Bab 5 Persekutuan Tanah Melayu 1948 Cikgu Rosle Yasin BAB 5 PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948 5.1 Latar Belakang Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 Persekutuan Tanah Melayu menggantikan Malayan Union 1946 yang ditolak oleh penduduk tempatan. Sebuah Jawatankuasa Kerja dibentuk untuk merangka perjanjian persekutuan Tanah Melayu. Terdapat juga golongan yang mencadangkan perlembagaan alternatif yang dinamakan Perlembagaan Rakyat. Penubuhan Jawatankuasa Kerja Jawatankuasa Kerja ditubuhkan pada 25 Julai 1946. Matlamat penubuhan jawatankuasa ini adalah untuk membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 Jawatankuasa Kerja Wakil kerajaan British Wakil Raja-raja Melayu Wakil UMNO 1. A.T. Newboult -- Ketua Se- 1. Dato' Onn Jaafar 1. Raja Kamaralzaman Raja tiausaha Malavan Union 2. Dato'Abdul Rahman Ngah Mansur - Raja Kecil 2. K.K. O'Connor - Peguam Mohd Yassin Tengah Perak Negara Malayan Union 3. Haji Megat Yunus 2. Dato' Hamzah Abdullah - 3. W.D. Godsall - Setiausaha Orang Kaya Menteri Besar Kewangan Selangor 4. Dr. W. Linehan – MCS 3. Haji Mohamad Sheriff 5. A.Williams – MCS Osman - Setiausaha 6. D.C. Watherston- Setiausaha Kerajaan Kedah – 4. Dato' Nik Ahmad Kamil Mahmud - Dato' Seri Setia Cadangan Jawatankuasa Kerja Jawatankuasa Kerja telah memulakan tugasnya pada awal bulan Ogos 1946 sehingga perten- gahan bulan November 1946. Cadangan jawatankuasa ini: 1. Menyatukan semua negeri Melayu dalam satu pentadbiran dan dua buah Negeri-negeri Selat. 2. Memulihkan kedudukan dan kedaulatan Raja-raja Melayu. 3. Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain. 4. Menubuhkan Dewan Perundangan Negeri bagi setiap negeri. 5. Mengenakan syarat kewarganegaraan yang ketat. Theodore Adams - Penasihat Raja-raja Melayu Pegawai pemerhati dan Penasihat Undang- Ralph Hone - Pemerhati dan wakil Gabenor Jeneral undang dalam Jawa- tankuasa Kerja Roland Braddell - Penasihat Undang-undang UMNO 1 Bab 5 Persekutuan Tanah Melayu 1948 Cikgu Rosle Yasin Gerakan Nasionalis Melayu Radikal Membidas kerajaan British kerana menjalankan perundingan secara tertutup dengan UMNO dan mengenepikan PKMM daripada Jawatankuasa Kerja tersebut. Golongan ini bergabung membentuk Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA). Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dipengerusikan oleh Dr. Burhanuddin al-Helmi. Angkatan Pemuda Insaf (API) diterajui oleh Ahmad Boestamam sebagai presiden. Gabungan Gerakan Angkatan Muda (GERAM) diketuai oleh Aziz Ishak dan Abdul Sa- Putera mad Ismail. Hizbul Muslimin diketuai oleh Abu Bakar al-Baqir. Barisan Tani Malaya (BATAS) diketuai oleh Musa Ahmad. Angkatan Wanita Sedar (AWAS) diketuai oleh Shamsiah Fakeh. Gabungan PUTERA-AMCJA 1. Golongan bukan Melayu menubuhkan All Malaya Council of Joint Action (AMCJA). Di- pengerusikan Tan Cheng Lock. 2. AMCJA menganggap British tunduk kepada tuntutan UMNO dan beranggapan penub- uhan Jawatankuasa Kerja ini tidak demokratik. AMCJA kemudiannya bergabung dengan PUTERA. AMCJA terdiri daripada: • Pan-Malayan Federation of Trade Union (PMFTU) Setiausahanya ialah Chan Loo. • Malayan Democratic Union (MDU) dipengerusikan oleh John Eber. • Malayan Indian Congress (MIC) diketuai oleh John Thivy sebagai presiden. Kumpulan ini menolak perjanjian persekutuan. AMCJA membantah kerana Jawatankuasa Kerja tiada wakil bukan Melayu. PUTERA dan AMCJA menganggap Perlembagaan Perseku- tuan tidak demokratik, mengukuhkan British dan perkauman. Pada bulan Julaj 1947, ca- dangan perlembagaan yang telah disemak diumumkan kepada awam. Gabungan PUTERA- AMCJA menentang cadangan perlembagaan tersebut secara terbuka. Sumbangan Nasionalis Melayu Radikal 1. Golongan nasionalis Melayu radikal memperjuangkan kemerdekaan sejak penghujung tahun 1930-an. 2. Matlamat perjuangan, membebaskan tanah air daripada penjajahan, menyatukan se- luruh Tanah Melayu dan enggan berkompromi dengan penjajah untuk mencapai ke- merdekaan. 3. Memperjuangkan hak semua kaum dan menekankan kebebasan hak bersuara, berhim- pun dan menerbitkan akhbar. 4. Ahmad Boestamam menerbitkan akhbar Suara Rakyat bertujuan membuka minda rakyat ke arah idea ingin bebas dan merdeka. 5. PKMM berjaya menubuhkan cawangannya di seluruh negeri Perak, Hulu Langat, Selan- gor dan Temerloh, Pahang. Jumlah keahlian PKMM pada bulan Julai 1947 dianggarkan melebihi 53 ribu orang. 2 Bab 5 Persekutuan Tanah Melayu 1948 Cikgu Rosle Yasin Cadangan PUTERA-AMCJA Cadangan PUTERA Cadangan AMCJA 1. Penyatuan Tanah Melayu dengan Singapura. 1. Kedudukan Bahasa Melayu. 2. Sebuah kerajaan pusat yang kuat. 2. Pertahanan dan hal ehwal luar 3. Raja-raja Melayu sebagai Raja Berper- negeri. lembagaan 3. Syarat kewarganegaraan Tanah 4. Kemajuan politik dan ekonomi orang Melayu 5. Adat istiadat dan agama Islam Melayu. 6. Syarat kewarganegaraan. 4. Bendera dan lagu kebangsaan Akhir bulan Mac 1947,cadangan PUTERA dan AMCJA digabungkan membentuk Perlembagaan Rakyat: Pada bulan Julai 1947, PUTERA-AMCJA bertemu mengemukakan draf Perlembagaan Rakyat. Antara kandungan Perlembagaan Rakyat: 1. Tanah Melayu disatukan dengan Singapura. 2. Penubuhan sebuah Dewan Perundangan pusat dan majlis-majlis negeri yang dipilih bagi seluruh Tanah Melayu. 3. Kewarganegaraan yang sama bagi semua orang yang menganggap Tanah Melayu se- bagai tempat tinggal tetap dan sanggup mencurahkan kesetiaan tanpa berbelah bahagi. 4. Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan yang bertanggungjarvab kepada rakyat dan menerima nasihat melalui Majlis Mesyuarat. 5. Hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu diketuai sepenuhnya oleh orang Melayu melalui Majlis Khas. 6. Perhatian khas hendaklah diberikan kepada kemajuan politik dan ekonomi orang Mela- yu. 7. Bahasa Melayu hendaklah menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal bagi Tanah Melayu. 8. Hal ehwal luar negeri dan pertahanan hendaklah menjadi tanggungjawab bersama kera- jaan Tanah Melayu dan kerajaan British. 9. Kewarganegaraan Malaya haruslah dinamakan Melayu. 10. Warna merah dan putih haruslah dimasukkan sebagai latar belakang bendera kebang- saan Tanah Melayu. • British telah menolak Perlembagaan Rakyat dan menerima Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang digubal oleh Jawatankuasa Kerja. • PUTERA-AMCJA menganjurkan hartal pada 20 September 1947 (meminta semua peni- aga menutup kedai sebagai tanda bantahan). • Tarikh 20 Oktober 1947 dipilih sebagai Hari Hartal Se-Malaya • Menerusi sokongan Dewan Perniagaan Cina, hartal dilaksanakan di bandar utama di Tanah Melayu. 3 Bab 5 Persekutuan Tanah Melayu 1948 Cikgu Rosle Yasin 5.2 Faktor Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu Pada 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan secara rasmi setelah Raja-raja Melayu menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Penubuhannya di- dorong oleh beberapa faktor seperti:- 1 2 3 Penentangan Orang Melayu Terhadap Malayan Union Cadangan Raja-Raja Sokongan Pentadbir Melayu & UMNO British 1 1. Orang Melayu, Raja-raja Melayu, cendekiawan Melayu dan UMNO telah berganding ba- hu membantah pelaksanaan Malayan Union kerana Malayan Union memberikan kesan buruk kepada Raja-raja Melayu dan orang Melayu. 2. Ahli Parlimen British, iaitu Gammans dan Rees Williams telah menyaksikan bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union. 3. Hasil tinjauan dilaporkan kepada parlimen British. Gammans menyatakan, sekiranya Brit- ish melaksanakan rancangan Malayan Union keadaan huru-hara akan berlaku di Tanah Melayu. 2 1. Malcolm MacDonald, Gabenor Jeneral dan Sir Edward Gent, Gabenor Malayan Union mengadakan pertemuan dan berunding dengan Raja-raja Melayu di Kuala Kangsar pada 27 Mei 1946 untuk mengatasi konflik masyarakat Melayu dengan kerajaan British berhubung isu Malayan Union. Dalam pertemuan tersebut, Raja-raja Melayu men- cadangkan perkara berikut: • Penubuhan persekutuan bertaraf naungan dan bukannya tanah jajahan. • Perjanjian baharu untuk menggantikan Malayan Union. • Jawatan Pesuruhjaya Tinggi menggantikan Gabenor. • Raja berkuasa dalam perundangan. • Perkataan “Negeri-negeri Melayu” perlu muncul dalam persekutuan yang baharu. 2. Sultan Perak sebagai jurucakap Raja-raja Melayu menjelaskan kepada Sir Edward Gent supaya mendesak British menerima usul pembentukan persekutuan. 3 1. Mereka menyokong konsep persekutuan kerana dapat mewujudkan keamanan, kestabi- lan dan kemajuan ekonomi. 2. Pegawai tinggi pembentukkan Persekutuan Tanah Melayu ialah Sir Edward Gent, Mal- colm MacDonald, Sir Ralph Hone, Gammans, A.T. Newboult, Roland Braddell, W. Linehan dan Theodore Adams. 3. Ralph Hone mencadangkan British melibatkan Raja-raja Melayu dalam pentadbiran be- rasaskan perlembagaan, seperti memberi kuasa tertentu kepada sultan dalam Majlis Negeri dan Majlis Perundangan. 4. Pada bulan Mei 1946, Edward Gent bertemu dengan wakil UMNO di Pulau Pinang. Se- terusnya, pada 18 Julai 1946, di King's House, Kuala Lumpur, British memberikan pelu- ang kepada Dato' Onn Jaafar dan Raja-raja Melayu mengemukakan cadangan balas. 4 Bab 5 Persekutuan Tanah Melayu 1948 Cikgu Rosle Yasin 5.3 Ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 1. Jawatankuasa Kerja mengambil masa lima bulan untuk menyelesaikan kerja merangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Pada 20 November 1946, rangka Perjanjian Persekutuan tersebut dibentangkan dalam persidangan yang dihadiri oleh Raja-raja Mela- yu, wakil British dan UMNO. 2. Ciri-ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, antaranya termasuklah pentadbiran, kuasa Raja-raja Melayu, perundangan dan kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu. PENTADBIRAN 1. Persekutuan dibentuk menerusi gabungan sembilan buah negeri Melayu dan dua buah Negeri-negeri Selat. Singapura kekal sebagai tanah
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages14 Page
-
File Size-