(Bernama) -- Almarhum Datuk Seri Raja Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah, 54, Semasa Hayat Baginda Merupakan Seorang Raja Yang Rendah Diri Dan Berjiwa Rakyat

(Bernama) -- Almarhum Datuk Seri Raja Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah, 54, Semasa Hayat Baginda Merupakan Seorang Raja Yang Rendah Diri Dan Berjiwa Rakyat

Raja Ashman Rendah Diri, Berjiwa Rakyat Bernama 30 Mac, 2012 IPOH, 30 Mac (Bernama) -- Almarhum Datuk Seri Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah, 54, semasa hayat baginda merupakan seorang raja yang rendah diri dan berjiwa rakyat. Dilahirkan pada 28 Dis 1958 di Pulau Pinang, baginda merupakan anakanda ketiga Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, daripada lima adik-beradik iaitu Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah, Datuk Seri Raja Azureen, Datuk Seri Raja Eleena dan Datuk Seri Raja Yong Sofia. Baginda berkahwin dengan Datin Seri Noraini Jane Kamarul Ariffin, 53, pada 26 Sept 1991 dan dikurniakan seorang putera Datuk Ahmad Nazim Azlan Shah, 20, serta dua puteri Raja Eminah Alliyah, 18, dan Raja Bainunisa Safia, 17. Baginda yang berpendidikan tinggi memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari University of Nottingham, Britain pada tahun 1981 diikuti Diploma Pentadbiran Undang-undang Perniagaan University of London serta Sarjana Undang-undang dari Cambridge University pada tahun 1985. Baginda dilantik sebagai Raja Kechil Bongsu Perak pada 11 Mei 1987 diikuti Raja Kechil Tengah Perak pada 10 Mac 1998 dan Raja Kechil Sulung Perak pada 16 Mac 2010. Semasa hayat baginda, Almarhum aktif dalam sektor korporat dan memegang pelbagai jawatan penting dalam beberapa syarikat antaranya selaku Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di KKB Engineering Bhd dan Kian Joo Can Factory Bhd. Baginda juga pernah menjadi Pengarah Eksekutif Kanzen Berhad, Pengerusi Dwitasik Sdn Bhd dan Pengarah Sanyo Industries Malaysia. Baginda yang juga penyokong setia pasukan hoki negara turut aktif dalam aktiviti sosial dan kebajikan terutama di bawah Yayasan Sultan Azlan Shah. Baginda telah dianugerahkan Darjah Seri Paduka Cura Simanja Kini (SPCM) dari kerajaan negeri Perak pada 18 April 1988 yang membawa gelaran 'Datuk Seri'. ---BERNAMA Hakcipta © 2012 BERNAMA Source:http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsindex.php?id=655902 .

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    1 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us