Download Soalan-56.Pdf

Download Soalan-56.Pdf

SOALAN NO. 56 PEMBERITAHUAN PERTANVAAN DEWAN RAKVAT PERTANVAAN LIS AN DARIPADA VB TUAN AHMAD BAIHAKI BIN ATIQULLAH [ KUBANG KERIAN] TARIKH 7 APRIL 2015 (SELASA) SO ALAN VB Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan dengan kerugian yang agak besar yang terpaksa ditanggung oleh · Kerajaan Negeri Kelantan untuk membangunkan semula semua kawasan yang terlibat dengan kerosakan akibat banjir, adakah Kerajaan Persekutuan berhasrat untuk mengembalikan bayaran royalti petroleum bagi memastikan aktiviti pemulihan dapat dijalankan dengan lebih baik dan lancar. JAWAPAN: VB DATO' SERI DR. SHAHIDAN BIN KASSIM MENTERI Dl JABATAN PERDANA MENTERI Tuan Yang di-Pertua, Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu bayaran royalti petroleum kepada Kerajaan Negeri Kelantan masih dalam proses perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang terlibat serta membaik pulih infrastruktur yang terjejas teruk akibat banjir tersebut, Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah peruntukan seperti berikut: a) Sebagai peruntukan awalan, Kerajaan menyediakan RMBOO juta untuk membaiki dan membina semula infrastruktur asas seperti sekolah, hospital, jalan raya dan jambatan; b) Penyediaan peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta sebagai tambahan kepada tabung Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi bantuan permulaan atau initial allocation untuk kerja-kerja baik pulih dan program kebajikan mangsa banjir; dan c) Penyediaan peruntukan berjumlah RM893 juta bagi Bajet 2015 untuk pelaksanaan projek rancangan tebatan banjir di seluruh negara. Sekian. Terima kasih. 2 MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KETIGA BELAS PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA PERTANYAAN • LISAN DARIPADA • TUAN HAll MOHD FASIAH BIN HAll MOHD FAKEH (SABAK BERNAM) TARIKH • 07 APRIL 2015 SO ALAN • 57 Minta MENTERI KEMAlUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sejauh manakah penstrukturan semula ekonomi disebabkan penurunan harga minyak dan kejatuhan ringgit akan memberikan kesan kepada program pembangunan dan penyediaan infrastruktur luar bandar termasuk di Parlimen Sabak Bernam. 1 JAWAPAN Tuan Yang di-Pertua, Kementerian mengambil perhatian akan penstrukturan semula ekonomi Malaysia disebabkan penurunan harga minyak dan kejatuhan ringgit Malaysia pada baru-baru ini. Walau bagaimanapun, kesan kejatuhan ini tidak menjejaskan peruntukan bagi program pembangunan dan penyediaan infrastruktur luar bandar. Melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), pelbagai kemudahan dari segi infrastruktur dan pembangunan ekonomi luar bandar telah disediakan bagi mengurangkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar. Sebanyak 87 buah projek telah dilaksanakan di Daerah Sabak Bernam dengan jumlah peruntukan melebihi RM 50 juta dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 bagi tahun 2011 hingga 2013. Jenis-jenis projek yang telah dilaksanakan merangkumi pembinaan jalan, penyediaan bekalan air, program bantuan rumah, baikpulih Tabika KEMAS, peningkatan MRSM/Kolej Sains MARA serta tanam semula getah dan sawit RISDA dan FELCRA. 2 6t, .

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    4 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us