Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA Bil. 46 Selasa 11 November 2014 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2015 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.10, B.11 & B.12 (Halaman 23) Maksud B.28 (Halaman 91) Maksud B.20 (Halaman 156) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 23) Usul Anggaran Pembangunan 2015 Jawatankuasa:- Maksud P.10 & P.70 (Halaman 23) Maksud P.28 (Halaman 91) Maksud P.20 (Halaman 156) DR.11.11.2014 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA Selasa, 11 November 2014 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah usaha berterusan kerajaan dalam memberikan penerangan mengenai GST kepada rakyat sebelum ia dilaksanakan April 2015. Timbalan Menteri Kewangan [Datuk Chua Tee Yong]: Terima kasih Yang Berhormat Baling atas soalan nombor satu. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan melalui pelbagai saluran perhubungan sentiasa mempergiatkan program kesedaran dan latihan GST secara berterusan untuk meningkatkan kesedaran, kefahaman dan kesediaan masyarakat terhadap cukai barang dan perkhidmatan atau GST yang akan dilaksanakan pada 1 April 2015. Pelbagai aktiviti penerangan dan pemakluman GST telah, sedang dan akan terus dilaksanakan untuk memberi kesedaran dan kefahaman mengenai GST kepada pelbagai kumpulan sasar melalui aktiviti- aktiviti community strategic iaitu melalui media massa, penjelasan secara bersemuka dan media digital serta sosial. Melalui pendekatan pelbagai ini, kerajaan secara bersepadu dengan pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, persatuan-persatuan perniagaan, persatuan-persatuan pengguna dan GLC di seluruh negara melaksanakan program taklimat GST ke seluruh negara, daerah dan juga kumpulan individu mengikut kumpulan sasar masing-masing. Hasil daripada program-program penerangan dan aktiviti penjelasan, kerajaan telah menangani beberapa isu seperti salah faham mengenai cukai bertindih dengan izin, double taxation di samping memudahkan cara proses pendaftaran dari committee perniagaan dan meningkatkan komunikasi di peringkat negeri dan luar bandar. Penjelasan dan kempen GST juga dilaksanakan melalui program wawancara, bual bicara, iklan, pengumuman dan sebagainya di pelbagai saluran stesen televisyen dan radio kerajaan dan swasta. Bahan-bahan sokong seperti buku panduan GST, pengguna dan perniagaan, risalah dan road show pameran juga dilaksanakan untuk memberi penjelasan dan penerangan mengenai GST. Bagi strategi komunikasi GST yang lebih cekap dan memberi kesan DR.11.11.2014 2 yang lebih positif, Kementerian Kewangan juga memberikan fokus untuk menangani isu-isu GST di media sosial memandangkan media tradisional tidak dapat memenuhi impak negatif melalui media sosial terutamanya di kalangan masyarakat yang muda dan profesional. Tumpuan diberikan kepada pemantauan isu-isu GST di media sosial secara secepat mungkin. Beberapa kajian mengenai kefahaman dan penerangan rakyat telah dijalankan dan hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti rakyat telah memahami dan menerima GST. Untuk penjelasan dan keterangan lanjut, orang ramai boleh melayari laman web gst.customs.gov.my terima kasih. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri dan saya hendak ucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan melalui Kementerian Kewangan yang telah melakukan pelbagai cara, kaedah dan inisiatif yang telah diambil dalam konteks penjelasan perancangan mengenai GST kepada rakyat melalui TV, radio, iklan dan pelbagai cara kepada rakyat. Soalan saya. Saya dari kampung Baling, contohnya. Pokok Sena pun kampung, jangan cakap banyak. Saya hendak tanya soalan, bagaimana kaedah-kaedah yang bersesuaian yang akan diguna pakai menyampaikan maklumat kepada sahabat-sahabat kita. Contohnya penarik beca, nelayan, penoreh getah, membawa prebet sapu, pemandu teksi, jururawat-jururawat di dalam kampung-kampung dan sebagainya. Bagaimana pendekatan ini dilakukan. Kerana saya tengok kalau kita melihat cara GST disampaikan, contohnya cukai output, cukai input dipanggil kredit cukai input, bukan semua orang kampung faham. Jadi kita kena ada satu pendekatan yang agak kreatif, yang agak bertepatan untuk menyampaikan saluran maklumat ini. Saya yakin dan percaya, 1 April 2015 kita akan melaksanakan GST ini, Baling sokong tidak ada masalah. Akan tetapi saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagaimana kaedah luar biasa yang harus kita sampaikan. Sebab ini penting Tuan Yang di-Pertua. Ini amat penting sekali kerana Tuan Yang di-Pertua sendiri pun di Sabah bagaimana kita hendak sampai apa dia input dan output itu. Kadang-kadang mereka tidak mengerti. ■1010 Jadi pendekatan itu mestilah dihalusi. Kawasan rumah panjang contohnya di kawasan di Sarawak, di Sabah, di kawasan-kawasan Semenanjung pun harus kita mengambil inisiatif. Saya tengok televisyen yang mana Timbalan Menteri keluar interview dan sebagainya di televisyen tapi kita mesti lantik duta-duta di kalangan mereka contohnya nelayan, cari duta-duta di kalangan mereka yang kita jadikan tukang jurucakap yang boleh explain dengan izin ataupun boleh menyampaikan maklumat yang terperinci. Jadi saya harap kita ada lagi lebih kurang empat hingga lima bulan untuk kita melaksanakan GST ini. Kita tidak mahu mana-mana pihak mengambil satu langkah yang pergi sabotaj ataupun menyampaikan maklumat yang salah, memang dah ada dah pun sehingga rakyat keliru. Satu lagi saya nak tanya berkaitan dengan pendaftaran RM500,000 ke bawah ini. Jadi contohnya kalau saya ada kedai di kampung, saya pergi beli barang contohnya, saya bukan nak DR.11.11.2014 3 promote mana-mana. Salah sebuah gedung besar di bandar dan bawa balik. Saya dah bayar GST 6% tadi. Jadi bila saya balik kerana saya tidak boleh ataupun didaftarkan di bawah RM500,000 tersebut perniagaan saya, maknanya bila saya jual balik, saya tidak dapat GST. Jadi sebagai orang kampung, ialah sedikit kerugian dalam konteks 6%. Itu juga harus kita terjemahkan kenapa dan mengapa RM500,000 ke bawah tidak digalakkan mendaftar di bawah GST. Itulah soalan saya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Datuk Chua Tee Yong: Terima kasih atas soalan tambahan daripada Yang Berhormat Baling. Daripada segi inisiatif kerajaan untuk meningkatkan daripada segi kesedaran untuk GST, memang kita melihat keperluan nombor satu, daripada segi pihak peniaga, nombor dua, daripada segi rakyat terutamanya dari bandar dan luar bandar. Maka kita menggunakan inisiatif pelbagai dan sedang dan akan dilaksanakan terutamanya nombor satu, kita tengah menggunakan terutamanya melalui saluran TV di mana setiap ahad bermula daripada dua minggu lepas di mana Ahad pukul 9 hingga 10 malam ada di RTM1, itu adalah untuk secara saluran TV yang percuma. Nombor dua, daripada segi laman web memang terdapat supaya maklumat tersebut dapat dimuat turun pada bila-bila masa. Nombor tiga, kita juga bekerjasama dengan Jabatan Penerangan untuk memastikan daripada segi maklumat ini dapat disampaikan dan kita juga bekerjasama dengan NGO-NGO supaya jikalau terdapat permintaan NGO-NGO sama ada dari kawasan luar bandar atau di negeri-negeri tertentu yang amat aktif dan ingin membuat program-program kesedaran GST, kita juga menolong dan memberi bahan tersebut. Maka inisiatif kita bukan sahaja melalui agensi kerajaan sahaja tetapi dengan menggunakan NGO-NGO yang terdapat. Maka jikalaulah terdapat permintaan mungkin dari Parlimen Baling terdapat ada persatuan-persatuan yang ingin membuat program-program kesedaran ini, kita sedia untuk melihat dan juga menolong kerana inisiatif ini dan maklumat ini perlu kita sampaikan kepada semua rakyat di Malaysia ini dan kita juga bekerjasama dengan persatuan-persatuan peniaga dan juga SME Corp. supaya ahli-ahli peniaga juga mendapat tahu mengenai pelaksanaan GST ini. Daripada segi soalan nombor dua yang ditanya mengenai pendaftaran bagi business RM500,000 ke atas jualan dan RM500,000 yang ke bawah, sebenarnya RM500,000 ke bawahnya ada juga yang mendaftar tetapi saya tak adalah maklumat berapa pada masa sekarang tetapi terdapatlah yang mereka mendaftar kerana mereka melihat dan menilai dengan pendaftaran ini mereka boleh mendapat balik input teks tetapi ada terdapat juga yang tidak mendaftar kerana bila mereka melihat nilai jualan mereka adalah RM500,000 ke bawah, daripada segi kos pelaksanaan, daripada segi kos compliance dan sebagainya mereka menilai adalah tidak begitu manfaat untuk mendaftar memandangkan volume businessnya adalah tidak begitu besar. Maka bagi mereka yang tidak mendaftar, apabila mereka membuat perniagaan- perniagaan kecil, mereka apabila membeli akan dikenakan GST mungkin daripada wholesaler atau orang tengah dan kos ini juga akan tertera dalam perniagaan mereka sebagai contoh, ada DR.11.11.2014 4 yang membeli barang sebagai contoh RM100 daripada wholesaler maka dia kena bayar RM106. Maka GST yang dibayar adalah RM6 tetapi kerana dia tidak mendaftar maka dia tidak boleh mengambil balik input teks. Maka kos untuk businessnya ialah RM106, maka apabila dia jual sesuatu barang itu dengan profit sebanyak RM50, maka dia akan menjual barang itu sebanyak RM156. Ada yang mengatakan dengan ini mereka yang tidak mendaftar akan rugi dan business mereka akan merudum tetapi ini bukan benar pun. Itu ialah contoh yang
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages165 Page
-
File Size-