MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 08 DISEMBER 2005, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 78 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. 94-100176 Tuan Haji Markiman Bin Kobiran [ Hulu Langat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:- (a) butiran-butiran kejayaan kawasan perdagangan "Indonesia, Malaysia, Thailand Growth Triangle" (IMTGT) sejak ianya dilancarkan kepada iklim perdagangan Malaysia; dan (b) apakah usaha-usaha Kementerian untuk mempopularkan kawasan perdagangan ini di kalangan negara anggota ASEAN yang lain. 2. 177-101024 Datuk Richard Riot Jaem [ Serian ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan sama ada Kementeriannya mempunyai rancangan untuk membantu para pekebun lada hitam kerana harganya terlalu rendah di bawah kos pengeluaran atau tidak. Kalau ya apakah rancangan itu, kalau tidak mengapa. 3. 121-100015 Datuk Haji Mohd Said bin Haji Yusof [ Jasin ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan mengapa Kementerian tidak menyegerakan mengkomersialkan BIODISEL di pasaran tempatan dan antarabangsa di mana harga minyak sawit ialah RM1,300.00 - RM1,500.00 (setan) berbanding harga diesel import RM1,700.00 - RM2,000.00 (setan). 2 AUM DR 08/12/2005 4. 25-100098 Datuk Mohd. Razali Bin Che Mamat [ Kuala Krai ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan mengenai Persatuan Ibu-ibu Tunggal yang ada di negara ini hasil kerjasama dari pihak Kementerian dan apakah sumbangan yang diberikan oleh pihak Kementerian kepada Persatuan Ibu-ibu Tunggal ini untuk membantu mereka menambahkan pendapatan. 5. 204-100960 Puan Chong Eng [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan kesan operasi membanteras perbuatan ragut di sekitar Lembah Kelang yang telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman pada Jun 2004. Nyatakan bandar-bandar atau kawasan yang mempunyai banyak kes ragut dan jelaskan punca sebabnya serta langkah untuk mengurangkannya. Apakah masalah yang dihadapi pihak polis dalam menjalankan tugas ini. 6. 38-100866 Tuan Ahmad Shabery Bin Cheek [ Kemaman ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapakah jumlah profesor di negara ini. Apakah bentuk piawaian yang dipakai dalam menganugerahkan jawatan tersebut dan apakah Kementerian bercadang mengkategorikan mereka menurut tahap-tahap tertentu. 7. 189-100289 Datuk Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah langkah-langkah Kementerian untuk menarik minat masyarakat di dalam penglibatan aktiviti-aktiviti sukan yang mana pusat sukan milik Kerajaan tidak digunakan secara menyeluruh. 8. 14-100805 Dato’ Paduka Haji Badruddin Bin Amiruldin [ Jerai ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah rasionalnya dengan melantik Syarikat Pantai Supremme System Sdn. Bhd. memonopoli untuk membuat pemeriksaan kesihatan bagi pemandu-pemandu untuk memperbaharui lesen memandu GDL dan PSV dan mengenakan bayaran sebanyak RM85.00. Apakah klinik yang telah diiktiraf oleh MMA tidak boleh dipercayai menjalankan pemeriksaan yang sedia dijalankan. 9. 127-100091 Datuk Haji Mohamad Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah Kerajaan akan memastikan setiap GLC selain berorientasikan keuntungan, juga mempunyai tanggungjawab sosial terhadap nilai budaya dan dasar Bahasa Kebangsaan. 3 AUM DR 08/12/2005 10. 73-100202 Dato’ Wan Adnan Bin Wan Mamat [ Indera Mahkota ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah kedudukan Malaysia sekarang di dalam senarai Ketelusan Transparency International dan apakah usaha Kerajaan di dalam menangani gejala rasuah dan salah guna kuasa serta kelicinan proses pentadbiran dan pengurusan telah mendapat pengiktirafan dari badan tersebut. 11. 197-100154 Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah orang yang menghadapi "mental problem" atau gila dan sejauh manakah Kementerian ini telah memberi tumpuan khasnya kepada orang-orang ini dan adakah Kerajaan bercadang untuk memberikan tempat bagi mereka ini supaya mereka tidak menjadi masalah kepada masyarakat setempat. 12. 118-100937 Datuk Haji Idris Bin Haron [ Tangga Batu ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan apakah dasar Kerajaan terhadap syarat-syarat kawalan keselamatan yang menggunakan khidmat pendatang asing. 13. 119-100817 Tuan Wong Nai Chee [ Kota Melaka ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak Kerajaan untuk mengawal program-program di ASTRO yang "memancing" penonton-penonton membuat panggilan yang bertubi- tubi mengambil bahagian secara langsung dalam pertandingannya tanpa mengetahui bahawa caj yang begitu tinggi akan dikenakan dalam bil telefon pengguna-pengguna. 14. 84-100788 Tan Sri Dato’ Dr. K. S. Nijhar [ Subang ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan adakah pihak Kementerian mempunyai rancangan membina sebuah Balai Polis di Desa Aman Puri dalam Kawasan Parlimen Subang (P.107) dalam Rancangan Malaysia Ke-9. 15. 167-100482 Tuan Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kementerian bercadang menaiktarafkan sekolah dan asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Kemabong di daerah Kecil Kemabong memandangkan sekolah dan asrama sedia ada tidak dapat menampung jumlah pelajar khususnya pelajar yang tinggal jauh dari sekolah tersebut. 4 AUM DR 08/12/2005 16. 168-101120 Tuan Bernard S. Maraat [ Pensiangan ] minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan tindakan Kementerian mengenai masih ramai lagi terdapat rakyat Malaysia di kawasan Parlimen Pensiangan tidak mempunyai sijil kelahiran dan Mykad. 17. 7-101047 Puan Lim Bee Kau [ Padang Serai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kementerian untuk mempererat kerjasama antara kaum Bumiputera dan bukan Bumiputera dalam bidang ekonomi untuk membantu dalam usaha meningkatkan daya saing negara bagi menghadapi cabaran globalisasi. 18. 182-101359 Tan Sri Law Hieng Ding [ Sarikei ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan tindakan-tindakan yang diambil oleh Kerajaan bagi mempromosikan industri lada hitam negara yang kini menghadapi kemerosotan harga yang membimbangkan. 19. 156-100299 Datuk Ronald Kiandee [ Beluran ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan pendekatan dan mekanisme berkesan untuk mengelakkan kejadian "tragedy of the anticommons" dalam penyediaan tenaga mahir dalam sektor pertanian negara. Apakah kelemahan sistem yang ada menyebabkan kekosongan dalam sektor ini terpaksa diisi oleh pakar luar. 20. 22-101069 Ir. Shaari Bin Hassan [ Tanah Merah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pengagihan pembangunan infrastruktur RMK-9 masih bertumpu di kawasan yang sudah membangun seperti dalam rancangan pembangunan lepas dan adakah Kerajaan akan memberi tumpuan sama rata dalam membangunkan kawasan luar bandar. 21. 165-100861 Puan Rosnah Binti Abdul Rashid Shirlin [ Papar ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang untuk menukar cara pendedahan peratusan pengundian terutama sekali di dalam program-program realiti yang dianjurkan oleh televisyen swasta kepada satu sistem yang lebih terbuka dan sistem pengundian yang sering kali dikatakan dilakukan oleh tenaga profesional didedahkan pada setiap rancangan realiti tersebut. 22. 205-100848 Tuan Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan nisbah kaum bumiputera dan bukan bumiputera di kalangan ahli-ahli angkatan tentera pada 1 Julai 2005. Nyatakan butir-butir terperinci berdasarkan kaum bumiputera dan bukan bumiputera. 5 AUM DR 08/12/2005 23. 188-101073 Tuan Billy Abit Joo @ Abit Joo [ Hulu Rajang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah bantuan dan pinjaman yang disediakan oleh Kerajaan untuk pengusaha- pengusaha atau mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang perikanan dan bidang yang berkaitan dengan perikanan. Berapakah jumlah pinjaman yang telah dikeluarkan oleh Jabatan atau Agensi-agensi Kerajaan termasuk bank dalam bidang tersebut tahun lalu dan dalam tahun 2005, di Semenanjung Malaysia dan di Sabah dan Sarawak. 24. 213-101185 Dato’ Abdul Halim Bin Abdul Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi menolong petani dan nelayan dalam meningkatkan hasil pendapatan serta sejauh mana bantuan pemasaran produk keluaran mereka di pasar raya atau hypermarket. 6 AUM DR 08/12/2005 ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL 1. (D.R. 27/2005) Rang Undang-undang Kewangan 2005- Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. [ 7 Disember 2005 ] 2. (D.R. 31/2005) Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan Bacaan (Pindaan) 2005 Kali Yang Kedua 3. (D.R. 26/2005) Rang Undang-undang Makanan (Pindaan) “ 2005 4. (D.R. 28/2005) Rang Undang-undang Majlis Peperiksaan “ Malaysia (Pindaan) 2005 5. Menteri Kewangan akan mencadangkan:- “Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 5 Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960, mengambil ketetapan bersetuju supaya Malaysia membuat sumbangan Dana Tambahan Keempat Belas kepada Persatuan Pembangunan Antarabangsa (IDA 14) sebanyak USD64,300 (RM244,340) dan caruman kepada Interim Trust Fund (ITF) sebanyak USD11,496.05 (RM43,685). “ 6. Menteri Kewangan akan mencadangkan:- “Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan menukarkan pinjaman
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages24 Page
-
File Size-