Dewan Rakyat Parlimen Kedua Belas Penggal Keempat Mesyuarat Pertama

Dewan Rakyat Parlimen Kedua Belas Penggal Keempat Mesyuarat Pertama

Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT PERTAMA Bil. 14 Selasa 29 Mac 2011 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 (Halaman 28) Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.1 hingga B.9 (Halaman 85) Maksud B.12 (Halaman 146) Maksud B.20 (Halaman 161) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 27) Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua 2010 (Halaman 28) Jawatankuasa:- Maksud P.6 (Halaman 85) Maksud P.10 (Halaman 146) Maksud P.13 (Halaman 158) DR. 29.3.2011 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Selasa, 29 Mac 2011 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat ] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk Md. Sirat Abu [Bukit Katil] minta Perdana Menteri menyatakan berapakah kos yang terpaksa dibelanjakan untuk sesuatu pilihan raya kecil semenjak Pilihan Raya Umum ke-12. Adakah kerajaan bercadang untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil, sebaliknya menggantikannya dengan kaedah lain. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz]: Tuan Yang di-Pertua, anggaran kos yang digunakan bagi menjalankan pilihan raya kecil (PRK) adalah di antara RM318,000 hingga RM1,290,000 bergantung kepada kawasan pilihan raya yang terlibat dalam pilihan raya tersebut. Perincian jumlah keseluruhan perbelanjaan PRK sejak Pilihan Raya Umum ke-12 diadakan adalah seperti berikut: Kawasan Pilihan Raya Kecil Anggaran Perbelanjaan (RM) Permatang Pauh 409,000 Kuala Terengganu 325,416 Bukit Gantang 460,971 Bukit Selambau 318,000 Batang Ai 391,700 Penanti 514,600 Manek Urai 548,003 Permatang Pasir 461,367.93 Bagan Pinang 449,485 Hulu Selangor 1,200,000 Sibu 1,000,000 Batu Sapi 1,290,000 Galas 1,047,000 Tenang 1,100,000 Merlimau 755,000 Kerdau 915,000 Jumlah besar campur sendirilah, ya. [Ketawa] Perlu dijelaskan bahawa dalam melaksanakan satu acara yang besar seperti PRK sudah pasti ia melibatkan perbelanjaan kewangan yang besar bagi menampung setiap kos perbelanjaan dan perkhidmatan yang DR. 29.3.2011 2 digunakan untuk setiap pilihan raya kecil yang dijalankan. Ini kerana acara seperti ini melibatkan banyak perkara seperti pengangkutan, tempat tinggal, makanan serta minuman dan sebagainya. Oleh yang demikian buat masa ini kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji undang- undang berkaitan dengan keperluan mengadakan pilihan raya kecil kerana keperluan untuk mengadakan pilihan raya kecil adalah berdasarkan kehendak Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pilihan Raya 1958. Datuk Md. Sirat Abu [Bukit Katil]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Bila sesuatu pilihan raya kecil diadakan selalunya penduduk di kawasan yang terlibat dikatakan mendapat durian runtuh kerana banyak prasarana yang dibina dan juga permohonan-permohonan diluluskan dengan segera. Ada juga tuduhan yang mengatakan ianya melibatkan agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam pilihan raya ini hingga ada pula rakyat tertunggu-tunggu bila pula wakil rakyat hendak mati ini kerana hendak dapat durian runtuh. Malah ada pula yang kata kemenangan Barisan Nasional di kawasan itu tidak halal. Ini lagi berat. Jadi adakah ini satu kebetulan Yang Berhormat Menteri ataupun ianya sengaja dilaksanakan bila pilihan raya kecil ini tiba. Adakah ianya tidak berlaku di negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang dan apa pula pandangan SPR dalam hal ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, dalam saya punya penggulungan yang telah saya lakukan pada Khamis yang lepas saya telah menjawab dengan panjang dan lebar berkenaan dengan perbelanjaan-perbelanjaan dan janji yang dibuat waktu pilihan raya kecil diadakan. Ianya semua merupakan perkara yang dianggap sah dan malah ada keputusan mahkamah juga mengatakan apa yang dilakukan itu satu perbuatan membeli undi. Jadi sama ada perkara ini secara kebetulan ataupun tidak, sebenarnya masalah itu sudah pun ada. Apa yang berlaku ialah dipercepatkan sahaja. Tidak ada sesuatu yang kita umumkan yang tidak diperuntukkan sudah diperuntukkan. Jadi maksud saya sini ini semua merupakan masalah yang sudah sedia maklum oleh kerajaan tetapi apabila ia dilaksanakan pada waktu pilihan raya kecil ia dipercepatkan. Ini sebenarnya mengikut keputusan dalam mahkamah bukan suatu perkara yang tidak boleh dilakukan. Soalnya sama ada pilihan raya kecil- kita perlu ingat juga bila ada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri, ada negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang. ■1010 Jadi bila dia buat betul, bila kita buat tidak betul itu memang perangai di sebelah sanalah, saya ingat tidak usah kita layan kita cuma melaksanakan apa yang telah kita janjikan kepada rakyat. Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Soalan tambahan saya ialah apakah terdapat cadangan daripada pihak kerajaan untuk langkah-langkah penjimatan, kerana kita melihat bagaimana DR. 29.3.2011 3 setiap kali pilihan raya diadakan, ia menelan belanja beratus juta ringgit dan ini satu kos yang sangat tinggi yang akan ditanggung oleh kerajaan. Begitu juga apakah kajian telah dibuat terhadap projek-projek segera yang dilaksanakan semasa pilihan raya, contohnya apa yang berlaku di Tenang, jalan di tar pada musim hujan, apabila berlakunya banjir dalam keadaan di tar di dalam keadaan air hujan, maka jalan itu terkopak habis, maknanya itu adalah satu pembaziran. Jadi saya inginkan penjelasan, apakah satu peraturan telah dibuat oleh kerajaan untuk memastikan supaya setiap sen wang yang telah diamanahkan oleh rakyat kepada kerajaan ini benar-benar memanfaatkan kepada rakyat bukan semata-mata projek mi segera sebagaimana yang berlaku di setiap pilihan raya kecil, minta penjelasan. Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya hendak menyebut berkenaan dengan penjimatan. Penjimatan ini boleh dilakukan kalau sekiranya perkara itu tidak perlu dilakukan, sebagai contoh siapa hendak mendoakan supaya wakil rakyat mati, mana kita hendak tahu. Apabila dia meninggal dunia, kita terpaksa mengadakan pilihan raya tetapi sekarang sudah 8 Mac, sudah berlalu tiga tahun, siapa hendak mati, mati tidak kisah sudah, tidak perlu pilihan raya kecil lagi... [Ketawa] Jadi sekarang tidak apalah, kalau meninggal pun tidak ada apalah, tidak ada pilihan raya kecil lagi, betul tidak? Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Maksud Yang Berhormat Menteri, kalau mana-mana Adun kah, MP kah meninggal... Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz: Boleh kalau hendak mati, tidak ada masalah. Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: ...Kerajaan tidak akan melaksanakan projek secepat yang berlaku jika ada pilihan raya kecillah? Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz: Ha? Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Sebab itulah kita katakan itu jenis rasuah. Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz: Hah... Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Kenapa banyak tempat tidak ada pembangunan sekarang ini? Hanya pilihan raya kecil barulah ada. Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz: Lain kali apabila saya menggulung hadir, jangan tuang tahu tidak? Sebab soalan ini saya sudah jawab dengan panjang lebar dalam penggulungan saya. Jadi di sini Tuan Yang di-Pertua, ia adalah keperluan. Misalnya di Sarawak diadakan pilihan raya umum negeri, jadi kita hendak jimat bagaimana, kerana pilihan raya perlu diadakan. Kalau kita cut corner - nanti Yang Berhormat Rantau Panjang akan bangun ada benda yang tidak kena, jika bergaduh kak apa, inilah kerajaan tidak mengambil tindakan untuk menghalang perkara itu berlaku. Namun begitu hendak mengambil tindakan mesti membelanjakan wang, jadi sebab itu dalam pilihan raya soal berjimat tidak bangkit, kerana yang penting ialah memastikan kelancaran perjalanan pilihan raya itu pertama, keduanya ialah untuk memastikan keselamatan. Jadi kita perlu berbelanja, kita akan berbelanja. Soal di Tenang Yang Berhormat, saya pun tidak DR. 29.3.2011 4 tahu kalau Yang Berhormat ada contact, yang boleh tahu jika kita membuat jalan, kalau esok lusa hendak hujan, mana kita tahu... Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Dalam hujan. Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz: Tidak adalah orang buat masa hujan... Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Masa hujan. Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz: Buat jalan kan. Jadi kalau ada telefon boleh contact tanya di atas sanalah , “Hari ini hujan tidak, kalau tidak hujan kita hendak buat jalan”. Kalau Yang Berhormat mempunyai contact, buatlah. Sebenarnya yang kita buat ialah untuk rakyat, apa yang kita buat bukan untuk rakyat? Sebab jika hendak beritahu di pilihan raya kecil, di negeri yang mereka perintah, buat juga, inilah perangainya. Apabila mereka buat okey, apabila kita pula yang buat salah, ini memang perangai parti pembangkang, tidak habis-habis perangai seperti ini, terima kasih. [Soalan No. 2 – Y.B. Tuan Jeef Ooi Chuan Aun (Jelutong) tidak hadir] 3. Tan Sri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan [Keningau] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan, sama ada kementerian mempunyai peruntukan dalam RMKe- 10 untuk membina loji-loji kecil penapis air (membrane filter technology) dari sumber-sumber seperti paip graviti, air tasik, air sungai, air perigi, air bawah tanah dan lain-lain untuk membekal air bersih atau bertapis kepada penduduk luar bandar di negeri Sabah. Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I [Dato’ Haji Hasan bin Malek]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    165 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us