Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Ketiga

Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Ketiga

Naskhah belum disemak PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA Bil. 38 Rabu 18 November 2020 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Halaman 24) USUL-USUL: Merentikan Kuat Kuasa Peraturan Mesyuarat Di Bawah P.M 90(2) (Halaman 22) Usul Anggaran Pembangunan 2021 (Halaman 24) DR. 18.11.2020 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA Rabu, 18 November 2020 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said) mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [Setiu] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan adakah kementerian bercadang untuk mempertimbangkan kelulusan lesen pukat tunda sementara untuk mencari udang kepada nelayan pada musim tengkujuh yang bakal menjelma. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II [Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat dan Ahli-ahli Dewan sekalian, sehingga bulan Oktober 2020, kementerian melalui Jabatan Perikanan Malaysia telah melesenkan sejumlah 148 lesen pukat tunda sementara bagi peralatan tambahan bagi tujuan menangkap udang semasa musim tengkujuh sahaja iaitu pada bulan November sehingga Mac. Lesen ini juga dikenali sebagai Lesen Peralatan Pukat Tunda Musim Tengkujuh (PTMT) yang hanya dilesenkan kepada vesel tradisional zon A khusus bagi negeri- negeri di Pantai Timur sahaja iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan juga Johor Timur. Pada masa ini, Jabatan Perikanan masih mempertimbangkan permohonan baharu Lesen Peralatan Tambahan PTMT secara tahunan kepada pemilik vesel zon A yang mematuhi syarat seperti berikut. Pertama, muatan vesel tersebut adalah 15 gross register tonnage (GRT) ke bawah dan vesel yang terlibat memasang peralatan turtle exclusion device (TED). Walau bagaimanapun, jumlah kelulusan khas permohonan Lesen Peralatan Pukat Tunda Musim Tengkujuh (PTMT) setiap tahun adalah tertakluk kepada keupayaan daya tampungan sesebuah kawasan berbanding dengan sumber perikanan sedia ada. Ini adalah bagi memastikan sumber perikanan dapat diuruskan secara mapan, mengurangkan kesesakan di zon tangkapan serta mengelakkan konflik di kalangan nelayan. Terima kasih. DR. 18.11.2020 2 Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir [Setiu]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan. Apakah status terkini soft landing penghapusan pukat tunda di zon B. Antara yang sering tertangkap semasa operasi pukat tunda mencari udang ini ialah penyu. Adakah kerajaan bercadang untuk memberi subsidi kepada nelayan untuk membeli alat peranti penyisih penyu untuk menyelamatkan spesies penyu? Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat sekalian, pukat tunda merupakan peralatan menangkap ikan yang sangat destruktif, tidak selektif dan tidak mesra sumber yang mengakibatkan kemerosotan sumber perikanan terutamanya di kawasan pesisiran pantai. Pada masa yang sama, isu pencerobohan vesel pukat tunda zon B ke zon A yang tinggi telah mencetuskan konflik antara nelayan tradisi dan pengusaha pukat tunda komersial. Beberapa buah negara telah mengharamkan penggunaan peralatan tersebut termasuk Indonesia, Jepun, Hong Kong dan Palau. Sehubungan itu, Jabatan Perikanan Malaysia telah mengambil tindakan sewajarnya untuk melaksanakan exit policy secara soft landing bagi pukat tunda, bermula pada tahun 2014. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan oleh DOF adalah seperti berikut. Sekiranya pemilik ingin kekal di zon B, maka peralatan perlu ditukar kepada peralatan lain, selain daripada pukat tunda iaitu kepada pukat jerut atau peralatan tradisional. Sejumlah 44 orang pemilik vesel memilih untuk kekal di zon yang sama dan sekiranya pemilik ingin pindah milik dan kekal dengan peralatan pukat tunda, vesel hendaklah berpindah ke zon C. Sejumlah 226 pemilik telah berpindah ke zon C dengan mengekalkan kegunaan peralatan pukat tunda. Pelaksanaan inisiatif exit policy ini telah dilanjutkan bagi membolehkan penambahbaikan dan perancangan yang lebih teratur dengan mengambil kira pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi. Antaranya kesediaan pengusaha pukat tunda di zon B untuk bertukar, pengusaha akan hilang mata pencarian tanpa alternatif sumber ekonomi yang lain dan juga kesan kepada jumlah pendaratan ikan dalam jangka masa yang pendek seterusnya meningkatkan harga ikan di pasaran. Sehubungan itu, kementerian telah bersetuju agar inisiatif ini dilaksanakan secara soft landing untuk memberikan persediaan penuh kepada industri perikanan negara. Selaras dengan hasrat ini, DOF telah melaksanakan pelbagai program secara berterusan termasuk sesi libat urus bersama kumpulan sasar terutamanya nelayan pukat tunda zon B. Sehingga kini, sebanyak 238 program telah dilaksanakan. Sehingga DR. 18.11.2020 3 Mac 2020, sebanyak 20 sesi libat urus diadakan untuk memperoleh sokongan kumpulan sasar terhadap inisiatif ini. Sebanyak dua buah kawasan iaitu di Kuala Kedah, Kedah dan Rompin, Pahang telah bebas daripada pukat tunda dan pelaksanaan musim tutup iaitu close season di Manjung dan Hilir Perak di negeri Perak. Mengambil kira kejayaan dan halangan... ■1010 Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Sri Azalina Othman Said]: Yang Berhormat Timbalan Menteri, panjang lagi? Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi: Sorry? Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Sri Azalina Othman Said]: Panjang lagi? Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi: Pendek sahaja. Cuma soalan dia tadi ada dua bahagian. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Sri Azalina Othman Said]: Ya. Kalau panjang sangat, Yang Berhormat boleh bagi jawapan bertulis. Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi: Okey, okey, saya habiskan. Mengambil kira kejayaan dan halangan pelaksanaan inisiatif ini, DOF telah merangka usaha ke arah pengurangan vesel pukat tunda zon B secara berfasa ke arah sifar pukat tunda zon B menjelang tahun 2030. Usaha-usaha yang akan dilaksanakan pada tahun 2021 sehingga tahun 2030 iaitu tempoh Rancangan Malaysia Kedua Belas dan Rancangan Malaysia Ketiga Belas iaitu Insentif Penstrukturan Vesel Pukat Tunda Zon B, iaitu pampasan secara one-off kepada pemilik vesel pukat tunda zon B untuk keluar terus daripada industri perikanan tangkapan. Keduanya, Skim Pembiayaan Pemodenan Vesel bagi nelayan yang bersetuju untuk berpindah ke zon C. Ketiga, pemberian geran bagi pertukaran kepada peralatan tradisi dan pertukaran kawasan dan pertukaran kawasan operasi yang lebih jauh. Mengenai pertanyaan berkenaan dengan turtle exclusion device, itu satu cadangan yang baik. Ya, insya-Allah kita akan bincangkan di kementerian. 2. Tuan Charles Anthony Santiago [Klang] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan bilangan syarikat yang menerima bantuan subsidi upah dan terpaksa gulung tikar. Nyatakan bilangan penutupan perniagaan SME dan kemuflisan individu akibat pandemik COVID-19 daripada Mac – Oktober 2020 dan bilangan majikan yang menerima subsidi upah tetapi tidak menyalurkan wang tersebut kepada pekerja dan hukuman terhadap mereka. Apakah proses pemantauannya? Menteri Sumber Manusia [Datuk Seri M. Saravanan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berdasarkan rekod PERKESO, sebanyak 220 majikan telah menerima bantuan Program Subsidi Upah dan telah menutup perniagaan mereka. Menerusi laporan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang merekodkan jumlah mereka yang hilang DR. 18.11.2020 4 pekerjaan pula, sebanyak 2,713 syarikat berstatus SME telah menutup perniagaan sepanjang bulan Mac 2020 sehingga 30 Oktober 2020. Berhubung kemuflisan, kebankrapan individu akibat pandemik COVID-19 dari bulan Mac 2020 hingga bulan Oktober 2020, Kementerian Sumber Manusia tidak mempunyai sebarang rekod berkaitan dan ia terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Insolvensi Malaysia. Walau bagaimanapun, dalam hal ini kerajaan telah mengambil langkah dengan menaikkan amaun keterhutangan daripada RM50,000 kepada RM100,000 untuk mengurangkan kes kebankrapan melalui Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 [Akta 829]. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini di mana sehingga 11 November 2020, PERKESO telah menerima sebanyak 388 kes aduan oleh pekerja terhadap majikan yang menyalahgunakan bayaran Program Subsidi Upah melibatkan dana hampir RM20 juta. Dalam perkembangan yang sama, PERKESO akan menggantung daripada segi tindakan penguatkuasaan. PERKESO akan menggantung pembayaran kepada majikan-majikan yang disyaki membuat tuntutan palsu sehingga siasatan ke atas aduan-aduan tersebut diselesaikan. Dalam menangani masalah tuntutan palsu ini, PERKESO telah mengambil tindakan ke atas sebahagian majikan yang tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Daripada aduan yang diterima, sebanyak 156 kes tuntutan palsu dan salah guna dana PSU telah dikenal pasti oleh PERKESO untuk tindakan menuntut kembali bayaran daripada majikan-majikan tersebut. Daripada jumlah keseluruhan aduan iaitu sebanyak 388 kes, sebanyak 232 kes aduan adalah dalam proses inquiry bagi melengkapkan maklumat aduan untuk diambil tindakan selanjutnya. Dalam pada itu, PERKESO juga bekerjasama dengan pihak SPRM dan sebanyak lima kes masih lagi dalam siasatan SPRM dan daripada jumlah tersebut satu kes tangkapan telah dibuat di Kedah pada 6 Oktober 2020. Pada masa yang sama, PERKESO juga telah mengenal pasti, seramai 5,537 majikan yang telah melanggar syarat dan terma yang telah ditetapkan di

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    85 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us