Naskhah belum disemak PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA Bil. 43 Rabu 28 November 2018 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2019 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.23 (Halaman 29) Maksud B.24 (Halaman 89) Maksud B.22 (Halaman 114) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 28) Usul Anggaran Pembangunan 2019 Jawatankuasa:- Maksud P.23 (Halaman 29) Maksud P.24 (Halaman 89) Maksud P.22 (Halaman 114) DR.28.11.2019 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA Selasa, 28 November 2018 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Tuan Su Keong Siong [Kampar] minta Menteri Pembangunan Usahawan menyatakan jumlah peruntukan yang telah disalurkan di bawah skim Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) untuk tempoh tahun 2013 hingga 2018. Sejauh mana keberkesanan perlaksanaan skim TEKUN membantu usahawan, khususnya di luar bandar. Apakah kaedah- kaedah dan badan yang dipertanggungjawabkan bagi memantau pelaksanaan skim ini. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan [Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kampar atas soalan yang berkaitan dengan salah satu agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan iaitu TEKUN Nasional. Tuan Yang di-Pertua, TEKUN Nasional ini merupakan agensi yang telah ditubuhkan sejak 1998 dengan matlamat penubuhan untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah kepada usahawan-usahawan kecil. Pembiayaan yang ditawarkan adalah di antara RM1,000 sehingga RM100,000 dalam tempoh pembiayaan dari enam bulan hingga 10 tahun. Sektor utama perniagaan yang dibiayai oleh perkhidmatan TEKUN ini ialah sektor pembuatan, perkhidmatan, peruncitan serta kontraktor kecil. Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kampar. Bagi tempoh 2013 sehingga 2018, pihak kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion kepada TEKUN Nasional. Ini peruntukan yang diberikan oleh kerajaan untuk disalurkan kepada usahawan-usahawan. Berdasarkan jumlah tersebut dan dalam tempoh tersebut, sebanyak RM2.77 bilion disalurkan kepada 175,445 usahawan walaupun tadi saya sebut RM1.5 bilion diberikan oleh TEKUN Nasional, peruntukan daripada kerajaan. Melalui dana dalaman TEKUN sebanyak RM1.27 bilion lagi digunakan ataupun disburse dalam tempoh tersebut. Ertinya totalnya RM2.77 bilion, 175,445 usahawan mendapat manfaat daripada pembiayaan ini. Pelaksanaan dan pemantauan skim TEKUN dilaksanakan melalui 198 pejabat cawangan TEKUN di seluruh negara dan semua 198 ini menjaga 222 kawasan Parlimen. Ertinya DR.28.11.2019 2 pembiayaan TEKUN ini dibahagikan mengikut kawasan Parlimen. Bagi memastikan pembiayaan ini diberikan dengan baik dan pembayaran balik pun dilakukan dengan baik, antara kaedah pemantauan yang dilaksanakan adalah seperti berikut: (i) lawatan ke premis peminjam; (ii) melaksanakan penjadualan semula bayaran kepada usahawan yang berkelayakan; dan (iii) mewujudkan pusat panggilan kutipan ataupun collection call centre. Bagi keberkesanan pelaksanaan dan pemantauan skim TEKUN, sebanyak RM2.07 bilion telah berjaya dibayar balik oleh peminjam dari tempoh 2014 sehingga 2018. Ertinya jumlah yang dikeluarkan tadi RM2.77 bilion, kutipan RM2.07 bilion, masih lagi dalam kutipan lebih kurang RM700 juta. Selain itu, jumlah bayaran balik juga telah menunjukkan peningkatan pada setiap tahun seperti yang saya perincikan berikut. Kalau tahun 2014, RM312 juta. Tahun 2015, RM355 juta. Tahun 2016, RM543 juta. Tahun 2017, RM554 juta dan sehingga Julai 2018, RM302 juta. Kita beranggapan di akhir tahun ini boleh mencapai RM600 juta. Namun kita juga hendak menyebut sedikit tentang pembayaran yang tidak dapat dikutip, nonperforming financing sehingga September tahun ini. NPF kita 42.88 peratus atau RM531 juta. Ini satu jumlah yang besar. Langkah yang diambil oleh kementerian dan juga TEKUN ialah melaksanakan kutipan-kutipan balik mana-mana NPF tadi dan kita dapati respons daripada peminjam TEKUN adalah baik. Jawapan yang keduanya, bagaimana kita hendak memastikan keberkesanan perlaksanaan TEKUN ini. Saya ingin menyebut bahawa seramai 417,000 peminjam telah mendapat manfaat daripada TEKUN. ■1010 Daripada jumlah ini, 100 ribu ataupun lebih kurang satu per empat adalah usahawan- usahawan yang boleh kita klasifikasi sebagai berjaya. Bukan suatu jumlah yang memberangsangkan ya. Kita kesan ini melalui peningkatan jualan mereka, peningkatan jumlah pekerja yang mereka ambil, jumlah keuntungan yang meningkat dan pasaran yang berkembang. Kita tidak mengatakan hanya satu per empat sahaja yang berjaya. Setengahnya kita ukur daripada mereka kembali kepada TEKUN untuk memohon pembiayaan seterusnya kali kedua, ketiga. Akan tetapi ada yang berjaya tetapi mungkin menggunakan dana-dana luar daripada TEKUN untuk menambah dan membesarkan perniagaan mereka. Jadi, kesimpulannya pembiayaan TEKUN ini telah dapat melahirkan usahawan-usahawan yang berjaya dan kita ada menyediakan laporan-laporan, buku-buku Top 500 yang menunjukkan kes-kes yang berjaya dalam perniagaan berdasarkan atau berpandukan kepada pinjaman pada TEKUN. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Su Keong Siong [Kampar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kita semua tahu bahawa secara umumnya TEKUN dilaksanakan untuk membantu masyarakat yang kurang berkemampuan untuk menceburi bidang perniagaan. Akan tetapi masalah seperti kadar bayaran DR.28.11.2019 3 yang tinggi secara mingguan ditambah dengan kadar faedah yang tinggi mungkin mengakibatkan peniaga-peniaga baru menghadapi masalah untuk membayar balik dan seterusnya membantutkan usaha ini. Selain daripada itu, mekanisme permohonan dan kelulusan skim bantuan yang tidak jelas telah mengakibatkan skim ini tidak mencapai golongan sasaran kerana ianya tidak diketahui umum di manakah TEKUN bernaung dan sejauh manakah pengawasan terhadap penggunaan dana TEKUN tersebut. Apa yang diharapkan daripada skim yang baik adalah penambahbaikan dari segi pelaksanaan dan kajian kembali syarat-syarat yang dikenakan termasuk bayaran agar perusahaan kecil benar-benar dapat memanfaatkan daripada pelaksanaannya. TEKUN harus diberikan nafas baharu dengan bukan sahaja setakat memberi dana bahkan perlu pemantauan dan khidmat bimbingan kepada para peserta agar benar-benar memanfaatkan peserta-peserta dengan bantuan untuk memajukan ekonomi. Soalan saya, adakah kementerian berhasrat untuk mengkaji semula pelaksanaan mekanisme kelulusan skim, kaedah bayaran balik dan pemantauan terhadap penggunaan dana skim TEKUN ini agar skim ini benar-benar membantu golongan sasar di luar bandar. Oleh sebab kami dapat banyak kes di mana peniaga-peniaga mengatakan mereka menghadapi masalah bila mereka terpaksa membayar secara mingguan bayaran dan juga kadar faedah yang tinggi tersebut. Jadi keseluruhan skim ini perlu dikaji semula agar peserta-peserta memang mendapat manfaat daripada skim ini. Sekian, terima kasih. Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli: Terima kasih Timbalan Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kampar atas pertanyaan tersebut. Sedikit penjelasan sebelum menjawab ya. Bayaran balik ataupun kekerapan membayar balik bukan seminggu sekali tetapi sebulan sekali. Mungkin kita bercampur dengan salah satu skim pembiayaan mikro juga iaitu Amanah Ikhtiar Malaysia yang mengumpulkan peminjam dalam kelompok-kelompok dan membayarkan balik tiap-tiap minggu. Bagi TEKUN bayarannya ialah sebulan sekali. Antara perkara awal yang kita perlu pastikan ialah supaya yang meminjam ini adalah mereka yang benar-benar terlibat untuk melaksanakan kerja-kerja keusahawanan ini. Kalau mungkin dahulu ada cerita-cerita bahawa peminjaman TEKUN ini adalah seumpama mesin ATM bagi setengah pihak ya. Akan tetapi kita hendak pastikan bahawa kali ini peminjam-peminjam ini adalah usahawan bone fide, yang serius, ada perancangannya, ada syarikat yang berdaftar dan ada pelan peniagaannya. Yang ini pegawai-pegawai kita ataupun penyelaras TEKUN di peringkat daerah mesti turun padang untuk melihat sendiri persiapan usahawan-usahawan ini sebelum mereka diberikan pinjaman. Walaupun itu tidak banyak iaitu RM1,000 dan RM5,000, akan tetapi kita tidak mahu mana-mana orang meminjam ini gagal membayar balik. Salah satu mekanisme yang telah dibuat ataupun dibentuk dua tiga tahun kebelakangan ini ialah mengumpulkan peminjam ini dalam kelompok lima orang. Jadi ada tekanan rakan sebaya atau peer pressure supaya masing-masing membayar pinjaman ini. Kalau ada seorang daripada lima itu gagal membuat pembayaran, empat rakan yang lain akan terpaksa menanggung. Jadi ini DR.28.11.2019 4 adalah antara kaedah supaya kita memberi tekanan atau galakan kepada semua peminjam untuk membayar balik. Mengenai mekanisme pemberian peminjaman ini, kita tidak meluluskan pinjaman ini di peringkat kawasan ataupun di pejabat kawasan. Akan tetapi mana-mana yang dilihat layak untuk mendapat pinjaman, permohonan mereka akan disampaikan kepada pihak nasional untuk mendapat kelulusan. Untuk memudahkan perniagaan mereka saya dimaklumkan kita boleh setelah siap dan cukup syaratnya, pinjaman in boleh didisburse atau diberikan dalam tempoh sebulan. Mengenai kadar yang disebutkan tadi, empat peratus yang dikenakan terhadap setiap pinjaman ini, adalah munasabah. Oleh
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages189 Page
-
File Size-