UAE HORMATI PERANAN DR MAHATHIR HADAPI CABARAN GLOBALISASI (Bernama 22/11/2000)

UAE HORMATI PERANAN DR MAHATHIR HADAPI CABARAN GLOBALISASI (Bernama 22/11/2000)

22 NOV 2000 UAE-Hormat UAE HORMATI PERANAN DR MAHATHIR HADAPI CABARAN GLOBALISASI Oleh: Mohd Kamel Othman ABU DHABI, 22 Nov (Bernama) -- Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mengiktiraf dan menghormati peranan yang dimainkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dalam memimpin Malaysia menghadapi cabaran globalisasi yang kian mencabar. Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman berkata Timbalan Perdana Menteri UAE Sheikh Sultan Bin Zayed Al Nahyan juga kagum dengan kebolehan kepimpinan Dr Mahathir dalam memajukan Malaysia sehingga terkenal di dunia. "Sheikh Sultan menghormati peranan yang dimainkan oleh Dr Mahathir bukan sahaja di Malaysia bahkan di peringkat dunia," katanya kepada Bernama selepas mengunjungi Sheikh Sultan di pejabatnya di sini hari ini. Abdul Ghani, yang dalam lawatan kerja enam hari ke Dubai dan Abu Dhabi sejak Ahad lepas, berkata pemimpin UAE itu berharap hubungan dan kerjasama dua hala antara Malaysia dan UAE dipertingkatkan lagi bagi manfaat kedua-dua belah pihak. Katanya, UAE berharap bidang ekonomi, pelancongan dan kebudayaan akan diberikan penekanan serius dalam kerjasama dua hala itu. Abdul Ghani berkata beliau juga telah menyampaikan surat jemputan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Sheikh Sultan untuk melawat Malaysia. "Sheikh Sultan telah menyatakan persetujuannya untuk melawat Kuala Lumpur dalam masa terdekat ini," katanya. Abdul Ghani juga mengunjungi Presiden Dewan Perniagaan Abu Dhabi Dr Sheikh Sultan Bin Khalifah Al-Nahyan. Dalam pertemuan itu, Dr Sheikh Sultan berharap syarikat-syarikat Malaysia dapat melabur di Abu Dhabi dalam pelbagai bidang memandangkan ruang perniagaan di UAE amat luas dan menggalakkan. Abdul Ghani berkata Dr Sheikh Sultan juga menyatakan minatnya untuk melabur di Malaysia. "Saya telah menamakan beberapa syarikat besar di Malaysia yang terkenal dan mampu membuat pelaburan di Abu Dhabi," katanya. Duta Malaysia ke UAE Datuk Syed Hussein Al Habshee, anggota Exco Kerajaan Negeri Ahmad Zahri Jamil dan Datuk Dr Chua Soi Lek serta Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Shahir Nasir hadir sama pada kedua-dua pertemuan itu. Yang turut hadir ialah Pegawai Kewangan Negeri Datuk Ayub Mion, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Baharu Datuk Johari Suratman, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Datuk Baderi Dasuki, Pengerusi H20 Sports Sdn Bhd Tengku Panglima Diraja Selangor Tengku Sulaiman Shah Al-Haj dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan IBEX Corporation Amalgamated Sdn Bhd Datuk Yahya Jalil. Abdul Ghani turut mengadakan perjumpaan dengan ahli-ahli perniagaan terkenal yang telah menyatakan minat untuk melabur di Johor. -- BERNAMA MKO AKD.

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    1 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us