana pihak yang berkaitan agar memperkukuhkan status kewangan dan mempertahankan keyakinan Kerajaan Negeri. Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh): Dengan izin Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Soalan yang ditujukan oleh Ahli Kawasan Tanjong Bunga adalah berkenaan apakah akta-akta sedia ada dan strategi tindakan Kerajaan Negeri untuk mengelakkan didakwa bankrupsi disebabkan perjanjian yang tidak adil antara pihak Kerajaan dengan mana-mana pihak yang berkaitan agar memperkukuhkan status kewangan dan mempertahankan keyakinan Kerajaan Negeri. Dato' Speaker, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa mengambil kira semua peruntukkan perundangan yang sedia ada di dalam menangani soalan yang ditujukan iaitu untuk mengelakkan didakwa bankrupsi dan seterusnya seperti mana saya nyatakan tadi. Antara lain peruntukan undang- undang yang ditangani adalah Akta Kontrak 1950 iaitu Akta 136, Akta Prosiding Kerajaan 1956 iaitu Akta 359 Kanun Tanah Negara, Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 iaitu Akta 172, Akta Kanun Acara Jenayah 1976, A 324 Kanun Keseksaan iaitu Akta 574, Akta Kerajaan Tempatan 1976 iaitu Akta 171 dan lain-lain peruntukan perundangan yang sedia ada. Strategi yang digunakan pakai oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah pemastian satu pentadbiran Cekap, Akauntabiliti dan Telus yang akan membawa kepada satu kerajaan yang sentiasa mengurangkan keberhutangannya seperti mana untuk Negeri Pulau Pinang yang telah berjaya mengurangkan hutang daripada RM625.44 juta pada tahun 2008 sehingga kini iaitu pada RM69.36 juta sahaja. Ini merupakan keberkesanan pentadbiran Cekap, Akauntabiliti dan Telus dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan terus berusaha untuk meningkatkan pendapatan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam pada masa yang sama mengurangkan kadar keberhutangan tersebut. Sekian. Terima kasih. Ahli Kawasan Tanjong Bunga (YB. Teh Yee Cheu): Soalan tambahan. Adakah akta-akta atau peruntukan sedia ada mencukupi untuk mengelakkan Kerajaan Negeri daripada didakwa bankrupsi? Mana satu akta yang berkenaan yang boleh dipakai? Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh): Sememangnya ada legal recourse yang boleh digunakan oleh pihak-pihak yang berpendapat mereka telah disalahkan di sisi undang-undang dan ini termasuk melalui pemfailan Kes-Kes Sivil di Mahkamah Sivil di negara ini terhadap bukan saja Kerajaan Negeri Pulau Pinang tapi mana-mana Kerajaan Negeri atau pun Kerajaan Persekutuan di mana sekiranya seseorang sesuatu pihak itu berjaya 3 dalam Kes Sivil ataupun Tuntutan Sivil di mahkamah terhadap kerajaan termasuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang maka satu award pampasan ganti rugi sekiranya diberikan terpaksa diakur oleh sesuatu kerajaan iaitu pihak defendan dalam suatu tindakan mahkamah tersebut termasuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kalau sekiranya ada perintah mahkamah maka Kerajaan Negeri perlu akur kepada perintah tersebut dan membayar apa yang telah pun diputuskan sebagai ganti rugi. Di dalam Negeri Pulau Pinang kita telah pun mengalami beberapa kes dimana terdapat perintah mahkamah yang memerintahkan supaya ganti rugi di bayar seperti mana sedia dimaklumkan oleh semua apabila kita mengambil alih tampok pimpinan kes yang pertama terpaksa kita alami di mana perintah ganti rugi telah dibuat oleh mahkamah ialah Kes Tan Hak Ju di mana sekiranya saya tidak silap apa yang telah diperintahkan untuk dibayar ganti rugi oleh mahkamah ialah RM29.4 juta dan daripada jumlah itu sejumlah setengah ataupun RM14.7 juta telah dibayar oleh Kerajaan Negeri selaras dengan perintah tersebut sekiranya kita tidak maka kita tidak hormati mahkamah dan engkar terhadap perintah tersebut. Oleh itu terpaksa kita bayar setengah sementara menunggu rayuan-rayuan yang dibuat setengah lagi masih belum dibayar. Selain daripada itu YB. Tanjung Bungah, saya boleh beri beberapa contoh lain yang menyebabkan kita sentiasa berhati-hati kerana ada beberapa Kes Sivil lain yang telah difailkan terhadap Kerajaan Negeri ataupun pihak-pihak agensi-agensi termasuk PBT seperti ada satu kes dibawa oleh syarikat NEG dan juga dibawa oleh Syarikat Bagan Serai Sdn Bhd. Berkenaan kes-kes yang melibatkan tanah dan dikatakan ada unsur-unsur yang tidak betul yang telah dilakukan dan tindakan Saman Sivil diambil. Kedua-dua kes tersebut jangkaan kita sekiranya pihak plaintif dalam kes itu menang terhadap defendan iaitu Kerajaan Negeri atau pun agensi Kerajaan Negeri, setiap kes dijangkakan ada mungkin RM250 juta sekiranya tuntutan mereka sepenuhnya dibenarkan kiraan kita jangkaan kita mungkin RM250 juta. Ini untuk perkara-perkara yang berlaku sebelum kita mengambil alih tampok pemerintahan di Negeri Pulau Pinang tetapi sebagai Kerajaan Negeri kita terpaksa shoulder the burden sekarang....(dengan izin), Dato' Speaker. Ini menyebabkan kita khuatir sekiranya ada perintah-perintah ganti rugi yang begitu tinggi oleh mahkamah terhadap Kerajaan Negeri boleh menyebabkan Kerajaan Negeri menjadi bankrup sekiranya kita tidak dapat akur kepada perintah tersebut. Sekian. Ahli Kawasan Tanjong Bunga (YB. Teh Yee Cheu): Soalan tambahan. Terima kasih atas penjelasan Yang Berhormat. Jika tidak cukup adakah Kerajaan Negeri tidak cukup maksud saya, tidak cukup untuk mengelakkan kerugian didakwa bankrupsi maka adakah Kerajaan Negeri mencari jalan lain atau akan menggubal undang-undang kecil mempertahankan Kerajaan Negeri Pulau Pinang daripada didakwa bankrupsi atau menghadapi bankrupsi? Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh): Saya percaya itu adalah satu perkara yang tidak dapat kita buat sekiranya ada tuntutan terhadap mana-mana pihak defendan mereka perlu akur dengan keputusan perintah mahkamah tetapi sekiranya saya hendak jawab satu cara yang lain untuk menggelakkan kemungkinan di dakwa in the first place kita boleh cari jalan penyelesaian yang terbaik dalam mana-mana kes tuntutan sivil itu biasa dilakukan, ada mediasi dilakukan antara pihak-pihak dan of course kita sudah mempertimbangkan membuat sedemikian sekiranya kita berpendapat kes itu tidak memihak kepada kita dan ini adalah jalan yang terbaik. Ini adalah satu perkara yang saya boleh kongsi dengan Tanjung Bungah. Ahli Kawasan Tanjung Bungah (YB. Teh Yee Cheu): Soalan tambahan yang lain. Terima kasih atas penjelasan, dengan penjelasan oleh Yang Berhormat, jikalau Yang Berhormat rasa cukup pelan juga strategi-strategi tertentu, patutkah
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages102 Page
-
File Size-