Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Kedua Mesyuarat Ketiga

Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Kedua Mesyuarat Ketiga

Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA Bil. 53 Isnin 24 November 2014 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 24) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2015 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.45 (Halaman 30) Maksud B.46 (Halaman 88) Maksud B.30 (Halaman 135) Maksud B.48 (Halaman 163) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 25) Usul Anggaran Pembangunan 2015 Jawatankuasa:- Maksud P.45 (Halaman 30) Maksud P.46 (Halaman 88) Maksud P.30 (Halaman 135) Maksud P.48 (Halaman 163) DR.24.11.2014 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA Isnin, 24 November 2014 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee] mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang berhormat, sebagai gentle reminder, soalan tambahan haruslah mengandungi hanya satu soalan dan dibuat secara ringkas, begitu juga jawapan-jawapan oleh pihak kementerian. 1. Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad [Lipis] minta Menteri Pendidikan menyatakan tujuan penjenamaan semula Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025. Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin]: Terima kasih Yang Berhormat Lipis atas soalan yang berkaitan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia untuk pengajian tinggi. Tuan Yang di-Pertua, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Pengajian Tinggi atau ringkasnya PPPMPT merupakan kesinambungan daripada Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang diselarikan dengan PPPM prasekolah dan pendidikan lepas menengah tahun 2013-2025. PPPMPT merupakan dokumen strategik untuk menggariskan hala tuju pengajian tinggi untuk tempoh sepuluh tahun bermula 2015-2025. Matlamatnya adalah untuk mentransformasikan pendidikan tinggi ke arah kegemilangan. Hasil laporan semakan PSPTN tahun 2007 hingga 2013 turut dijadikan input utama dalam penyediaan PPPMPT. Secara asasnya PPPMPT mempunyai 10 big ideas (dengan izin) atau 10 Lonjakan iaitu: (i) Graduan Keusahawanan Holistik dan Seimbang (ii) Kecemerlangan Bakat Pengajian Tinggi (iii) Negara Pembelajaran Sepanjang Hayat (iv) Lulusan Teknikal dan Vokasional Berkualiti (v) Pemerkasaan Tadbir Urus (vi) Kelas Tarian, Kewangan (vii) Ekosistem Inovasi (viii) Transformasi Penyampaian Pendidikan Tinggi DR.24.11.2014 2 (ix) Kesohoran Global (x) Pembelajaran Atas Talian Secara Global Setiap lonjakan akan direalisasikan berdasarkan strategi utama dan inisiatif utama yang diukur menggunakan petunjuk prestasi utama atau key performance indicator, dengan izin. Pada masa ini setiap lonjakan sedang dimurnikan penulisannya dan penyelarasan sedang dibuat untuk mendapatkan maklum balas dan pandangan melalui sesi perundingan atau engagement session dalam tempoh tiga bulan akan datang. Sekian, terima kasih. Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad [Lipis]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab. Dalam konteks pengajian tinggi di Malaysia sememangnya kita akui tahapnya bertambah baik ahli akademik yang bertaraf sekarang ini PhD, pembelajaran berpusat, pembelajaran sepanjang hayat. Saya pasti perubahan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara ini melibatkan penelitian dan kajian yang sangat mendalam oleh pihak kementerian. Soalan saya, apakah perubahan dan keperluan semasa pendidikan tinggi negara kita daripada perspektif tempatan dan global, serta strategi-strategi baru dalam pelan ini bagi memastikan ianya selari dengan perubahan-perubahan yang telah dikenal pasti kesinambungan daripada PPN dari PSPTN. Terima kasih. Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin: Terima kasih Yang Berhormat Lipis di atas soalan yang berkaitan dengan keperluan dan perubahan. Ini kita boleh lihat bahawa ada kesinambungan antara Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia untuk prasekolah hingga sekolah menengah tinggi dan Pelan Pembangunan Pendidikan Pengajian Tinggi. Seperti yang saya sudah jawab tadi bahawa pelan strategik untuk pengajian tinggi sedang disemak semula, di mana kita akan menyelaras transformasi dan objektif-objektif bersama dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Saya bagi satu contoh, ada kaitan dengan lonjakan keempat, yang berkaitan dengan Lulusan Teknikal dan Vokasional Berkualiti. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, kita wujudkan kolej vokasional dan selepas itu ada pelajar akan menyambung atau melanjutkan pelajaran teknikal vokasional education di politeknik, universiti, M Tun dan kolej komuniti juga. Di sini kita boleh lihat bahawa kesinambungan antara PPPM dan PPPMPT, di mana kualiti menjadi suatu keutamaan. ■1010 Visi dan aspirasi dalam kedua-dua pelan ini adalah berkaitan dengan lima aspirasi yang berkaitan dengan akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Sekian, terima kasih. Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid [Lumut]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri mengapa tidak dijadikan PPPM ini sebahagian daripada Akta Pendidikan Negara supaya ianya tidak mudah diubah oleh menteri-menteri yang mengambil alih sebagai Menteri Pendidikan apabila bertukar menteri. Terima kasih. DR.24.11.2014 3 Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin: Terima kasih atas soalan yang berkaitan dengan kenapa PPPM tidak masuk dalam Akta Pendidikan dan saya hendak sampaikan kepada Yang Berhormat bahawa pelan adalah satu dokumen yang hidup, living document dan dari semasa ke semasa kita mesti mengadakan satu semakan semula untuk mempertingkatkan kelemahan sekiranya sudah dikenal pasti. Sekiranya kita masuk dalam Akta Pendidikan, ini bermakna kita mesti mengadakan perubahan dari segi akta. Dalam Akta Pendidikan itu terkandung Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Jadi inilahnya rasional dan sebab kenapakah pelan ini tidak masuk dalam Akta Pendidikan. Sekian, terima kasih. 2. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta Perdana Menteri menyatakan rancangan dan kemajuan sektor pengangkutan awam dalam meleraikan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur dan sistem pilihan dan gantian kenderaan persendirian dan jumlah bas awam yang sudah digunakan dan kekurangan yang ada. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Puan Hajah Nancy binti Shukri]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat yang menanya soalan. Sebenarnya soalan Yang Berhormat ini agak panjang, agak besar dia punya skop, jadi saya cuba menjawab dalam tempoh yang ada ini supaya ianya lebih komprehensif. Tuan Yang di-Pertua, adalah menjadi visi kepada kerajaan untuk menyediakan sistem pengangkutan awam darat yang dapat menampung keperluan negara secara selamat, boleh diharap, responsif, mudah diakses, terancang, bersepadu, mampu dibayar dan mampan untuk menyokong pertumbuhan sosial dan ekonomi negara yang berterusan. Pelbagai inisiatif telah, sedang dan akan diambil bagi mencapai objektif jangka pendek dan jangka panjang bagi meningkatkan mutu pengangkutan awam. Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab konteks persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Bintang ini saya ingin memberi fokus kepada perkhidmatan bas henti-henti dan perkhidmatan rel di Kuala Lumpur dan Lembah Klang sahaja. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat pada tahun 2013, peratusan pengguna pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Lembah Klang atau dengan izin, Greater Kuala Lumpur and Klang Valley telah meningkat kepada 20.85% daripada 19.6% pada tahun 2012. Bagi perkhidmatan rel iaitu yang meliputi perkhidmatan oleh LRT dan monorel, komuter dan ERL jumlah penumpang pada tahun 2013 ialah seramai 214,969,242 orang penumpang. Ini menjadikan purata penggunaan perkhidmatan ini ialah seramai 593,321 orang penumpang sehari. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga untuk 10 bulan pertama pada tahun 2014 sahaja iaitu dari Januari hingga Oktober tahun 2014, jumlah penggunaan perkhidmatan rel ini telah melebihi jumlah penumpang perkhidmatan ini untuk keseluruhan tahun 2013 iaitu secara purata 612,887 penumpang sehari. Sementara itu bagi perkhidmatan bas henti-henti pula, jumlah penumpang pada tahun 2013 ialah seramai 133.24 juta iaitu bersamaan dengan 111.03 juta bilangan kereta persendirian. Jumlah ini menunjukkan peningkatan berbanding pada tahun 2012 iaitu 124.32 juta orang DR.24.11.2014 4 menggunakan perkhidmatan bas atau boleh diterjemahkan sebagai 103.6 juta bilangan kereta persendirian. Dalam terus menggalakkan perkhidmatan bas henti-henti, kerajaan juga telah memperkenalkan perkhidmatan bas Go KL di pusat bandar. Perkhidmatan ini adalah sebagai perkhidmatan last mile, dengan izin yang membolehkan pengguna yang masuk ke kawasan pusat bandar melalui pengangkutan awam lain seperti rel boleh dapat bergerak dengan mudah di pusat bandar. Buat masa ini perkhidmatan ini disediakan secara percuma oleh kerajaan. Jadi saya teruskan kepada bahagian kedua iaitu perancangan. Perancangan di masa hadapan di mana sistem rel telah dirancang untuk menjadi tunjang ataupun backbone, dengan izin kepada jaringan pengangkutan awam di Greater KL, Klang Valley. Sistem rel ini akan disokong oleh perkhidmatan bas pengantara atau feeder bus yang akan bertindak sebagai penghubung ke kawasan-kawasan yang tidak diliputi oleh laluan rel. Sekian, terima kasih. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Orang awam terpaksa menggunakan kenderaan persendirian

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    207 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us