B29 Pegawai Kebudayaan

B29 Pegawai Kebudayaan

Peg. Kebudayaan B29 - KTII (Teori) PP KJ KK JUM 1 - - 1 No. Kad Pengenalan: ___________________ PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEGAWAI KEBUDAYAAN B29 KERTAS II (TEORI) Tarikh : 23 September 2020 (Rabu) Masa : 9.00 pagi – 10.00 pagi (1 jam) Tempat : Kampus Induk ______________________________________________________________________________ ARAHAN KEPADA CALON Kertas ini mengandungi LIMA PULUH (50) soalan berbentuk objektif. Jawab semua soalan. Setiap soalan bernilai dua (2) markah. Bulatkan jawapan anda pada kertas soalan dan kembalikan kepada Pengawas apabila tamat peperiksaan. Calon TIDAK DIBENARKAN membawa keluar kertas soalan. Sila serahkan kertas soalan bersama-sama buku jawapan kepada Pengawas sebelum meninggalkan dewan. Kertas soalan ini mengandungi 10 muka surat termasuk muka hadapan. JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIARAHKAN Peg. Kebudayaan B29 - KTII (Teori) 2 Jawab SEMUA soalan. 1. Dasar Kebudayaan Kebangsaan berteraskan tiga prinsip berikut, KECUALI A. Berteraskan kebudayaan asal rakyat asal rantau ini B. Menggalakkan semangat etnosentrik dalam kalangan rakyat C. Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan D. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima 2. Sebuah persembahan boria mesti dimulakan dengan :- A. Tarian B. Muzik C. Sketsa D. Nyanyian 3. Tarian Ayam Didik berasal dari negeri :- A. Kedah B. Perlis C. Perak D. Negeri Sembilan 4. Di dalam persembahan Makyung, props utama yang digunakan oleh Pakyong ialah :- A. Parang kayu B. Busur dan anak panah C. Pedang D. Rotan berai 5. Berikut merupakan instrumen Gamelan Malaysia KECUALI A. Bonang B. Saron C. Canang D. Gambang 6. Berikut merupakan instrumen muzik wayang kulit KECUALI A. Mong B. Gedombak C. Tetawak D. Rebab Peg. Kebudayaan B29 - KTII (Teori) 3 7. Tujuan tarian Sumazau dipersembahkan ialah :- A. Menarik kedatangan pelancong B. Menghindar roh jahat C. Meraikan orang-orang tua D. Tiada yang di atas 8. Bangsawan dikatakan berasal dari Wayang Parsi kerana :- A. Ia dipersembahkan dalam Bahasa Parsi B. Ia berasal dari Parsi C. Ia menggunakan pelakon yang didatangkan dari India D. Ia berasal dari Iran 9. Bharatanatyam terdiri daripada tiga bahagian berikut KECUALI A. Natyam B. Nirutham C. Niruthiyam D. Natyanirutham 10. Persembahan Nobat hanya dimainkan di istana ketika waktu berikut :- A. Majlis perkahwinan diraja B. Istiadat pengebumian diraja C. Istiadat pertabalan D. Istiadat mencemar duli 11. Sebelum latihan tarian dijalankan di studio tarian, kita perlu memastikan :- A. Studio berkenaan mempunyai suhu yang sesuai B. Tiada pertindihan jadual dengan latihan lain C. Cermin studio berkenaan dilap bersih D. Lantai dan ruang lain di studio berkenaan selamat digunakan 12. Penyanyi utama di dalam persembahan boria dikenali sebagai :- A. Tok Juara B. Tukang Karut C. Tukang Karang D. Kapten Peg. Kebudayaan B29 - KTII (Teori) 4 13. Berikut adalah contoh lagu Asli KECUALI A. Seri Banang B. Seri Medan C. Seri Muka D. Seri Mersing 14. Pending ialah aksesori busana Melayu yang dipakai di bahagian :- A. Pinggang B. Lengan kanan C. Lengan kiri D. Kepala 15. Persembahan Tarian Dabus berasal dari negeri :- A. Johor B. Terengganu C. Perak D. Kedah 16. Tarian Asyik juga dikenali sebagai tarian :- A. Yang mengasyikkan B. Bulan Penuh C. Asli D. Istana 17. Berikut merupakan tokoh teater Yunani yang terkenal KECUALI A. Dionysus B. Aeschylus C. Euripedes D. Sophocles 18. Metod pencahayaan yang terkenal dipelopori oleh :- A. McCandless B. McCandle C. McDonald D. McDougal Peg. Kebudayaan B29 - KTII (Teori) 5 19. Watak komikal di dalam persembahan Makyung dikenali sebagai :- A. Peran Besar dan Peran Kecil B. Peran Tua dan Peran Muda C. Peran Lama dan Peran Baru D. Peran Kanan dan Peran Kiri 20. Gerakan kaki di dalam tarian joget juga dikenali sebagai :- A. Terpana B. Terancak C. Terpandang D. Terancang 21. Berikut merupakan beberapa jenis pentas KECUALI A. Proscenium B. Arena C. Raincall D. Thrust 22. Pak Yong di dalam Makyung perlu memakai __________ sebagai busana tetap. A. Baju Sikap B. Pedang C. Lar D. Rantai 23. Bahan berikut tidak sesuai digunakan sebagai alat solekan :- A. Plaka paint B. Blusher C. Concealer D. Mascara 24. Untuk membawa pelajar ke luar kampus Universiti Sains Malaysia (USM), pegawai perlu mendapatkan :- A. Kebenaran ibu bapa B. Latar belakang kesihatan pelajar C. Duit yuran D. Sokongan pelajar Peg. Kebudayaan B29 - KTII (Teori) 6 25. Berikut merupakan tarian tradisional masyarakat Malaysia KECUALI A. Brunsai B. Mangunatip C. Saman D. Lansaran 26. Muzik berikut sesuai digunakan untuk program rasmi Universiti KECUALI A. Hard Rock B. Jazz C. Tradisional D. Balada 27. Berikut BUKAN penyair nusantara KECUALI A. Hamzah Tahiri B. Hamzah Dolmat C. Hamzah Al Raniri D. Hamzah Fansuri 28. Secara asas, jenis-jenis lampu di bawah sesuai digunakan untuk pentas KECUALI A. Profile B. Fresnel C. Par Can D. Obor 29. Semua tarian berikut tidak menggunakan topeng KECUALI A. Kuda kepang B. Barongan C. Odissi D. Ngajat 30. Wak Dogol merupakan watak di dalam :- A. Wayang Kulit Kelantan B. Wayang gedek C. Wayang pacak D. Wayang purwo Peg. Kebudayaan B29 - KTII (Teori) 7 31. Aksesori penting kepada Tukang Karang di dalam boria ialah :- A. Baju berkilauan B. Topi C. Tongkat D. Bandana 32. Semua di bawah merupakan tokoh Makyung KECUALI A. Khatijah Awang B. Che Mat Jusoh C. Rosnan Rahman D. Fatimah Busu 33. Perbezaan di antara Makyung dan Mek Mulung ialah :- A. Alat muzik B. Asas cerita C. Dialek D. Semua di atas 34. Tarian Mayin Jo-oh merupakan tarian masyarakat :- A. Sewang B. Mah Meri C. Temuan D. Jah Hut 35. Bahan-bahan berikut boleh digunakan untuk membuat darah palsu KECUALI A. Sirap jagung B. Tepung jagung C. Aloe Vera D. Serbuk coklat 36. Jikey merupakan persembahan tradisi yang popular di negeri :- A. Kedah B. Perlis C. Johor D. Pahang Peg. Kebudayaan B29 - KTII (Teori) 8 37. Berikut ialah instrumen muzik keroncong KECUALI A. Cak B. Cuk C. Trumpet D. Flute 38. Berikut ialah asas notasi muzik KECUALI A. Semibrif B. Krocet C. Kuaver D. Kuaci 39. Peralatan muzik apakah yang bersifat bukan muzikal? A. Cak lempung B. Angklung C. Beduk D. Kempul 40. Cerita-cerita yang dipersembahkan di dalam wayang kulit merupakan adaptasi epik :- A. Ramayana dan Mahabharata B. Gilgamesh C. Odyssey D. Shahnameh 41. Tennessee Williams merupakan penulis karya berikut :- A. Pride and Prejudice B. The Crucible C. Cat on a Hot Tin Roof D. Taming of the Shrew 42. Berikut merupakan penyair nusantara KECUALI A. Rendra B. Muhammad Haji Salleh C. Chairil Anwar D. Vijay Peg. Kebudayaan B29 - KTII (Teori) 9 43. Kesemua ini ialah jenis-jenis zapin KECUALI A. Budi B. Lenga C. Tanjung Labuh D. Pekajang 44. Tanjak Cogan Daun Kopi dipakai oleh keturunan Diraja :- A. Pahang B. Perak C. Johor D. Kedah 45. Apakah lagu yang PALING sesuai digunakan untuk tarian inang? A. Inang Pulau Kencana B. Inang Pulau Kampai C. Inang Bujang dan Dara D. Inang di Aidilfitri 46. Kesemua ini ialah instrumen muzik Cina KECUALI A. Erhu B. Guzheng C. Pipa D. Sonawan 47. ______________ merupakan motif di dalam kain songket. A. Keladi Bunting B. Tampuk Manggis C. Bayam Air D. Awan Larat 48. Berikut merupakan lagu-lagu ghazal KECUALI A. Ghazal Pantun Budi B. Ghazal Songkok Mereng C. Ghazal Bunga Mawar D. Ghazal Untuk Rabiah Peg. Kebudayaan B29 - KTII (Teori) 10 49. Di bawah ialah beberapa teknik pembuatan batik yang utama KECUALI A. Ikat celup B. Blok C. Lepas D. Canting 50. Di dalam rangkap karangan boria, pengakhiran setiap ayat perlu mempunyai :- A. Rima yang sama B. Suku kata yang sama C. Suku kata yang berbeza D. Rima yang berbeza oooo0oooo .

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    10 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us