Sektor Pelancongan Anggar Rugi RM105 Juta, Sektor Perniagaan Tidak Terjejas

Sektor Pelancongan Anggar Rugi RM105 Juta, Sektor Perniagaan Tidak Terjejas

Amaran keras buat jemaah himpunan tabligh ingkar lakukan saringan COVID-19 – Hamzah Astro Awani 31 Mac 2020 Umavathi Ramayah, KUALA LUMPUR : Kluster jemaah perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur yang masih ingkar arahan kerajaan untuk membuat saringan COVID-19 akan diambil tindakan tegas. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata tindakan yang sama katanya akan turut diambil ke atas ahli keluarga yang menyorokkan maklumat mengenai individu yang menyertai perhimpunan itu tetapi tidak melakukan saringan. "Saya tidak mahu mengumumkan apa hukuman di sini, bila kita sudah ambil tindakan. Masa itu media turun sama-sama melihat apa yang kita akan buat. "Pada masa ini saya cuma bagi amaran keras. Esok jangan marah kita lagi," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, pada Selasa. Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan timbalannya, Datuk Mazlan Mansor. Hamzah menjelaskan, jumlah sebenar kluster tabligh terbabit masih belum dapat dipastikan memandangkan ada maklumat yang mengatakan jumlah itu mencecah sehingga 20,000 orang. Namun begitu katanya, setakat ini seramai 10,000 jemaah yang menyertai perhimpunan itu telah dikenal pasti dan disaring. Dalam perkembangan berasingan, Hamzah berkata kesemua 83 jemaah yang menyertai perhimpunan tabligh di Makassar, Sulawesi, Indonesia baru-baru ini telah dikenal pasti dan diarahkan untuk dikuantarin. Sementara itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak berkongsi sebarang hantaran yang boleh memudaratkan perpaduan negara dengan mengaitkan wabak pandemik itu. Katanya, wabak itu boleh menjangkit mana-mana individu tanpa mengira agama, keturunan, pangkat dan kedudukan. "Jika ada individu yang berbuat demikian, polis akan mengambil tindasan keras," ujarnya lagi. © 2020 Astro Awani Network Sdn. Bhd. (535275-D) All Rights Reserved. Source: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/amaran-keras-buat-jemaah- himpunan-tabligh-ingkar-lakukan-saringan-covid-19-hamzah-236148 .

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    2 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us