LAPORAN PERSIDANGAN MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KETIGA BELAS Tarikh : 16 NOVEMBER 2015 (ISNIN) Masa : 9.30 Pagi Tempat : Dewan Undangan Negeri Lebuh Light, George Town Pulau Pinang. HADIR Bil. Nama Jawatan/Ahli Kawasan 1 Y.A.B. Lim Guan Eng Ketua Menteri / Air Putih 2 YB. Dato' Law Choo Kiang Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri 3 YB. Dato' Haji Mohd Rashid Bin Hasnon Timbalan Ketua Menteri I/ Pantai Jerejak 4 YB. Prof. Dr. P. Ramasamy A/L Palanisamy Timbalan Ketua Menteri II/Perai 5 YB. Chow Kon Yeow Padang Kota 6 YB. Dato' Haji Abdul Malik Bin Abul Kassim Batu Maung 7 YB. Chong Eng Padang Lalang 8 YB. Lim Hock Seng Bagan Jermal 9 YB. Law Heng Kiang Batu Lancang 10 YB. Phee Boon Poh Sungai Puyu 11 YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh Datok Keramat 12 YB. Dr. Afif Bin Bahardin Seberang Jaya 13 YB. Dato' Haji Maktar Bin Haji Shapee Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri/Sungai Bakap 14 YB. Wong Hon Wai Air Itam 15 YB. Ong Kok Fooi Berapit 16 YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin Penanti 17 YB. Dato' Haji Mohd. Salleh Bin Man Permatang Pasir 18 YB. Tanasekharan A/L Autherapady Bagan Dalam 1 Bil. Nama Jawatan/Ahli Kawasan 19 YB. Yeoh Soon Hin Paya Terubong 20 YB. Teh Yee Cheu Tanjong Bunga 21 YB. Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji Seri Delima 22 YB. Ong Chin Wen Bukit Tengah 23 YB. Lau Keng Ee Pengkalan Kota 24 YB. Cheah Kah Peng Kebun Bunga 25 YB. Lim Siew Khim Sungai Pinang 26 YB. Teh Lai Heng Komtar 27 YB. Yap Soo Huey Pulau Tikus 28 YB. Soon Lip Chee Jawi 29 YB. Lee Khai Loon Machang Bubok 30 YB. Dr. T. Jayabalan A/L A. Thambyappa Batu Uban 31 YB. Dato’ Hajah Jahara Binti Hamid Telok Ayer Tawar 32 YB. Sr. Haji Muhamad Farid Bin Haji Saad Pulau Betong 33 YB. Dato’ Haji Roslan Bin Saidin Pinang Tunggal 34 YB. Dato’ Haji Mahmud Bin Zakaria Sungai Acheh 35 YB. Datuk Haji Mohd Zain Bin Ahmad Penaga 36 YB. Omar Bin Haji Abd Hamid Permatang Berangan 37 YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor Sungai Dua 38 YB. Nordin Bin Ahmad Bayan Lepas 39 YB. Datuk Shah Headan Bin Ayoob Hussain Shah Telok Bahang 40 YB. Haji Shariful Azhar Bin Othman Bertam AHLI-AHLI YANG HADIR MENGIKUT BAHAGIAN I BAB 3 PERKARA 6A PERLEMBAGAAN NEGERI PULAU PINANG. Bil. Nama Jawatan 1 YB. Dato’ Seri Haji Farizan Bin Darus Setiausaha Kerajaan Negeri 2 YB. Dato' Hajah Aliza Binti Sulaiman Penasihat Undang–Undang Negeri 3 YB. Dato’ Haji Mokhtar Bin Mohd Jait Pegawai Kewangan Negeri TURUT HADIR Cik Maheswari A/P Malayandy - Setiausaha Dewan Undangan Negeri Encik Mohd Rashidi Bin Azmi - Timbalan Setiausaha Dewan Undangan Negeri 2 Dewan bersidang semula pada jam 9.30 pagi. Setiausaha: Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Bacaan doa. Timbalan Setiausaha: “Doa.” Setiausaha: Soalan lisan. Ahli Kawasan Bertam (YB. Haji Shariful Azhar Bin Othman): YB. Dato' Speaker, soalan sembilan (9) soalan saya. 9. Pertanian di atas dan lereng-lereng bukit di Pulau Pinang: (a) Nyatakan bilangan tanah yang dikenal pasti telah diterokai untuk pertanian. Adakah ianya dilakukan secara sah atau haram, sila senaraikan penerokaan yang sah dan haram. (b) Adakah penerokaan tanah ini tertakluk kepada syarat ketinggian dari aras laut? (c) Nyatakan pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan permit untuk tujuan ini. Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin): Terima kasih YB. Bertam. Soalan sembilan. Kawasan yang telah diberi kebenaran oleh Jawatankuasa Tanah Negeri bagi pertanian di lereng bukit adalah seperti berikut: Kepada syarikat Flash Mounties Sdn. Bhd. di Lot 740 Mukim 18, Seberang Perai Tengah. Kes ditetapkan untuk sebutan di Mahkamah Majistret Munisipal Bukit Mertajam pada 12 November 2015. Kes kedua Sichuan Bin Stock Sdn. Bhd. Lot. 742 Mukim 18 Seberang Perai Tengah, fail kes masih berada di Pejabat Timbalan Pendakwaraya bagi mendapatkan izin pendakwaan. Haiza Industry Sdn. Bhd., kes ditetapkan untuk sebutan di Mahkamah Majistret Munisipal Bukit Mertajam pada 12 November 2015 bagi pihak pendakwaan untuk memfailkan ikatan dokumen pendakwaan. 3 Bagi kes-kes di Timur Laut banyak tertumpu di tanah persendirian di sekitar Bukit Bendera iaitu di Mukim 13, 14 dan 16. Namun, kes sama ada telah berlaku pencerobohan dan tindakan penguatkuasaan hanya dapat dilaksanakan setelah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang selesai membuat pengukuran dan pengesahan sempadan. Penerokaan di lereng bukit untuk makluman YB. Bertam dan juga Ahli-Ahli Dewan, adalah tertakluk kepada syarat ketinggian aras laut iaitu tidak melepasi ketinggian 76 meter, kecerunan tanah kurang dari 25 darjah dan juga garis panduan sedia ada. Di dalam Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2020 juga telah menyentuh garis panduan yang perlu dipatuhi seperti berikut. Kawasan berisiko bencana ditakrifkan sebagai kawasan yang mempunyai risiko nyata terhadap bencana alam atau bermasalah seperti mudah mengalami kemerosotan tanah yang serius apabila diganggu oleh aktiviti pembangunan antaranya tanah tinggi melebihi 76 meter atau 250 kaki dan kecerunan melebihi 25 darjah. Kedua mengekalkan kawasan yang berada di aras 76 meter atau 250 kaki dan ke atas sebagai kawasan berbukit atau kawasan alam semula jadi termasuk tanah-tanah yang diwartakan di dalam Akta Pemeliharaan Tanah 1990 iaitu Warta Tanah Bukit. Ketiga sebarang pembangunan pembandaran yang meliputi pembangunan perumahan, perhotelan, resort, perdagangan dan perindustrian serta aktiviti pertanian tidak dibenarkan bagi kawasan tanah tinggi yang diwartakan di bawah Akta Pemeliharaan Tanah 1990, sebarang tanah yang berada pada aras lebih 76 meter dan kecerunan melebihi 25 darjah. Pengeluaran kebenaran atau permit untuk sebarang aktiviti di lereng bukit adalah diurus oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian dan Pejabat Daerah Dan Tanah setelah mendapat kelulusan Kerajaan Negeri. Ahli Kawasan Bertam (YB. Haji Shariful Azhar Bin Othman): Soalan tambahan. Saya nak bertanya pada Kerajaan Negeri sama ada pada pihak EXCO yang berkenaan, sama ada pejabat EXCO sendiri pernah atau tidak menerima aduan mengenai hakisan dan sebagainya yang berpunca daripada penerokaan tanah-tanah pertanian ini. Terima kasih. Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin): Terima kasih YB. Bertam. Kita ada menerima aduan dan siasatan telah dijalankan. Ada beberapa lokaliti termasuk, kalau tak salah saya di Penanti dan juga di beberapa kawasan lain dan benda ni masih lagi dalam pemantauan pihak Pejabat Daerah dan juga telah dilakukan siasatan kes-kes ini. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri: Sila Telok Bahang. 4 Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Datuk Shah Headan Bin Ayoob Hussain Shah): Soalan 10. Yang Berhormat Dato' Speaker, saya tarik balik soalan itu sebab sudah ada jawapan daripada soalan itu.....(gangguan). Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh): I have to answer this question Dato' Speaker. We cannot run away from it ... (gangguan). Very short. Ini adalah satu soalan yang penting iaitu berkenaan.... (gangguan). I think this is serious matter. Is a very serious matter. Ada satu Suruhanjaya Siasatan yang telah ditubuhkan dan telah mendengar keterangan banyak saksi dan mendapati penemuan-penemuan finding-finding yang ada di sini. Jadi kita perlu lihat kepada isu ini dengan serius YB. Dato' Speaker. Dan saya ingat soalan ini penting iaitu adakah hasil laporan Suruhanjaya Siasatan mengenai kegagalan struktur-struktrur civil Menara UMNO di Pulau Pinang telah siap dan bilakah akan dimaklumkan kepada orang awam. Untuk makluman YB. Dato' Speaker, Suruhanjaya Siasatan mengenai struktur-struktur civil Menara UMNO di Pulau Pinang telah ditubuhkan pada 5 Julai 2013 dan siasatan ini telah dilaksanakan bermula pada 11 Oktober 2013. Laporan tersebut telah siap sepenuhnya dalam versi Bahasa Inggeris pada 20 April 2015. Kerja-kerja penterjemahan ke Bahasa Malaysia kemudiaannya telah dilakukan dan telah disiapkan pada 18 Oktober 2015. Laporan Suruhanjaya dalam versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu telah di hantar untuk diperkenankan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan telah diperkenankan pada 30 Oktober 2015. Laporan tersebut telah diumumkan kepada awam pada 2 November 2015 dan boleh diperolehi oleh orang awam mulai 3 November 2015. This is the laporan YB. Dato' Speaker untuk makluman semua Ahli-ahli di Dewan yang mulia ini. Sekian. Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji): Soalan tambahan. Terima kasih YB. Datok Keramat di atas penjelasan yang diberikan. Kita maklum bahawa terdapat juga kematian dan juga banyak kerosakan yang dialami akibat daripada kejadian ini. Saya ingin bertanya pendapat YB. Datok Keramat sama ada kita boleh meminta parti berkenaan, UMNO untuk menggunakan sumbangan RM2.6 bilion yang diterima oleh Presidennya untuk membayar sebahagian daripada pampasan kepada keluarga-keluarga yang terlibat. Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh): Terima kasih Seri Delima untuk satu soalan yang cukup tepat kerana YB. Dato' Speaker, di dalam penemuan-penemuan yang dibuat oleh Suruhanjaya Siasatan ini terhadap kedua-dua isu iaitu Menara UMNO dan kejadian tanjakan di Jambatan Kedua memang kita dapati daripada aspek penemuan yang dibuat, ada penemuan yang mendapati pihak UMNO liable, bertanggungjawab kerana ada isu kecuaian dan ini kita dapat lihat daripada apa yang didapati di mana antara lain untuk Menara UMNO Suruhanjaya tersebut telah memaklumkan bahawa Lembaga Jurutera Malaysia perlu ambil tindakan tatatertib terhadap ahli-ahli mereka sepertimana yang disebut saya tak perlu sebut dalam Dewan ini, tetapi laporan 5 tersebut dikatakan tindakan tatatertib perlu diambil terhadap mereka untuk kecuaian dan oleh yang demikian memang tepat apa seri Delima kata kerana kecuaian itu telah menyebabkan kematian dan juga kecederaan dan kerosakan berlaku dan oleh yang demikian UMNO perlu membayarnya. Saya percaya tindakan perundangan akan diambil tapi memandangkan keluarga-keluarga mereka yang terlibat ini sudah pun mengharungi satu keadaan yang begitu menyedihkan, saya harap mungkin cadangan Seri Delima itu boleh diambil kira. Jangan tunggu tindakan perundangan, ambil sebahagian daripada duit RM2.6 bilion tersebut daripada akaun Perdana Menteri, beri terus kepada mangsa-mangsa.
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages144 Page
-
File Size-