Kamaruddin Tidak Terkilan Dipertikai Ahli Pas (BH 14/08/1999)

Kamaruddin Tidak Terkilan Dipertikai Ahli Pas (BH 14/08/1999)

14/08/1999 Kamaruddin tidak terkilan dipertikai ahli Pas KOTA BHARU, Jumaat - Bekas Ketua Umno bahagian Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar, tidak terkilan dengan tindakan sesetengah ahli Pas yang mempersoalkan keikhlasannya menyertai parti itu pada 20 Julai lalu. Katanya, jika benar laporan akhbar yang mendakwa ada ahli Pas mempersoalkan tindakannya itu, beliau menyifatkan sebagai satu berita yang menggembirakan baginya. Ini kerana, katanya, setiap ahli Pas berhak menyuarakan sesuatu yang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka kerana parti itu mengamalkan demokrasi. Sebuah akhbar semalam melaporkan, beberapa ahli dan penyokong Pas di sini mula mempersoalkan keputusan Kamaruddin menyertai parti itu. "Dengan berita yang dilaporkan ini jelaslah kepada kita, bahawa Pas adalah parti yang benar-benar mengamalkan prinsip demokrasi kerana ahlinya diberi kebebasan bersuara. "Tuan-tuan boleh menyuarakan dan ini bukan menjadi satu kesalahan di sisi undang-undang dan peraturan Pas, kerana Pas adalah satu parti politik yang mengamalkan demokrasi," katanya di majlis ceramah Pas di Kampung Chempaka, dekat sini, malam tadi. Turut berucap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan dan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Nik Amar Nik Abdullah. Mengenai kenyataan Dr Mahathir berhubung tindakannya menyertai Pas selepas dipecat daripada Umno pada 5 Julai lalu, untuk menyerapkan pengaruh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dalam Pas, Kamaruddin berkata: "Sudah ramai pemimpin Pas, termasuk Presidennya, Datuk Fadzil Noor dan timbalannya, Abdul Hadi Awang pernah menjadi pemimpin Abim sejak 21 tahun lalu. "Tak timbul langsung soal kita nak menerapkan nilai-nilai Abim dalam parti Pas ini". (END) .

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    1 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us