Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT PERTAMA Bil. 18 Selasa 4 April 2017 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 7) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 31) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 189) Menghentikan Kuat Kuasa Peraturan Mesyuarat 12 Di Bawah P.M. 90(2) (Halaman 218) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 31) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Halaman 33) Rang Undang-undang Perdagangan Strategik (Pindaan) 2017 (Halaman 108) USUL MENTERI DALAM NEGERI: Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Halaman 148) USUL-USUL MENTERI KEWANGAN: Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 201) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 (Halaman 206) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 (Halaman 209) Akta Kastam 1967 (Halaman 225) DR. 4.4.2017 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT PERTAMA Selasa, 4 April 2017 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] ___________________________________________________________________________ JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk William @ Nyallau Anak Badak [Lubok Antu] minta Perdana Menteri menyatakan apakah punca calon yang telah lama memohon pekerjaan di SPA tetapi tidak pernah dipanggil temu duga. Banyak rungutan daripada rakyat mengenai perkara ini dan apakah tindakan kerajaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Joseph Entulu anak Belaun]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat dari Lubok Antu. Apabila Yang Berhormat dari Lubok Antu mengatakan dia hendak berpantun, saya takut dia menggunakan pantun Iban. Sebab dia ini Iban, kalau pantun Iban, lama sikit sampai 10 minit, 15 minit. Kedua, dia macam orang menyanyilah tetapi nasib baik dia gunakan style berpantun Melayu. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setiap tahun SPA ini menerima begitu tinggi permohonan dari calon-calon yang hendak berkhidmat dengan SPA Malaysia. Namun peluang pekerjaan tetap terutama sekali begitu terhad yang wujud setiap tahun. Sebagai contoh pada tahun 2015, SPA telah menerima sebanyak 1.63 juta permohonan. Namun kekosongan jawatan untuk pelantikan tetap ke perkhidmatan awam hanya sebanyak 24,606 sahaja. 1.63 million vs 24,600 plus. Manakala bagi tahun 2016 pula, sebanyak 1.56 juta permohonan telah diterima, namun kekosongan untuk pelantikan tetap di bawah SPA hanya sebanyak 25,046. Sungguhpun begitu, jika dilihat dari sudut yang lain jumlah permohonan yang tinggi ini memberi peluang kepada kerajaan untuk memilih hanya calon yang berkualiti sahaja untuk dilantik ke dalam perkhidmatan awam. Sehubungan dengan itu, proses tapisan yang ketat telah dilaksanakan oleh SPA. Pada masa ini SPA telah melaksanakan kaedah pengambilan yang dikenali sebagai MyRecruitment terhadap sebahagian besar skim perkhidmatan bagi memilih calon yang terbaik. Kaedah ini memerlukan calon melalui 4 proses saringan iaitu: (i) tapisan awal; (ii) peperiksaan online; (iii) penilaian kompetensi ataupun assessment competency; dan (iv) temu duga. DR. 4.4.2017 2 Calon-calon yang tidak menepati tapisan awal tidak akan dipanggil untuk menduduki peperiksaan online. ■1010 Manakala calon yang tidak melepasi peperiksaan online tidak akan dipanggil untuk mengikuti penilaian kompetensi. Begitu juga calon yang tidak melepasi penilaian kompetensi tidak akan dipanggil temu duga. Ini bermakna ada empat proses ini siapa yang tidak menghadiri proses pertama tidak akan dipanggil ke proses yang kedua, yang tidak hadir proses yang kedua tidak akan dipanggil ke proses yang ketiga dan yang tidak hadir dalam proses yang ketiga tidak akan dipanggil ke proses terakhir iaitu temu duga. Pada tahap tapisan awal permohonan calon di dalam sistem SPA akan ditapis secara berkomputer berdasarkan kriteria tertentu yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan. Kriteria-kriteria tersebut akan disesuaikan secara khusus bagi sesuatu jawatan. Tuan Yang di-Pertua: Panjang lagi Yang Berhormat? Datuk Joseph Entulu anak Belaun: Contoh kriteria tapisan awal adalah seperti berikut... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, panjang lagi? Datuk Joseph Entulu anak Belaun: Oh? Tuan Yang di-Pertua: Yang jawapan sebakinya itu, hantar sahaja kepada Yang Berhormat Lubok Antu. Datuk Joseph Entulu anak Belaun: Kalau macam tu, saya bagi Yang Berhormat jawapan seterusnya secara bertulis. Tuan Yang di-Pertua: Sila, Yang Berhormat Lubok Antu soalan tambahan pertama 30 saat. Yang Berhormat Menteri jawab dua minit 30 saat. Sila. Datuk William @ Nyallau anak Badak [Lubok Antu]: Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua, soalan tambahan, apakah ciri-ciri seorang calon yang dicari oleh SPA untuk dilantik dalam perkhidmatan awam? Datuk Joseph Entulu anak Belaun: Ada beberapa ciri yang kita lihat seperti keterampilan. Ini adalah selain daripada CGPA dan sebagainya. Selain daripada kelulusan akademik pemohon. Dia mesti dilihat semasa temu duga especially ya, berketerampilan. Kedua, semasa interview juga akan dinilai sama ada calon ini mahu bekerja secara berpasukan. Ketiga, sama ada beliau ada ciri-ciri kepimpinan. Jati diri adalah juga satu daripada ciri-ciri yang kita lihat dan profesionalisme beliau. Begitulah cara kita membuat analisa sama ada orang itu betul-betul layak diambil sebagai pegawai atau pun pekerja di perkhidmatan awam Malaysia. Oleh sebab begitu ramai yang memohon, agak senang kita memilih siapalah yang terbaik dalam kumpulan tersebut. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Kalabakan, 30 saat. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh [Kalabakan]: Tuan Yang di- Pertua, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Menteri. Banyak pemohon daripada jawatan yang kosong tetapi ada kalanya yang layak tidak dapat kerana yang layak ini tidak dapat kerana tidak ada kenalan, suku sakat Menteri, ada orang-orang kenamaan yang beri sokongan. Jadi DR. 4.4.2017 3 kalau ini terjadi tentu kita punya masalah. Jadi bolehkah Yang Berhormat Menteri jelaskan, adakah perkara begitu? Datuk Joseph Entulu anak Belaun: Yang Berhormat, melalui saya tidak ada. Melalui pegawai-pegawai kalau dia sembunyikan daripada saya, saya pun tidak tahu. Akan tetapi setahu saya memang yang kita pilih ialah yang terbaik seperti saya katakan tadi agak senang memilih, mengisi 25,000 dan 30,000 lebih ini dari sejuta setengah ataupun lebih calon-calon yang wujud. Jadi memang ramai yang balik menangis kerana tidak diberi tawaran. Sekian, terima kasih. 2. Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan mengapakah kadar pengangguran daripada kalangan graduan dan belia meningkat dan langkah-langkah bagaimana untuk menyelamatkan graduan daripada terus menganggur. Menteri Sumber Manusia [Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, berdasarkan kepada Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia, definisi belia adalah orang yang berumur dalam lingkungan 15 hingga 24 tahun. Selaras dengan definisi belia oleh International Labour Organization (ILO). Berdasarkan kepada Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia, bilangan penganggur belia pada tahun 2015 adalah seramai 273,600 orang berbanding pada tahun 2014 iaitu penganggur adalah seramai 248,000 orang. Ini bermakna ada peningkatan 1.2 peratus. Tuan Yang di-Pertua, kadar pengangguran yang tinggi di kalangan graduan adalah fenomena yang dihadapi oleh setiap negara membangun dan maju di dunia. Golongan ini berada dalam proses transisi daripada alam pembelajaran kepada pasaran pekerjaan dan perlu melalui proses untuk mencari pekerjaan. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan menerusi kerjasama pelbagai kementerian dan agensi telah merangka dan menawarkan pelbagai program bagi meningkatkan kebolehpekerjaan rakyat termasuk golongan graduan serta golongan belia yang menganggur. Antaranya adalah seperti berikut, program Graduates Enhancement Program for Employability atau GENERATE oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad, program Skim Latihan Malaysia 1Malaysia (SL1M) oleh Unit Perancang Ekonomi dengan kerjasama JobsMalaysia, Jabatan Tenaga Kerja. Ketiga, Program Pekerja dan Future Worker oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran. Selain daripada itu, Tuan Yang di-Pertua bagi membantu dan memudahkan semua golongan termasuk golongan graduan dan belia mendapatkan pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia turut melaksanakan inisiatif seperti berikut; portal perkhidmatan pekerjaan, penubuhan Pusat Kerjaya (JobsMalaysia Centre) di Urban Transformation Centre. Ketiga, penubuhan Pusat Maklumat Kerjaya atau Career Information Centre. Sekian, terima kasih. Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Terima kasih,Yang Berhormat Menteri. Saya difahamkan gaji permulaan graduan pada tahun 2017 ini sekitar RM2,000 kalau dibandingkan dengan 90-an, 1995. Gaji permulaan graduan adalah sekitar RM1,800. Sudah 22 tahun nampaknya hanya peningkatan RM200 hingga RM300. Sekarang ini mi goreng– harga mi goreng RM5 hingga RM6 tetapi 90-an RM2 sahaja. So, saya hendak Yang Berhormat Menteri DR. 4.4.2017 4 jawab, bagaimanakah untuk Yang Berhormat Menteri membantu untuk meningkatkan gaji permulaan graduan di Malaysia ini? Terima kasih. Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya kementerian kita sedang dalam
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages229 Page
-
File Size-