Sim Mungkin Dicalon Semula (BH 13/09/1997)

Sim Mungkin Dicalon Semula (BH 13/09/1997)

13/09/1997 Sim mungkin dicalon semula KUCHING, Jumaat - Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) bercadang mencalonkan semula Michael Sim Kiam Hui untuk bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kidurong. Pengerusi SUPP, Datuk Dr George Chan Hong Nam, berkata tidak ada sebab untuk parti itu tidak mahu mencalonkan semula Sim bagi merampas kerusi berkenaan dari tangan parti pembangkang, DAP. "Kami (SUPP) akan membincangkan pencalonan semula Sim dan saya akan mencadangkan namanya dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti sedikit masa lagi," katanya sewaktu diminta mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Miri, hari ini, yang mengisytiharkan keputusan pilihan raya umum bagi kawasan itu September tahun lalu sebagai batal dan tidak sah. Hakim Datuk Suleiman Hashim dari Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, membuat keputusan itu selepas meluluskan petisen yang dikemukakan Sim, yang juga calon BN bagi kawasan berkenaan pada pilihan raya tahun lalu. Chan yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak berkata, Mesyuarat CWC parti itu dijadualkan pada 25 September ini, tetapi ia mungkin akan diadakan lebih awal daripada tarikh berkenaan, memandangkan perkembangan terbaru berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Miri itu. Menurutnya, setelah cadangan nama calon yang dikemukakan dipersetujui sebulat suara oleh CWC, barulah SUPP menyerahkan nama yang dicalonkan kepada Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, untuk kelulusan muktamad. "Ketua Menteri selaku Pengerusi BN Negeri dan Perdana Menteri selaku Pengerusi BN Malaysia akan membuat keputusan muktamad mengenai calon yang akan bertanding atas tiket BN dalam pilihan raya kecil Kidurong nanti," katanya. Beliau juga melahirkan perasaan gembiranya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Miri hari ini. Pada pilihan raya umum tahun lalu, kerusi DUN Kidurong dimenangi calon DAP, Wong Sing Ai, dengan kelebihan 22 undi. Beliau memperolehi 5,128 undi, manakala calon BN, Michael Sim mendapat 5,106 undi. Katanya, BN, khususnya SUPP perlu bekerja kuat untuk merampas kembali kerusi berkenaan dari DAP dalam pilihan raya kecil kali ini. Menurutnya, walaupun BN memenangi dua pilihan raya kecil sebelum ini iaitu pilihan raya kecil Bukit Begunan pada 15 dan 16 Mac lalu serta pilihan raya kecil Kemena pada 24 dan 25 Mei lalu, mereka tetap perlu bekerja keras pada pilihan raya kecil Kidurong. (END).

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    1 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us