Mahathir Pertahan Kerusi (BH 30/11/1999)

Mahathir Pertahan Kerusi (BH 30/11/1999)

30/11/1999 Mahathir pertahan kerusi KUALA LUMPUR, Isnin - Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad mengekalkan kerusi Parlimen Kubang Pasu manakala menteri Kabinet, Menteri Besar dan Ketua Menteri turut mempertahankan kerusi masing-masing dalam pilihan raya umum ke-10, hari ini. Perdana Menteri menewaskan calon Pas, Subky Abd Latif, dengan 22,399 undi manakala lawannya, 12,261 undi. Timbalannya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas, menewaskan calon Pas, Abd Khalid Rasid. Turut menang, beberapa pemimpin kanan parti pembangkang walaupun ada calon ternama kecundang termasuk Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai kepada calon Pas, Awang Jusoh. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Megat Junid Megat yang bertanding kerusi Parlimen Parit tewas kepada calon Pas, Mat basir Rahmat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paduka Dr Abdul Hamid Othman, pula tewas kepada novelis, Prof Datuk Shahnon Ahmad (Pas). Dua calon BN, Chia Kwang Chye dan Dr Teng Hock Nan pula disifatkan sebagai `giant killer' apabila menewaskan Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang, masing-masing bagi kerusi Parlimen Bukit Bendera dan DUN Kebun Bunga. Terdahulu, Pengerusi DAP, Dr Chen Man Hin, tewas di DUN Temiang di tangan calon BN, Lee Yuen Fong. Timbalannya, Karpal Singh, turut menerima nasib sama apabila tewas kepada Lee Kah Choon (BN) di Parlimen Jelutong dan Lim Boo Chang (DUN Datuk Keramat). Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Ling Liong Sik, mengekalkan kerusi Parlimen Labis menewaskan Ahmad Aton (DAP). Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Vellu mengekalkan kerusi Parlimen Sungai Siput, menewaskan dua pencabarnya, Dr D Michael Jeyakumar (DAP) dan Mohamad Asri Othman (MDP). Menteri Perusahaan Utama, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik, pula menang tipis ke atas Simon Yew Teong Chong (DAP) dan Abdul Roni Abdul Rahman (MDP). Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, menang kerusi Parlimen Merbok menewaskan Mokhtar Mansor (Keadilan). Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz, mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Kangsar menewaskan Asmuni Awi (Pas). (END) .

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    1 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us