Ringkasan Persidangan Parlimen

Ringkasan Persidangan Parlimen

RINGKASAN PERSIDAN GAN PARLIMEN | 1 ANTARABANGSA & KESELAMATAN • KERAJAAN BAKAL REALISASI PENUBUHAN KEDUTAAN BESAR MALAYSIA KE PALESTIN • TUNTUTAN FILIPINA KE ATAS SABAH TIADA ASAS KUKUH • SOSMA AKAN DITAMBAHBAIK OLEH KERAJAAN • PERJELAS ISU PEMBAYARAN WANG SERAHAN KEPADA KESULTANAN SULU • KERJASAMA KETENTERAAN TRILATERAL MALAYSIA, INDONESIA DAN FILIPINA DIPERKUKUH PENDIDIKAN & SUMBER MANUSIA • INSENTIF KERAJAAN ATASI MASALAH PENGANGGURAN • PSMB KOMITED BANTU PENYEDIA LATIHAN DI BAWAH PENJANA • BEKU PENGAMBILAN PEKERJA ASING, KSM ALL OUT TANGANI PENGANGGURAN • GAGASAN PPPM TERAP PERPADUAN, LAHIRKAN MURID BERKETERAMPILAN DI PERINGKAT GLOBAL • KPM SEDANG PERHALUSI DAPATAN KAJIAN DASAR PENDIDIKAN NEGARA EKONOMI & KEWANGAN • PELABURAN DI MALAYSIA DIHARAP AKAN TERUS MENINGKAT • KERAJAAN PN KOMITED MENERUSKAN WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030 • INSENTIF CUKAI UNTUK PELABURAN DOMESTIK DAN PELABURAN ASING • KERAJAAN SERIUS TANGANI KENAIKAN HARGA BARANG • STRATEGI MEMPERLUASKAN EKSPORT MINYAK SAWIT NEGARA Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) EDISI KEDUA | 2 KESEJAHTERAAN SOSIAL • KPWKM SALUR BANTUAN KEPADA GOLONGAN SASAR • PEKERJA WANITA TIDAK PERLU BIMBANG TERHADAP GANGGUAN SEKSUAL • KKM SERIUS TANGANI MASALAH MENTAL • KKM TERUS MEMERANGI DENGGI • KEBAJIKAN KANAK-KANAK DI DEPOT TAHANAN TERJAMIN PERUNDANGAN & HAK ASASI • 4 MP DISINGKIR BERSATU CABAR PELANTIKAN SPEAKER DEWAN RAKYAT • MP BUKIT GELUGOR PERLU BUKTIKAN DAKWAAN AMALAN MAINKAN AUDIO DALAM DEWAN DIBENARKAN • KERAJAAN AKAN LIHAT SEMULA PENJUALAN ARAK DI KEDAI RUNCIT • KERAJAAN SETUJU TERUSKAN PENGGUBALAN RUU AKTA GANGGUAN SEKSUAL • SUKAR DAPAT WARGANEGARA KERANA TIDAK DAFTAR PERKAHWINAN Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) RINGKASAN PERSIDAN GAN PARLIMEN | 3 ANTARABANGSA & KESELAMATAN KERAJAAN BAKAL REALISASI PENUBUHAN KEDUTAAN BESAR MALAYSIA KE PALESTIN Wisma Putra dalam rangka menubuhkan Kedutaan Besar Malaysia ke Palestin. Satu unit khusus hal ehwal Palestin yang ditempatkan di Amman serta perlantikan Konsul-konsul Kehormati di Tebing Barat dan Gaza akan dilaksanakan bagi memenuhi keperluan asas penubuhan kedutaan Malaysia ke (Sumber: Google Image) Palestin tersebut. Namun, kedua- dua langkah ini masih tidak dapat diteruskan oleh kerana penularan pandemik Covid- 19 yang memuncak sejak Februari yang lalu. Kerajaan telah menyatakan hasrat untuk menubuhkan Kedutaan Besar Malaysia ke Palestin ketika Sidang Kemuncak Negara-negara Berkecuali ke-18 di Baku, Azerbajian pada 26 Oktober 2019 serta telah dibentangkan di Parlimen pada 31 Oktober 2019. Tindakan ini menggambarkan sokongan yang tidak berbelah bahagi Kerajaan Malaysia terhadap Palestin (Jawapan Lisan Dewan Rakyat, Soalan 22, 16 Julai 2020). TUNTUTAN FILIPINA KE ATAS SABAH TIADA ASAS KUKUH Wisma Putra menegaskan tidak akan melayan sebarang isu tuntutan Filipina ke atas Sabah. Dakwaan tersebut didalangi kelompok yang mendakwa berketurunan Kesultanan Sulu dan jelas ia tidak ada asas yang kukuh untuk dibangkitkan. Malaysia telah membina hubungan yang erat dengan TYT Rodrigo Duterte, Presiden Republik Filipina dan beliau sendiri telah melakukan lawatan ke Malaysia pada tahun 2016 dan 2018. Presiden Republik Filipina turut menjelaskan bahawa tiada tindakan akan diambil bagi mengambil Sabah daripada Malaysia. Malah, Sabah juga telah diiktiraf sebagai sebahagian daripada Malaysia dan perkara tersebut turut diakui oleh PBB sendiri (Jawapan Lisan Dewan Rakyat, Soalan 34, 24 Julai 2020). Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) EDISI KEDUA | 4 SOSMA AKAN DITAMBAHBAIK OLEH KERAJAAN Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) [Security Offences (Special Measures) Act, SOSMA] 2012 tidak akan dimansuhkan oleh Kerajaan. Malah, Kerajaan akan cuba melakukan penambahbaikan terhadap peruntukan sedia ada bagi memastikan akta tersebut benar-benar mencapai objektifnya yang sebenar serta mengelakkannya daripada menjadi modal untuk memerangkap musuh politik. SOSMA secara asasnya sangat penting bagi memelihara keselamatan rakyat dan negara daripada ancaman keganasan dan sindiket jenayah terancang yang sentiasa mengintai peluang untuk melakukan aktiviti jenayah di negara ini. Oleh itu, sesetengah pihak tidak perlu terburu-buru untuk memansuhkan SOSMA, namun dalam masa yang ia perlu ditambahbaik bagi memastikan keselamatan dalam negara terjamin (Jawapan Lisan Dewan Rakyat, Soalan 14, 20 Julai 2020). PERJELAS ISU PEMBAYARAN WANG SERAHAN KEPADA KESULTANAN SULU Dakwaan sesetengah pihak mengenai pembayaran Kerajaan Malaysia kepada Kerajaan Filipina perlu diperbetul. Kerajaan Malaysia tidak membuat pembayaran wang serahan kepada Kerajaan Filipina, tetapi sebaliknya wang serahan (cession money) itu diserahkan melalui peguam yang mewakili sembilan orang waris Kesultanan Sulu. (Sumber: Google Image) Bayaran tersebut adalah berdasarkan perjanjian di antara Sultan Sulu, Sultan Jamal Al Alam dengan Baron de Overbeck dan Alfred Dent daripada Syarikat Borneo Utara British pada 22 Januari 1878 dengan jumlah RM5,300 setahun. Walau bagaimanapun, Malaysia telah menghentikan pembayaran wang serahan berkenaan sejak tahun 2013 (Jawapan Lisan Dewan Rakyat, Soalan 30, 22 Julai 2020). Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) R I N G K A S A N PERSIDANGAN PARLIMEN | 5 KERJASAMA KETENTERAAN TRILATERAL MALAYSIA, INDONESIA DAN FILIPINA DIPERKUKUH Hubungan kerjasama pertahanan di antara Malaysia, Indonesia dan Filipina diperkukuh bagi menghadapi sebarang ancaman keselamatan dan keganasan di perairan ketiga- tiga negara. Kerjasama tersebut dibentuk melalui platform Trilateral Cooperative Arrangement (TCA) yang turut merangkumi pelaksanaan (Sumber: Google Image) Trilateral Maritime Patrol (TMP) dan Trilateral Air Patrol (TAP) iaitu pengawasan di bahagian maritim dan ruang udara. Pembentukan kerjasama pertahanan trilateral ini berkait dengan aspek perkongsian maklumat pintar termasuk juga bahagian perisikan bagi mempertingkatkan kesiapsiagaan menghadapi ancaman jenayah rentas sempadan. Tambahan lagi, tactical interoperability turut diperkenalkan dalam kerjasama tersebut selain memperlihatkan aset-aset ketenteraan di bahagian perairan bersama di antara ketiga- tiga negara (Jawapan Lisan Dewan Rakyat, Soalan 35, 16 Julai 2020). Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) RINGKASAN PERSIDAN GAN PARLIMEN | 6 PENDIDIKAN & SUMBER MANUSIA INSENTIF KERAJAAN ATASI MASALAH PENGANGGURAN Jabatan Satatistik Malaysia menjangkakan julat maksimum kadar pengangguran negara dalam lingkungan 3.5 peratus hingga 5.5 peratus pada tahun ini. Berbanding April yang lalu, indikator ekonomi bagi Mei 2020 menunjukkan keadaan ekonomi beransur pulih. Tambahan pula, bermula tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga kini, lebih banyak perniagaan dibenarkan operasi dan pelbagai pakej ransangan yang dilaksanakan kerajaan telah menyumbang kepada penurunan bilangan penganggur. Antaranya pakej PRIHATIN, PRIHATIN PKS TAMBAHAN yang telah berjaya menyelamatkan lebih 2.4 juta pekerjaan, mengurangkan beban aliran tunai hampir 11 juta rakyat serta memberi sokongan kepada lebih 300 ribu syarikat. Di samping itu, kerajaan turut mengumumkan PENJANA yang dipertanggungjawabkan di bawah Jawatankuasa Khas Pekerjaan Nasional (JKPN) bagi menyelaras dan memantau pelaksanaan inisitif PENJANA berkaitan sumber manusia. JKPN dipengerusikan bersama oleh Menteri Sumber Manusia dan Menteri Kewangan bagi membolehkan penyelarasan peruntukan yang diperlukan untuk membantu rakyat berjalan lebih pantas dan berkesan serta lebih menyeluruh (Jawapan Lisan Dewan Rakyat, Soalan 2, 20 Julai 2020). PSMB KOMITED BANTU PENYEDIA LATIHAN DI BAWAH PENJANA Sebagai sebuah agensi yang dipertanggungjawabkan membantu syarikat-syarikat yang terkesan dengan penularan COVID-19, Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) komited membantu syarikat-syarikat yang berkelayakan untuk memohon lesen sebagai Penyedia Latihan di (Sumber: Graduan.com, 2020) bawah PENJANA yang dikendalikan oleh PSMB. Antara bentuk kemudahan yang diberikan oleh PSMB adalah dari segi struktur pembayaran yuran iaitu sebanyak RM1,000 untuk tempoh setahun bagi pemohon yang telah memohon sebelum 31 Disember 2020. Struktur pembayaran ini amat membantu syarikat berbanding sebelum ini, yuran sebanyak RM3,000 untuk tempoh tiga tahun perlu dijelaskan sekaligus. Di samping itu, PSMB turut melanjutkan tempoh sah lesen Penyedia Latihan sedia ada sehingga 1 Mei 2021. Terkini, jumlah lesen yang dikeluarkan adalah sebanyak 2,066 termasuklah pendaftaran penyedia latihan baru sejak Mac 2020 yang tidak melebihi 30 peratus daripada jumlah keseluruhan (Jawapan Lisan Dewan Rakyat, Soalan 37, 20 Julai 2020). Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) R I N G K A S A N PERSIDANGAN PARLIMEN | 7 BEKU PENGAMBILAN PEKERJA ASING, KSM ALL OUT TANGANI PENGANGGURAN Susulan penularan COVID-19, kerajaan telah membekukan pengambilan pekerja asing baharu, manakala pekerja asing sedia ada yang tidak mampu digajikan majikan asal diserahkan kepada majikan baharu (redeployment) dalam sektor yang sama. Proses ini dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri. Bagi mengimbangi jangkaan peningkatan kadar pengangguran negara, kerajaan mengambil pendekatan ‘all out’ termasuklah mensyaratkan majikan mengiklankan kekosongan jawatan tidak kurang dari 30 hari di portal JobsMalaysia untuk dipohon oleh warga tempatan. Selepas tempoh tersebut, barulah permohonan tersebut boleh dibuka kepada pekerja asing sekiranya tiada pekerja tempatan yang mengisi kekosongan jawatan yang diiklankan. Inisiatif ini bermula

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    20 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us