Siaran Media Sesi Libat Urus Bersama Kerajaan Negeri Sembilan Bagi Penyediaan Rancangan Malaysia Kedua Belas

Siaran Media Sesi Libat Urus Bersama Kerajaan Negeri Sembilan Bagi Penyediaan Rancangan Malaysia Kedua Belas

UNTUK SIARAN SEGERA KEMENTERIAN HAL EHWAL EKONOMI SIARAN MEDIA SESI LIBAT URUS BERSAMA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN BAGI PENYEDIAAN RANCANGAN MALAYSIA KEDUA BELAS Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) telah mengadakan sesi libat urus penyediaan Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021-2025 (RMKe-12) bersama Kerajaan Negeri Sembilan hari ini yang telah dipengerusikan secara bersama oleh YAB Dato' Seri Haji Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan dan YB Senator Dr. Radzi Jidin, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Penyediaan RMKe-12 ini akan mengambil pendekatan selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri untuk merapatkan jurang ekonomi, menstruktur semula ekonomi serta membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu-padu dan hidup dalam harmoni agar Malaysia menjadi paksi untuk ekonomi Asia menjelang tahun 2030. Di bawah Rolling Plan 4 (2019) RMKe-11, Negeri Sembilan telah diperuntukkan sejumlah RM809 juta atau 1.5% daripada jumlah peruntukan pembangunan keseluruhan. Jumlah peruntukan ini telah meningkat 17.4%, iaitu sebanyak RM120 juta berbanding RM689 juta pada tahun 2018. Dalam usaha merancakkan pertumbuhan ekonomi, Kerajaan Persekutuan menyokong sepenuhnya pelaksanaan Malaysian Vision Valley (MVV) yang meliputi dua daerah utama di Negeri Sembilan iaitu Seremban dan Port Dickson serta Pelan Pembangunan Luar Bandar Negeri Sembilan 2019-2040 yang memberi tumpuan kepada pembangunan luar bandar di Rembau, Tampin, Jempol, Jelebu dan Kuala Pilah. Ini adalah selari dengan hasrat Kerajaan untuk merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar terutamanya dalam mempertingkat infrastruktur luar bandar untuk memacu sosioekonomi, serta menggalakkan integrasi ekonomi yang lebih baik untuk menjana pendapatan serta peluang pekerjaan. Turut hadir di sesi libat urus ini ialah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan, YBhg. Tuan Masri Razali, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Pengarah- Pengarah Bahagian Kementerian Hal Ehwal Ekonomi serta ketua-ketua agensi dan jabatan di bawah Kerajaan Negeri dan Jabatan Persekutuan di Negeri Sembilan. Unit Komunikasi Korporat Kementerian Hal Ehwal Ekonomi 20 Ogos 2019 .

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    1 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us