Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KETIGA Bil. 38 Rabu 13 November 2013 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH P.M. 18(1): ■ Suruhanjaya Khas Mengkaji Semula Perjanjian Malaysia 1963 - Y.B. Tuan Ignatius Dorell Leiking (Penampang) (Halaman 24) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2014 (Halaman 26) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 26) Usul Anggaran Pembangunan 2014 (Halaman 26) DR.13.11.2013 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KETIGA Rabu, 13 November 2013 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat ] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [Sibuti] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan adakah pihak kerajaan mempunyai rancangan untuk mewujudkan satu bentuk latihan kepada para nelayan muda atau nelayan sedia ada yang berminat untuk meningkatkan kemahiran nelayan moden supaya dapat meningkatkan hasil tangkapan mereka. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman]: Bismillahi Rahmani Rahim . Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Sibuti. Kerajaan menyediakan kemudahan latihan jangka panjang dalam bidang perikanan untuk golongan belia yang berumur antara 18 tahun hingga 40 tahun di Pusat Latihan Perikanan Tanjong Manis, Sarawak dan satu lagi di Institut Perikanan Chendering, Terengganu melalui program Persijilan Kemahiran Malaysia pada tahap sijil dan juga Diploma Kemahiran Malaysia anjuran Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan. Antara tahun 2004 ke tahun 2013, seramai 380 orang telah pun mengikuti latihan kemahiran ini. Selain daripada itu, Jabatan Perikanan Malaysia juga ada menyediakan latihan bagi meningkatkan pengetahuan dan profesionalisme nelayan dalam bidang tangkapan perikanan. Modul latihan yang dirangka merangkumi aspek pelayaran juga penggunaan teknologi moden untuk meningkatkan hasil tangkapan mereka. Antara bentuk latihan yang disediakan adalah kursus berasrama untuk kursus nakhoda di mana nelayan dilatih secara teori dan amali serta diberikan kemudahan penginapan dan juga makanan. Manakala kursus yang tidak berasrama iaitu secara ‘Insitu’ merupakan kursus-kursus penyelenggaraan enjin, keselamatan nelayan, perikanan, pelayaran dan peralatan elektronik. Jabatan Perikanan Malaysia sentiasa memberikan peluang kepada nelayan-nelayan ini dengan menawarkan latihan dalam bidang pelayaran dan penggunaan peralatan elektrik menangkap ikan, peralatan perhubungan, penggunaan carta laut serta latihan pencegahan DR.13.11.2013 2 kebakaran. Latihan kepada nelayan telah bermula sejak tahun 2001 dan sehingga kini, seramai 1,791 orang nelayan telah mengikuti pelbagai kursus anjuran Jabatan Perikanan Malaysia. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) pula telah melaksanakan program melatih nelayan muda dan anak-anak nelayan bagi meningkatkan kemahiran mereka melalui kerjasama Pusat GIATMARA. Dua Pusat GIATMARA telah ditubuhkan oleh LKIM di kawasan nelayan iaitu satu di Tanjung Dawai, Kedah dan satu lagi di Pulau Pinang iaitu di Kuala Muda Penaga. Sehingga kini, 422 orang pelatih yang terdiri daripada belia nelayan telah mengikuti pelbagai kursus kemahiran di kedua-dua pusat latihan yang diikuti iaitu kursus pembaikan enjin, kursus fiberglass dan teknologi komposit dan kursus mekanik enjin motor ataupun automotif. Kursus yang dijalankan selama enam bulan ini mampu meningkatkan kemahiran belia nelayan seterusnya dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada belia. Sekian terima kasih. Tuan Haji Ahmad Lai Bujang [Sibuti]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita telah mendengar jawapan yang begitu baik tadi bahawa seramai 1,391 orang belia kita telah pun dilatih. ■1010 Kebanyakannya dilatih dalam nakhoda, enjin dan keselamatan. Apa yang kita lihat pada hari ini bahawa lautan kita telah dicerobohi oleh nelayan asing maka kepupusan ikan di laut telah pun berkurangan. Adakah pihak kementerian untuk melatih belia kita yang ada pada hari ini, supaya mereka mengambil iktibar sebagai nelayan itu adalah satu pekerjaan yang tetap? Mereka mesti diberi tunjuk ajar bagaimana hendak belayar ke laut dan mencari tempat-tempat lokasi ikan yang selalu kita dengar bahawa LKIM ini menanamkan tukun-tukun di laut. Kalau boleh pihak kementerian memberilah tunjuk ajar kepada belia-belia yang ada sekarang ini, yang benar-benar berminat untuk menjadi nelayan yang berjaya. Terima kasih. Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Sibuti. Di antara latihan yang diberikan kepada nelayan ini adalah juga seperti mana yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat iaitu pengetahuan dan kemahiran bagaimana mereka boleh mencari kawasan-kawasan yang terdapat ikan. Ini menggunakan alat-alat seperti GPS dan juga sonar. Selain daripada itu juga diberikan ilmu yang dipanggil morfologi dasar laut dan juga menggunakan peralatan seperti win penghela pukat. Kalau hendak dihuraikan secara panjang, ini kena berkursus. Akan tetapi, saya boleh ringkaskan. Ini adalah peralatan dan juga cara atau teknologi yang digunakan di antara lain bagaimana boleh nelayan ini pergi ke laut dan menepati tempat-tempat yang ada ikan. Itu yang digunakan alat seperti GPS dan juga sonar atau morfologi dasar laut tadi. Ia tidak pergi sembarangan, merayau tidak tentu fasal, ia terus dan ada direction kepada tempat yang ada ikan. Selain daripada itu, dia juga diajar berhubung dengan keselamatan, keselamatan also penting. Jadi, dalam pelayaran itu dia diajar ilmu-ilmu bagaimana untuk mengetahui berhubung keadaan cuaca dan juga mengendalikan enjin bot sekiranya berada di dalam keadaan kecemasan, breakdown of the engine . Semua ini akan dilatih untuk keselamatan nelayan-nelayan. DR.13.11.2013 3 Saya kira itulah secara ringkasnya apa yang kita beri, latihan dan kemahiran kepada mereka untuk menjadi nelayan yang berjaya, terima kasih. Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terlebih dahulu saya ingin mengalu-alukan rombongan daripada Bayan Baru datang ke Parlimen. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya tentang isu yang hangat baru-baru ini terutamanya para nelayan. Ada rombongan nelayan yang datang ke Parlimen untuk berjumpa dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan minta Yang Berhormat Menteri untuk berdialog dengan nelayan-nelayan. Timbalan Yang di Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, soalan. Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru]: Antara isu yang dibangkitkan adalah polisi-polisi baru yang diperkenalkan, yang tidak berapa mesra nelayan pada perspektif nelayan. Jadi, ada yang daripada Bayan Baru juga, nelayan-nelayan daripada Batu Maung yang minta supaya kalau boleh ada lagi satu dialog yang lebih baik untuk bincangkan tentang isu jalan, isu polisi baru yang diperkenalkan kepada mereka. Apakah Yang Berhormat Menteri akan berjumpa dengan para nelayan? Saya hendak dapatkan satu jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih. Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Bayan Baru ini, dia setiap kali saya menjawab, dia mesti ada soalan tambahan, syabas. [Disampuk] Kelebihan, Ya, syabas dan tahniah. Walau bagaimanapun, soalan yang dikemukakan itu telah dijawab oleh bos saya semalam, Yang Berhormat Menteri dalam ucapan penggulungan kementerian. Menjawab sekali lagi, saya ingin memberitahu kepada Yang Berhormat Bayan Baru, dialog telah pun diadakan beberapa kali. Berapa kali hendak dialog lagi? Soalnya sekarang ini, berapa kali banyak dialog pun kalau hendak terima, boleh terima. Akan tetapi, masalahnya tidak mahu terima perkara yang sangat jelas iaitu dasar ini adalah dasar untuk menjaga kepentingan rakyat yang memerlukan bekalan makanan ikan yang berterusan. Kalau sekiranya dasar ini dikesampingkan ataupun diabaikan, ini akan menjejaskan bekalan ikan kepada negara dan rakyat kita kerana ikan akan pupus. Ikan, anak-anak ikan ditangkap dan tidak ada peluang kepada ikan- ikan ini untuk membesar. Penggunaan jaring yang kurang daripada 38mm itu akan memusnahkan bekalan ikan negara kita ini. Jadi, kita hendak tanya Yang Berhormat adakah sokong satu dasar yang boleh menjejaskan dan juga menghancurkan industri perikanan dalam negara kita ini? Meletakkan risiko yang besar kepada rakyat di masa yang akan datang atau sebaliknya menyokong dasar kerajaan kita menjaga kepentingan rakyat. You have to choose . There is no two ways about it, dengan izin. Tidak ada. Ini kita kena pilih salah satu. Akan tetapi, kerajaan kita memilih satu iaitu untuk menjaga kepentingan bekalan ikan yang cukup, makanan yang cukup untuk rakyat di masa yang akan datang. Kita tidak mementingkan kepentingan hanya segelintir pengusaha nelayan untuk kepentingan diri mereka sahaja. Sebagaimana Yang Berhormat Menteri sebut semalam, hanya DR.13.11.2013 4 10% pun tidak sampai. Saya kira 70% sahaja nelayan yang terlibat dalam isu ini. Nelayan pukat tunda ini yang mempertikaikan penggunaan jaring 38mm. Manakala 90% lebih nelayan-nelayan tradisional berjumlah 80,000 – 90,000 orang yang menyokong dasar kerajaan. You go for minority or you go for majority? Terima kasih. Datuk Seri Panglima
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages179 Page
-
File Size-