Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA Bil. 41 Khamis 3 November 2016 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 8) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2017 (Halaman 42) USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 36) Usul Anggaran Pembangunan 2017 (Halaman 42) DR. 3.11.2016 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA Khamis, 3 November 2016 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Dato' Johari bin Abdul [Sungai Petani] minta Menteri Kesihatan menyatakan: (a) sejauh mana kementerian menggembleng tenaga kepakaran dan sumber kewangan untuk mencari kaedah dan vaksin agar penyakit demam denggi yang menunjukkan trend peningkatan dan jumlah kumulatif kematian dari Januari sehingga 11 Jun 2016 adalah sebanyak 114 Kementerian dapat dihapuskan; dan (b) sudahkah kementerian bekerjasama dengan pihak WHO agar segera mencari jalan bagi memastikan penyelidikan berhubung penyakit ini diberi keutamaan daripada peruntukan kewangan dan sumber manusia. Menteri Kesihatan [Datuk Seri Dr. S. Subramaniam]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan pelbagai langkah serta tindakan untuk menggembleng tenaga kepakaran dan sumber kewangan bagi mencari kaedah untuk mengurangkan kes denggi. Seperti yang kita sedia maklum hanya ada satu sahaja penghasilan vaksin denggi sehingga ini yang diusahakan oleh syarikat swasta iaitu Dengvaxia. Vaksin ini telah pun didaftarkan di beberapa buah negara. Di Malaysia, Jawatankuasa Denggi Vaksin yang terdiri daripada pakar-pakar berkaitan telah dibentuk di peringkat kementerian untuk mengkaji implikasi pelaksanaan dan keberkesanan vaksin ini mengikut cadangan yang telah dikemukakan oleh Strategic Advisory Group of Experts atau SAGE di badan World Health Organization. Manakala jumlah kumulatif kematian denggi sehingga 29 Oktober 2016 adalah sebanyak 202 kalau dibandingkan dengan 277 bagi tempoh yang sama pada tahun lalu iaitu pengurangan sebanyak 75 kes atau 7.1 peratus. Pengurangan ini kerana DR. 3.11.2016 2 hasil usaha tindakan bersepadu kementerian, agensi dan komuniti dalam aktiviti penjagaan denggi. Perkara ini telah diiktiraf oleh WHO di mana pada 10 Oktober yang lalu semasa sesi di World Health Organization Regional Committee for the Westen Pacific di Manila, Ketua Pengarah WHO, Dr. Margaret Chan telah mengiktiraf keberkesanan usaha yang telah dilakukan oleh Malaysia. Kementerian Kesihatan dan WHO memang berhubung rapat dalam menangani denggi. Institusi Pendidikan Perubatan (IMR) merupakan pusat kolaborasi WHO sejak tahun 1985 dan beberapa program yang telah dilaksanakan melalui kerjasama ini. Kerjasama ini diteruskan pada masa akan datang sebagai satu pusat rujukan. Bukan usaha di negara kita tetapi satu pusat rujukan di mana kepakaran ini digunakan untuk mendapat maklumat dan pandangan untuk kebaikan negara-negara yang lain. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Saya jemput Yang Berhormat Sungai Petani untuk mengemukakan soalan tambahan pertama dalam tempoh 30 saat. Dato' Johari bin Abdul [Sungai Petani]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat Menteri bercadang untuk mengenal pasti salah satu universiti kita yang boleh digunakan sebagai research centre supaya bukan sahaja kita menjadi expert dalam bidang ini di Malaysia tetapi juga dunia akan mengiktiraf kita? Salah satu universiti patut dijadikan research centre. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya sila Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk menjawab dalam tempoh masa dua minit 30 saat. Datuk Seri Dr. S. Subramaniam: Kepakaran untuk membuat penyelidikan di dalam bidang ini supaya penghasilan baharu yang boleh bantu kita di dalam menangani isu wabak denggi dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengannya macam Chikungunya dan Zika baru-baru ini ada di dalam beberapa buah institusi di dalam negara kita. Paling tua adalah Institute of Medical Research di bawah Kementerian Kesihatan yang telah diiktiraf oleh pihak WHO sebagai pusat rujukan dan telah diiktiraf sebagai satu makmal yang mempunyai Good Lab Practices (GLP) diiktiraf di peringkat antarabangsa. Untuk menghasilkan rekaan-rekaan baharu di dalam dan penemuan baharu untuk membantu kita dalam proses ini. Selain daripada itu pada awal tahun ini, kementerian telah mengambil usaha untuk mengadakan satu persidangan antarabangsa denggi. Di mana kita telah membawa pakar-pakar di seluruh dunia supaya membincangkan isu-isu berkaitan DR. 3.11.2016 3 dengan ini. Tujuan ini ialah untuk mencapai apa yang telah sedia dicadangkan oleh Yang Berhormat tadi supaya Malaysia menjadi satu pusat rujukan di peringkat dunia. Kita pun telah membuat perkara yang sama di mana di dalam WHO Assembly yang baru-baru ini kita telah mengadakan satu sesi perbincangan berkaitan dengan denggi. Ini kali yang pertama dan ini telah dianjurkan di Persidangan WHO yang lalu di Geneva, Malaysia telah tampil ke hadapan untuk menganjurkan perbincangan denggi di situ dan sokongan telah didapati daripada beberapa buah negara yang lain. ■1010 Untuk memastikan bahawa Malaysia menjadi negara yang depan di dalam proses untuk mendapat penyelesaian kepada beberapa perkara berkaitan dengan penyakit ini. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Saya jemput Yang Berhormat Mersing untuk mengemukakan soalan tambahan yang kedua dalam masa tiga puluh saat. Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad [Mersing]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Belum ada sejarah manusia menang lawan nyamuk. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, Singapura dah beli vaksin ini Januari dulu, kenapa kita lambat sangat nak buat keputusan. Apakah proses-proses ini memang sengaja untuk melambat-lambatkan pembelian. Kedua, ya cukuplah tu. [Dewan ketawa] Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: [Ketawa] Sila Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk menjawab dalam tempoh masa dua minit tiga puluh saat. Datuk Seri Dr. S. Subramaniam: Tuan Yang di-Pertua, vaksin ini tidak boleh dikatakan sebagai satu vaksin yang sebenarnya menunaikan segala keperluan untuk menjadi satu vaksin yang optimum. Ada beberapa kekurangan di dalam vaksin ini, ini telah diiktiraf di peringkat WHO dan salah satu daripada dalam kajian yang telah dilakukan semasa vaksin ini, sebelum pendaftaran vaksin ini ialah umur di mana trials berkenaan dengan vaksin ini ialah di dalam 9 hingga 18 tahun sahaja. Maksudnya kita tidak mempunyai maklumat keberkesanan vaksin selepas 18 tahun. Kebanyakan daripada kes denggi di dalam negara kita ialah antara mereka yang daripada 25 tahun hingga 40 tahun. Jadi kita tidak ada jawapan untuk soalan itu. Satu lagi isu ialah berkaitan dengan kalau vaksin ini diberi kepada kumpulan yang tak pernah mendapat jangkitan denggi seperti Tuan Yang di-Pertua dan kita semua maklum bahawa denggi ada empat jenis stereotype. Seseorang boleh dapat denggi empat kali di dalam kehidupan kita daripada tiap-tiap satu stereotype itu. Jadi DR. 3.11.2016 4 kalau ada orang yang tidak pernah kena denggi daripada mana-mana satu stereotype dan mereka diberi vaccination, keburukannya lebih daripada kebaikan. Ini kerana perkara-perkara ini kita kena jaga-jaga dalam usaha. Walaupun ianya telah didaftar di Singapura dan beberapa negara yang lain dan syarikat telah membuat permohonan untuk pendaftaran, sekarang kementerian di bawah Biro Farmasi Negara telah membuat kajian berkaitan dengannya. Kita tak membatalkan perkara itu tetapi kena terus ke hadapan dengan mengambil kira kelemahan- kelemahan yang sedia ada dalam vaksin ini. Terima kasih. 2. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi] minta Perdana Menteri menyatakan bilakah pembangunan 2 loji nuklear yang berkapasiti 2 gigawatts seperti yang terkandung dalam Economic Transformation Programme (ETP) sebagai sebahagian daripada New Economic Model (NEM) yang diumumkan pada 25 Oktober 2010 akan mula dibina. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi. Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini kerajaan masih belum lagi membuat keputusan untuk pembangunan projek loji jana kuasa nuklear di Malaysia. Namun melalui maklumat awal yang diperolehi daripada kajian kemungkinan ataupun dengan izin, feasibility study menunjukkan garis masa atau timeline dan tempoh pelaksanaan projek loji jana kuasa nuklear memerlukan tempoh sekurang-kurangnya 11 tahun daripada tarikh kerajaan membuat keputusan untuk memulakan proses pembidaan projek sehingga siap pembinaan loji itu. Walaupun di dalam Economic Transformation Programme ataupun ETP dinyatakan bahawa tarikh yang disasarkan untuk loji jana kuasa nuklear mula beroperasi pada tahun 2021, namun sasaran ini dianjakkan kerana kerajaan turut mengambil kira perkembangan dan sentimen semasa di dalam dan luar negara khususnya kesan tsunami pada bulan Mac 2011 terhadap program jana kuasa nuklear di Jepun iaitu Fukushima. Justeru Tuan Yang di-Pertua, faktor ini telah diambil kira dalam feasibility studies yang telah saya nyatakan sebentar
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages250 Page
-
File Size-