Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Ketiga

Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Ketiga

Naskhah belum disemak PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA Bil. 52 Isnin 14 Disember 2020 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2021 Jawatankuasa:- Jadual:- Kepala B.32 (Halaman 25) Kepala B.60 (Halaman 67) Kepala B.62 (Halaman 96) USUL-USUL: Usul Anggaran Pembangunan 2021 Jawatankuasa:- Kepala P.32 (Halaman 25) Kepala P.60 (Halaman 67) Kepala P.62 (Halaman 96) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 69) DR.14.12.2020 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA Isnin, 14 Disember 2020 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Azalina Othman Said] mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Azalina Othman Said]: Bismillaahi Rahmaani Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Yang Berhormat Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris. Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya menyampai serangkap pantun pada pagi ini. Soalan Jerantut nombor satu dalam barisan, Terima kasih Tuan Yang di-Pertua bijak dalam penyelesaian, Yang Berhormat Menteri, soalan saya pohon penjelasan, Semoga kekhilafan dapat penyelesaian. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Azalina Othman Said]: Yang Berhormat Menteri. 1. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut] minta Perdana Menteri menyatakan pelan perancangan kerajaan bagi memulihkan kembali aliran tunai dan juga hutang korporat FELDA. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) [Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed]: Bismillaahi Rahmaani Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, FELDA mula berhadapan dengan masalah kewangan sejak tahun 2013 bila mana ia menghadapi kerugian dan pendapatan sebelum cukai yang semakin merosot. Ini disebabkan antara lain oleh penyenaraian FGV di Bursa Malaysia pada tahun 2012. FELDA kehilangan sumber pendapatan yang penting serta harga kelapa sawit yang DR.14.12.2020 2 kurang memberangsangkan. Bagi memastikan operasi harian dan komitmen perkhidmatan kepada warga peneroka berjalan dengan lancar, FELDA terpaksa membuat pinjaman dan kini menanggung jumlah hutang yang tinggi mencecah RM10.7 bilion. Pada bulan September tahun ini, FELDA telah memaklumkan kerajaan bahawa ia tidak mampu membayar balik beberapa hutangnya dan mempunyai masalah kecairan sebanyak RM1.3 bilion. Sehubungan itu, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan moratorium selama dua tahun kepada FELDA untuk salah satu dibayar hutangnya dan sebahagian institusi yang lain memberi FELDA moratorium selama enam bulan. Tuan Yang di-Pertua, di samping itu hutang peneroka yang tinggi serta kadar kutipan hutang yang tidak memberangsangkan turut memburukkan lagi keadaan dan menjejaskan kedudukan kewangan FELDA. Tuan Yang di-Pertua, memandangkan FELDA menghadapi masalah kewangan dan kelestarian, Jemaah Menteri pada 14 Oktober lalu telah meluluskan Pelan Pemulihan FELDA. Antara syor yang diluluskan adalah penerbitan sukuk yang dijamin oleh kerajaan berjumlah RM9.9 bilion, di mana RM6 bilion akan digunakan untuk mengurangkan beban hutang FELDA dan bakinya akan digunakan untuk meningkatkan pendapatan teras iaitu melalui pengambilan pegangan saham FGV serta melaksanakan penamatan perjanjian pajakan tanah. Tuan Yang di-Pertua, pemulihan FELDA tidak lengkap dengan tindakan kerajaan semata-mata. Oleh itu, pihak pengurusan FELDA telah diarahkan untuk memantapkan lagi pengurusannya. Sehubungan dengan ini, pihak pengurusan FELDA telah merangka model baharu FELDA yang berteraskan kepada penambahbaikan tadbir urus, operasi ladang lebih cekap, warga peneroka berpendidikan R&D dan penggunaan teknologi serta keberkatan bagi memastikan FELDA berada di tahap yang lebih mandiri dan lestari. Bagi memastikan petunjuk prestasi utama yang ditetapkan dicapai, Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan dan Keberkesanan Pelan Pemulihan FELDA telah ditubuhkan. Kita perlu melihat ke hadapan, dengan izin, let us move foward dalam memantapkan lagi FELDA. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Wahid Omar, akan memantau pelaksanaan langkah ini dengan rapi agar dilaksanakan dengan lebih berkesan dan lancar. Langkah pemulihan tersebut dijangka membawa hasil positif ke atas FELDA pada tahun 2023. Ini akan dapat memastikan FELDA mencapai kejayaan seperti mana syarikat- syarikat perladangan utama yang lain dan berada di landasan yang lebih teguh bagi melunaskan tanggungjawabnya sebagai agensi yang membela nasib lebih daripada 100 ribu keluarga peneroka tanpa kebergantungan kepada kerajaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Azalina Othman Said]: Soalan tambahan. Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penerangan yang diberikan DR.14.12.2020 3 sebentar tadi. Saya hendak merakamkan tahniah kepada FELDA kerana mengadakan Program Wakaf FELDA. Idea ini sungguh baik pada saya. Yang Berhormat Menteri, inisiatif pemulihan FELDA yang dilaksanakan ini tidak harus tertumpu pada rasionalisasi pinjaman kewangan semata-mata. Malah, satu bentuk penyelesaian secara holistik dan bersepadu perlu disegerakan untuk memastikan FELDA berada di tahap yang lebih mandiri dan lestari demi kesinambungan peranan terhadap warga peneroka serta terus melangkah ke hadapan. Saya mohon Yang Berhormat Menteri menyatakan, apakah inisiatif lain dalam perancangan kerajaan dan juga FELDA, termasuk aset-aset FELDA yang ada di luar negara? Apakah harapan kerajaan terhadap FELDA dan juga peneroka? Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Azalina Othman Said]: Silakan Yang Berhormat Menteri. Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, ada tiga pihak yang bertanggungjawab untuk memastikan bahawa FELDA dapat pulihkan. Pertama ialah kerajaan. Kedua ialah FELDA sendiri. Ketiga ialah peneroka seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Jerantut tadi. Kerajaan telah meluluskan sukuk RM9.9 bilion dan ini melibatkan bayaran balik kira-kira RM1 bilion setahun. Ini tanggungjawab kerajaan yang besar. Ini merupakan bantuan yang diberikan oleh kerajaan dalam tempoh 10 tahun bagi memastikan kemapanan kewangan FELDA. Itu tanggungjawab kerajaan. Keduanya, pengurusan FELDA. Sudah pasti seperti yang saya sebut dalam jawapan, bertanggungjawab untuk pastikan bahawa segala keputusan dapat dilaksanakan. Pengurusan hendak dimantapkan. Kita hendak supaya FELDA setanding dengan syarikat-syarikat perladangan swasta yang mana produktivitinya lebih tinggi dan juga kadar perahannya lebih tinggi daripada FELDA. Ini sudah pun diarahkan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah FELDA. Ketiga, sudah pasti peneroka juga ada tanggungjawab untuk memastikan mereka mengambil peluang sepenuhnya daripada tindakan yang telah diambil oleh kerajaan. Mereka harus berdikari dan kita juga mahu mereka mempelbagaikan pendapatan mereka melalui umpamanya, Projek PPP yang melibatkan peruntukan sebanyak kira-kira RM1 bilion. Mengenai aset-aset yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat tadi di luar negara. FELDA akan tunggu masa yang sesuai untuk pastikan aset-aset ini dapat dijual pada harga yang munasabah. ■1010 Jadi ringkasnya, tanggungjawab FELDA, pengurusan FELDA dan peneroka adalah penting dalam memastikan kejayaan pelan pemulihan. Kita tidak boleh mengharapkan kepada kerajaan semata-mata dan bersama-sama dengan Pengerusi FELDA dan pengurusan tinggi FELDA. Kita harap FELDA akan menyahut cabaran DR.14.12.2020 4 untuk mengembalikan kegemilangan institusi ini menjadi kebanggaan kita seluruh negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Sri Azalina Othman Said]: Yang Berhormat Lim Kit Siang. Dato' Haji Salim Sharif [Jempol]: Tuan Yang di-Pertua, boleh satu? Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Sri Azalina Othman Said]: Tidak boleh Yang Berhormat Jempol. 2. Tuan Lim Kit Siang [Iskandar Puteri] minta Perdana Menteri menyatakan jangka masa dan rancangan kerajaan untuk membentangkan janji-janji yang termaktub dalam Batu Sumpah Keningau kepada Dewan Rakyat untuk diangkat sebagai asas dasar kerajaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) [Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili]: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain di Dewan yang mulia ini, Batu Sumpah Keningau merupakan monumen yang mempunyai nilai sejarah tinggi dan berkait rapat dengan Perjanjian Malaysia 1963. Ia telah didirikan oleh pemimpin tempatan pada tahun 1964 mengikut kepercayaan sistem adat anak negeri Sabah di daerah Keningau setelah Sabah bersetuju untuk membentuk Malaysia dan menjadi rakan sekutu dalam pembentukan Malaysia. Batu Sumpah tersebut mengandungi catatan seperti berikut: (i) ugama bebas dalam Sabah; (ii) tanah-tanah dalam Sabah dikuasai oleh kerajaan Sabah; dan (iii) adat istiadat anak rakyat Sabah dihormati dan dipelihara oleh kerajaan. Tiga janji yang tertera pada Batu Sumpah tersebut pada umumnya telah pun termaktub di antara hak-hak yang dijamin bagi negeri Sabah di bawah Perlembagaan Persekutuan. Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak kebebasan beragama di mana fasal 11(1) memperuntukkan bahawa setiap orang adalah berhak menganuti dan memilih agamanya. Oleh yang demikian, tuntutan mengenai agama bebas dalam Sabah adalah termaktub di bawah fasal

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    142 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us