Malaysia Dewan Rakyat Aturan Uruan Mesyuarat

Malaysia Dewan Rakyat Aturan Uruan Mesyuarat

MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI RABU, 13 APRIL 2005, PUKUL 10.00 PAGI Bil.15 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. 34-100321 Dato’ Razali Bin Ismail [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah kesan terhadap dagangan Malaysia-China berikutan inisiatif pembentukan kawasan perdagangan bebas (AFTA) antara ASEAN dengan China. 2. 15-100963 Dato’ Dr. Wan Azmi Bin Wan Ariffin [ Sik ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mengatasi masalah penyakit tibi yang kian meningkat. 3. 61-100570 Tuan Nasaruddin Bin Hashim [ Parit ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah dan nilai pelaburan syarikat-syarikat milik Kerajaan (GLC) dalam bidang pertanian dan industri asas tani dan menyatakan nama-nama syarikat tersebut serta bidang-bidang pelaburan yang sedang diceburi itu. 4. 189-101252 Datuk Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan:- (a) setakat manakah keberkesanan kempen Kitar Semula yang telah dijalankan oleh pihak Kementerian; dan (b) adakah Kerajaan mempunyai rancangan untuk memperkenalkan sistem baru dalam pembuangan sampah iaitu sampah basah dan kering bagi setiap rumah-rumah. 2 AUM DR 13/04/2005 5. 106-100176 Datuk Haji Astaman Bin Abdul Aziz [ Titiwangsa ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan apakah status terkini siasatan terhadap punca "blackout" yang melanda kawasan pantai barat negara pada bulan Januari 2005, dan apakah tindakan-tindakan khusus yang telah diambil oleh pihak Tenaga Nasional Bhd untuk mengelak kejadian seperti ini berulang. 6. 32-100972 Tuan Mohamed Yusop Bin Majid [ Setiu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kadar dan masalah penceraian di kalangan golongan Melayu Islam yang dikatakan semakin meningkat dan menyatakan punca- puncanya serta saranan langkah-langkah yang berkesan telah, sedang dan akan diambil bagi membendung serta mengurangkan fenomena ini. 7. 134-100984 Tuan Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan berapa ramaikah pesalah yang telah disabitkan di bawah Akta Dadah Berbahaya telah menjalani hukuman gantung sampai mati dari tahun 1975 hingga sekarang mengikut negeri. 8. 177-100908 Tuan Richard Riot Jaem [ Serian ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan rancangan Kementeriannya untuk membaik pulih, menaik taraf dan membina baru sekolah-sekolah di negeri Sarawak yang kebanyakannya dalam keadaan daif dan uzur. 9. 192-101173 Tuan Henry Sum Agong [ Bukit Mas ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapa buah hospital dan klinik baru yang akan didirikan dalam RMK-9 di Sarawak. 10. 160-101053 Tuan Shim Paw Fatt [ Tawau ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan mengapakah Kerajaan menahan orang- orang yang terlibat dalam pembuatan MyKad yang palsu di bawah ISA dan tidak mendakwa mereka ke mahkamah dan seterusnya membongkarkan modus operandinya. 11. 93-100722 Dr. Rozaidah Binti Talib [ Ampang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah polisi Kementerian dalam pemberian ubat anti- retroviral kepada pesakit AIDS. 3 AUM DR 13/04/2005 12. 48-100029 Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ting Chew Peh [ Gopeng ] minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan:- (a) apakah dasar Kerajaan mengenai pekerja dari negara China; dan (b) setakat ini berapa ramai pekerja dari negara itu bekerja di negara ini. 13. 140-101226 Dr. Junaidy Bin Abdul Wahab [ Batu Pahat ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan secara terperinci perancangan program yang disusun atau sedang dilaksanakan terhadap golongan yang berusia di antara 18 hingga 40 tahun yang merupakan golongan majoriti penyalahgunaan dadah. 14. 150-100124 Tuan Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan memandang serius tentang kegiatan sindiket pemalsuan dokumen-dokumen kewarganegaraan yang melibatkan orang asing serta kakitangan Kerajaan dan kalau prihatin kenapakah Kerajaan belum lagi menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menangani gejala tersebut. 15. 13-101089 Tuan Hashim Bin Jahaya [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian bagi meningkatkan prestasi pengurusan dan kedudukan kewangan koperasi-koperasi yang rata-rata tidak begitu terurus dan lemah kedudukan kewangan serta tidak berupaya membantu meningkatkan pendapatan koperasi-koperasi dan ahli-ahlinya. 16. 69-100606 Dato’ Liow Tiong Lai [ Bentong ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk meningkatkan kualiti tenaga pengajar di Institut-institut ILP, ADTEC dan CLAST. 17. 81-100627 Dato’ Yap Pian Hon [ Serdang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:- (a) bilakah Hospital Serdang akan mula beroperasi dan jumlah bilangan doktor pakar, pegawai-pegawai kesihatan ditempatkan di hospital tersebut; dan (b) bilakah perlaksanaan pembinaan Poliklinik Komuniti di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras memandangkan lebih 30 tahun perumahan di sekitarnya memerlukan perkhidmatan perubatan dan kesihatan. 4 AUM DR 13/04/2005 18. 184-101093 Tuan Tiong Thai King [ Lanang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status rasuah sejak YAB. Perdana Menteri memerintah negara kita berbanding dengan sebelum beliau menyandang jawatan tersebut. 19. 164-101277 Tuan Donald Peter Mojuntin [ Penampang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah rancangan Kerajaan untuk menubuhkan sekolah menengah kebangsaan di Mukim 1, kawasan Dewan Undangan Negeri N20 Moyog, Daerah Penampang di bawah RMK-9 memandangkan azam dan hasrat Kerajaan untuk menumpukan perhatian yang khusus kepada pembangunan sekolah di kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak. 20. 211-100673 Puan Fong Po Kuan [ Batu Gajah ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan apakah punca keganasan terhadap wanita, seperti kes rogol, bunuh dan ragut masih berlaku dengan berleluasa serta apakah bentuk tindakan yang masih perlu diambil bagi memperbaiki keselamatan orang ramai. 21. 206-100842 Tuan Lim Kit Siang [ Ipoh Timur ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan laporan kemas kini mengenai usaha menyelamat dan menyiapkan projek-projek pembangunan infrastruktur yang gagal dalam tahun 2004, termasuk Projek Perunding Pengurusan (PMC) dan bukan (PMC), yang melibatkan Bangunan MATRADE, lebuh-lebuh raya, sekolah-sekolah, hospital-hospital dan lain-lain. 22. 40-100057 Dato’ Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar [ Larut ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan mengenai jumlah lesen yang telah dan akan dikeluarkan kepada agensi-agensi pelancongan dan apakah syarat-syarat yang perlu dipatuhi bagi memenuhi syarat tersebut. 23. 155-100918 Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Bin Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah kedudukan projek MSC setakat ini dan adakah syarikat-syarikat dari negeri Sabah dan Sarawak yang telah mengambil tempat di kawasan- kawasan MSC. 24. 142-100418 Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah punca sebenar dan langkah-langkah penyelesaian perebakan ulat fungus di Hospital Sultan Ismail (HSI), Pandan dalam kawasan Parlimen Tebrau. Bilakah penyerahan HSI secara rasmi kepada Kementerian Kesihatan akan dibuat. 5 AUM DR 13/04/2005 25. 72-100508 Tuan Muhamad Shahrom Bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan ada atau tidak peruntukan undang-undang mengenai kemudahan bagi orang-orang kurang upaya di bangunan persendirian atau awam dan juga di tempat- tempat kemudahan awam. Jika ada, sejauh mana peruntukan undang- undang tersebut dipatuhi oleh pemilik-pemilik bangunan persendirian atau awam. 26. 199-100485 Dato’ Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah pengeluaran minyak dan gas negara dan harga purata jumlah yang dijual hadapan (forward selling) oleh Petronas tahun 2001 hingga 2004. 27. 19-100147 Datuk Mohd Zaid Bin Ibrahim [ Kota Bharu ] minta MENTERI PENERANGAN menyatakan adakah Kerajaan bersedia untuk mengubah dasar media yang lebih bersikap terbuka dengan menyiarkan pandangan yang kritikal atau berbeza terhadap persoalan pelaksanaan dasar Kerajaan bagi merealisasikan hasrat Perdana Menteri untuk melihat ketelusan dan integriti di dalam pentadbiran Kerajaan. 28. 218-100205 Tuan Chong Hon Min [ Sandakan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan pertumbuhan ekonomi Sandakan yang terlalu bergantung kepada industri kelapa sawit pada ketika ini. Apakah langkah-langkah alternatif Kerajaan yang telah dan akan diambil untuk mengelakkan kesan-kesan negatif sekiranya industri ini gagal disebabkan faktor-faktor di luar kawalan kita. 29. 7-101067 Puan Lim Bee Kau [ Padang Serai ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah strategi baru yang akan dirangka bagi membantu mengubah sikap siswazah supaya memberi keutamaan untuk bekerja sendiri dalam perniagaan atau terbabit dalam sektor pertanian. 30. 91-101027 Tuan Mohd. Daud Bin Haji Tarihep [ Kuala Selangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah yang sedang dan akan diambil oleh Jabatan dalam menangani karenah birokrasi dan kelemahan penguatkuasaan undang-undang serta pencegahan yang sering berulang kali berlaku sama ada di peringkat Persekutuan, negeri, daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan serta di peringkat Kementerian dan Jabatan contohnya seperti kejadian kebakaran hutan dan kecurian pasir di Kuala Selangor. 6 AUM DR 13/04/2005 31. 11-101041 Dato’ Haji Ghazali Bin Ibrahim [ Padang Terap ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan:- (a) adakah Kerajaan

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    20 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us