Tabung Harapan Malaysia

Tabung Harapan Malaysia

SIARAN MEDIA / MEDIA RELEASE MENTERI KEWANGAN MALAYSIA/MINISTER OF FINANCE 31 MEI 2018 _______________________________________________________ TABUNG HARAPAN MALAYSIA 1. Kementerian Kewangan amat menghargai usaha rakyat Malaysia yang bermurah hati menyalurkan dana tanpa henti ke Tabung Harapan Malaysia yang baharu sehari diwujudkan untuk membantu Kerajaan Persekutuan membayar balik jumlah hutang negara yang amat membebankan. 2. Sesungguhnya, rakyat Malaysia telah meningkatkan semangat patriotik mereka ke tahap yang lebih tinggi di mana mereka bersedia untuk berkongsi sedikit daripada gaji dan wang mereka untuk membantu membina semula negara yang kita cintai ini. 3. Rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda seperti aktivis undang-undang yang berpengalaman Cik Shazarina Bakti, terus memainkan peranan mereka dalam pembangunan negara tanpa penat lelah selepas kemenangan Pakatan Harapan pada pilihanraya yang lalu. 4. Dengan initiatif Cik Shazarina sendiri, beliau telah mengumpul dana sebanyak RM13,476.57 melalui halaman ‘fundraising’ seminggu sebelum tabung ini dilancarkan. Untuk itu, saya memuji usaha beliau untuk mengajak seluruh rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat untuk menyumbang kepada negara. 5. Sememangnya inilah semangat perpaduan dan harapan yang bakal mendorong kerajaan Pakatan Harapan untuk bergerak ke hadapan demi memenuhi segala janji-janji kita terhadap rakyat. 6. Saya juga ingin mengumumkan bahawa setakat jam 3 petang hari Khamis (31 Mei), Tabung Harapan Malaysia setakat ini telah berjaya mengumpul RM7,075,508.79 kurang daripada 24 jam tabung ini dilancarkan. Ini adalah satu kejayaan yang luar biasa. 7. Memandangkan ini melibatkan dana yang disumbangkan oleh rakyat, Kerajaan komited untuk terus telus dengan setiap sen yang diterima. Oleh itu, jumlah yang dikutip akan dikemaskini setiap hari di laman web Kementerian Kewangan dan pada platform media sosialnya. 8. Bagi tujuan pemotongan cukai, rakyat Malaysia yang menderma dana ini dinasihatkan supaya menyimpan rekod transaksi sebagai bukti bagi memudahkan gerak kerja Lembaga Hasil Dalam Negeri seperti yang dinyatakan di bawah Subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967. Sayangi Malaysiaku! YB Lim Guan Eng Menteri Kewangan Putrajaya 31 Mei 2018 .

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    2 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us