MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI RABU, 8 OKTOBER 2014, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 30 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1323-L63358 Datuk Johari bin Abdul Ghani [ Titiwangsa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah keberkesanan tindakan penguatkuasaan yang telah diambil terhadap aktiviti siber kafe / judi Internet. Memandangkan masih banyak aktiviti perjudian ini yang masih beroperasi dan kembali beroperasi walaupun setelah tindakan penguatkuasaan dijalankan. 2. PR-1323-L64528 Tuan Su Keong Siong [ Ipoh Timor ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan keperluan untuk menubuhkan 148 Jawatankuasa Perwakilan Penduduk di peringkat bandar dengan peruntukan sebanyak RM63 juta setahun. Nyatakan kriteria-kriteria yang digunapakai untuk melantik anggota-anggota Jawatankuasa Perwakilan Penduduk. 3. PR-1323-L63343 Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah rancangan-rancangan dan aktiviti-aktiviti bermanfaat yang boleh melibatkan masyarakat di kampung-kampung baru lebih memahami dan seterusnya memberikan sokongan terhadap polisi Kerajaan yang sedang berlangsung. 4. PR-1323-L64887 Tuan Julian Tan Kok Ping [ Stampin ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah dan usaha Kerajaan dalam menangani gejala „human trafficking‟ yang semakin buruk di Malaysia sehingga memburukkan nama negara. AUM DR 8/10/2014 2 5. PR-1323-L65293 Dato' Ir. Haji Nawawi bin Ahmad [ Langkawi ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan Pulau Langkawi dijangkakan akan menerima pelancong sekitar 3.5 juta orang pada tahun ini, dan angka ini akan bertambah setiap tahun, apakah kapasiti bekalan air yang disalurkan dari tanah besar mencukupi untuk kegunaan penduduk Langkawi dan kedatangan pelancong pada tahun-tahun yang akan datang. Sekiranya , ada masalah, apakah tindakan Kementerian bagi menanganinya. 6. PR-1323-L65144 Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan penerima pencen mengikut kategori jumlah penerimaan bulanan iaitu, kurang dari RM250, antara RM 250-500, antara RM 500-1000, antara RM 1000-3000, antara RM 3000-5000 dan lebih dari RM 5000. 7. PR-1323-L63744 Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan [ Parit ] minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik pegawai dan anggota penguatkuasaan yang ditangkap kerana terlibat dalam sindiket haram dan rasuah semenjak 5 tahun yang lalu. Apakah langkah dan usaha yang lebih berkesan lagi dari yang sedia ada bagi memastikan badan dan agensi penguatkuasaan dari pelbagai Kementerian dan jabatan dapat melaksanakan tugas mereka dengan berkesan berlandaskan undang-undang, tanpa ada unsur rasuah dan salah guna kuasa. 8. PR-1323-L63968 Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan rancangan untuk memasang alat ujian partikel udara secara kekal di sepanjang Pantai Barat Johor dan lokasi yang ditentukan untuk tujuan tersebut. Adakah Kementerian setuju bahawa piawaian pemantauan udara seharusnya dipertingkatkan dari PM10 ke PM2.5 di negara kita. Jika tidak, mengapa. 9. PR-1323-L64847 Tuan Anuar bin Abd. Manap [ Sekijang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah Kementerian bercadang membina sebuah RTC di Segamat kerana ia adalah menjadi keperluan kerana daerah Segamat adalah tempat yang strategik untuk 3 buah negeri iaitu Pahang, Johor dan Negeri Sembilan. 10. PR-1323-L64748 Puan Kasthuriraani a/p Patto [ Batu Kawan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan rancangan dan kos untuk menaiktaraf Hospital Daerah Sungai Bakap dan untuk membina sebuah hospital kerajaan baru di Batu Kawan memandangkan Batu Kawan akan menjadi bandar satelit dengan penambahan penduduk yang tinggi dalam masa terdekat. 3 AUM DR 8/10/2014 11. PR-1323-L63310 Dato' Wira Othman bin Abdul [ Pendang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah Rumah Mesra Rakyat yang telah diluluskan bagi tahun 2012 dan 2013 di Negeri Kedah mengikut Daerah. Apakah halangan-halangan yang boleh menyebabkan kelambatan pembinaan rumah- rumah tersebut. 12. PR-1323-L64489 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan farmasi di negara kita termasuk syarat-syarat yang ditetapkan. Apakah jenis pemantauan. 13. PR-1323-L64120 Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad [ Lipis ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :- (a) bilangan kes yang melibatkan kemasukan wang haram di Malaysia; dan (b) pelan tindakan untuk memastikan kegiatan ini dapat dipantau sekali gus dihentikan. 14. PR-1323-L64683 Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan jaminan Kerajaan membaik pulih laluan 14 Jerangau - Jabor yang kerap kali berlaku kemalangan dan kesesakan terutama musim perayaan dan cuti persekolahan. 15. PR-1323-L63385 Datuk Aaron Ago anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah Pertubuhan NGOs atau organisasi yang didaftar dan tidak didaftar di negara ini. Adakah Kerajaan dapat mengesan aktiviti sebenar pertubuhan-pertubuhan ini dan adakah ia dibenarkan di bawah undang-undang sedia ada. 16. PR-1323-L63776 Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan memandangkan masalah pukat tunda oleh nelayan dan perahu asing masih berterusan, apakah langkah-langkah tambahan diambil pihak oleh pihak berkuasa untuk mengatasi dan menghapuskan kegiatan ini. 17. PR-1323-L63475 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :- (a) tindakan yang diambil oleh Kerajaan berikutan penyebaran tuntutan pemisahan negeri Sabah dan Sarawak dalam laman sosial; dan AUM DR 8/10/2014 4 (b) berikutan isu yang dimainkan, seperti Laporan RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) mengenai isu PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) di negeri Sabah bagi menyokong gerakan di atas, apakah tindakan diambil oleh Kerajaan begitu juga sentimen Anti Persekutuan yang kian menular di negeri Sabah dan Sarawak. 18. PR-1323-L64718 Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk membanteras aktiviti judi „cybercafe‟ di Kuala Lumpur dan khususnya di Parlimen Batu. Adakah pihak Kerajaan pernah menjalankan operasi membanteras aktiviti judi di Parlimen Batu. 19. PR-1323-L63633 Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :- (a) tindakan undang-undang yang diambil terhadap pertubuhan tidak berdaftar seperti Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang ; dan (b) tindakan undang-undang yang diambil terhadap kumpulan yang menghasut dan menyebarkan ceramah untuk memisahkan Sabah dari Malaysia. 20. PR-1323-L64815 Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa ramai yang telah dikenakan hukuman gantung sampai mati dalam dua tahun lalu serta bilangan tertuduh yang telah dihukum gantung tetapi masih menunggu hukuman itu dilaksanakan. 21. PR-1323-L63446 Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Haji Ahmad [ Mersing ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah usaha atau strategi jangka pendek iaitu sebelum penstrukturan semula MAS untuk menarik minat penumpang menggunakan penerbangan MAS setelah terjejas akibat tragedi MH370 dan MH17 yang lalu. 22. PR-1323-L64060 Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :- (a) berapa jumlah perbelanjaan bagi membiayai kos pengurusan kepulangan jenazah mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine pada 17 Julai yang lalu; dan (b) berapakah pegawai dan kakitangan awam dan beruniform yang ditugaskan di luar negara bagi menguruskan siasatan kemalangan hinggalah kepada jenazah dibawa pulang. 5 AUM DR 8/10/2014 23. PR-1323-L64285 Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan sambutan yang diterima terhadap kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 selepas insiden MH370 dan MH17 berlaku dari segi kedatangan pelancong luar ke dalam negara. 24. PR-1323-L65136 Dato' Ahmad Fauzi bin Zahari [ Setiawangsa ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah perancangan Kerajaan bagi membantu 6,000 pekerja MAS yang bakal diberhentikan melalui Pelan Penstrukturan Baru MAS. Adakah sebarang inisiatif dari Kerajaan bagi membantu mereka mendapatkan pekerjaan baru atau inisiatif lain bagi menampung kos sara hidup mereka buat sementara waktu. 25. PR-1323-L63490 Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan tahap kesiapsiagaan sistem radar dan komunikasi Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk mengawal dan memantau aliran trafik udara negara dan adakah kedua-dua sistem ini benar- benar berfungsi untuk mengesan kenderaan udara yang masuk dan keluar negara. 26. PR-1323-L64303 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan kos pembinaan KLIA & KLIA2 dan cukai lapangan terbang yang dikenakan oleh MAHB di kedua-dua lapangan terbang ini. Nyatakan jumlah penumpang yang menggunakan KLIA & KLIA2 pada Julai, Ogos, September 2014 dan cukai (airport tax) yang dikutip di KLIA dan KLIA2. 27. PR-1323-L63329 Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapa banyak dan jenis-jenis kes pencemaran sungai dan sumber air yang diadukan oleh masyarakat dan berapa kejayaan Kementerian dalam mendakwa dan jenis hukuman yang dikenakan. 28. PR-1323-L64742 Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan langkah dan bantuan yang
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages14 Page
-
File Size-