Malaysia Dewan Rakyat Aturan Urusan Mesyuarat Naskhah Sahih/Bahasa Malaysia Hari Khamis, 10 November

Malaysia Dewan Rakyat Aturan Urusan Mesyuarat Naskhah Sahih/Bahasa Malaysia Hari Khamis, 10 November

MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 10 NOVEMBER 2011, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 54 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1243-L45214 Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam memastikan “peminta-peminta sedekah jalanan” berstatus warganegara Malaysia diberikan bantuan sara hidup serta apakah langkah susulan yang diambil dalam memastikan golongan ini dapat meneruskan kehidupan dengan berdikari dan berdaya saing tanpa mengharapkan bantuan secara berterusan. 2. PR-1243-L46372 Dato' Rashid bin Din [ Merbok ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan berapakah hitung panjang perbelanjaan Kerajaan bagi satu murid untuk satu tahun untuk pendidikan di IPTA, IPTS, Kolej Matrikulasi, Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah bagi 3 tahun kebelakangan. Juga bandingkan perbelanjaan tersebut dengan perbelanjaan yang sama di negara-negara ASEAN. 3. PR-1243-L45228 Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah yang dimaksudkan dengan Jejak Inovasi, siapakah kumpulan sasaran dan apakah pencapaian yang dihasratkan oleh Kementerian. 4. PR-1243-L45928 Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan bilakah pihak Menteri akan membuat lawatan ke negara Palestin. 5. PR-1243-L46947 Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah pengiktirafan yang diberikan kepada pertubuhan belia sebagai “One Stop Centre” bagi penganjuran aktiviti yang melibatkan belia dan masyarakat. AUM DR 10/11/2011 2 6. PR-1243-L45720 Dato' Ibrahim bin Ali [ Pasir Mas ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kakitangan bukan Melayu yang memegang jawatan penting dalam Petronas yang dilantik dalam masa beberapa bulan lalu sehingga sekarang. Apakah pelantikan ini satu keperluan atau sekadar bertujuan memenuhi keperluan badan-badan kepunyaan Kerajaan (GLC) yang juga mempunyai pegawai-pegawai kanan dari pelbagai kaum. Jika ini dijadikan alasan, usaha Kerajaan untuk menentukan syarikat korporat bukan Bumiputera turut melantik pegawai kanan yang terdiri di kalangan Bumiputera supaya dilihat seimbang dan adil. 7. PR-1243-L45178 Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan sejauh manakah Pakatan Keselamatan Siber Global (GCSA) mampu menangani ancaman siber terutama daripada penggodam antarabangsa khususnya di kalangan negara ahli Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), ASEAN dan negara membangun lainnya. 8. PR-1243-L45423 Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan memandangkan SAPS diperkenalkan secara tergesa- gesa tanpa kajian teliti. Hingga ke hari ini (6 September 2011) Pengetua/Guru Besar dan Pentadbir Sekolah belum menerima pekeliling dan taklimat jelas dalam hal ini. Apakah langkah susulan pihak Kementerian mengenai hal tersebut. 9. PR-1243-L45243 Datuk Md.Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan status pelepasan gas rumah hijau negara dan sejauh manakah penglibatan pihak swasta dalam membantu melaksanakan dasar ini. 10. PR-1243-L46743 Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir [ Ketereh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan kadar zat dan racun yang terkandung dalam beras putih tempatan dan beras putih import. Apakah risiko dan kesan kesihatan kepada pengguna. Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan dalam memastikan beras yang dimakan oleh rakyat adalah berkhasiat dan bebas daripada racun. 11. PR-1243-L45950 Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan langkah-langkah yang dijalankan oleh Kerajaan untuk memastikan tiada pencemaran alam sekitar akan berlaku akibat daripada projek Petrokimia di kawasan Tanjong Piai. 3 AUM DR 10/11/2011 12. PR-1243-L45705 Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan sama ada pihak Kerajaan bersedia untuk mengiktiraf semua pihak yang menentang penjajah British sebagai pejuang kemerdekaan. 13. PR-1243-L45969 Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah perancangan Kerajaan untuk mempertingkatkan infrastruktur pengangkutan di negeri Sabah, khususnya penambahbaikan kepada lapangan terbang di kawasan pedalaman Sabah untuk membolehkan kapal terbang yang lebih besar menggunakannya memandangkan jumlah penumpang yang semakin meningkat. 14. PR-1243-L45541 Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan tentang perkembangan kelahiran anak di luar nikah dan pembuangan bayi mengikut bangsa dan negeri sehingga 30 Jun 2011, setelah usaha-usaha pencegahan dibuat. 15. PR-1243-L45787 Datuk Dr. Muhammad Leo Michael Toyad [ Mukah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kementerian dapat mengisi penuh keperluan tenaga polis di daerah luar bandar di Sarawak termasuk bahagian Mukah di Sarawak. 16. PR-1243-L45568 Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berkenaan dengan penurunan kadar faedah yang boleh diberikan baru-baru ini oleh mahkamah sivil di negara dari 8 peratus ke 4 peratus, apakah kewajaran penurunan kadar faedah tersebut. 17. PR-1243-L45909 Dato' Sri Haji Zulhasnan bin Rafique [ Setiawangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :- (a) komposisi dan struktur pengurusan atasan 1Malaysia Development Board (1MDB); dan (b) sejauh manakah pencapaian 1MDB setakat ini di dalam membawa hala tuju pembangunan ekonomi negara ke arah mencapai matlamat pembangunan sebuah negara maju berpendapatan tinggi. 18. PR-1243-L46547 Tuan Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perkembangan dalam siasatan yang dijanjikan oleh Peguam Negara dalam hubungan antara Mohd Saiful Bukhari Azlan dan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina dalam perbicaraan kes Dato' Seri Anwar Ibrahim yang sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. AUM DR 10/11/2011 4 19. PR-1243-L45932 Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan dalam menampung perbelanjaan mengerjakan haji rakyat Malaysia pada tahun 2010 dan 2011. 20. PR-1243-L45099 Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah rakyat di Sabah yang dikategorikan sebagai Sino-Natif setakat 31 Ogos 2011. Sejak bilakah Sino-Natif diisytiharkan sebagai satu kaum di Sabah dan bagaimana dengan kaum Sino-Malay serta Sino-Indian yang masih wujud. 21. PR-1243-L45958 Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai status terkini Program 6P (Semenanjung) dan 5P (Sabah). Adakah masalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ini dapat diselesaikan menjelang tahun 2012. 22. PR-1243-L46348 Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah langkah-langkah yang telah pun dan / atau akan diambil oleh Kerajaan untuk mengurangkan kadar tol untuk semua jalan bertol di Puchong dan sekiranya tiada tindakan, kenapa. 23. PR-1243-L45385 Tuan Ding Kuong Hiing [ Sarikei ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :- (a) sejauh manakah usaha dan rancangan Kementerian menaik taraf paip jenis AC kepada HDEP sejauh 300 kilometer di seluruh bahagian keenam, Sarikei; dan (b) nyatakan juga rancangan Kementerian menambah baik Loji Pembersihan Bayong, Sarikei berikutan ketidakfungsian dengan baik pada loji rawatan tersebut dan ketidakmampuan isi padu air menabung keperluan penduduk Sarikei dan sekitarnya. 24. PR-1243-L45904 Puan Teo Nie Ching [ Serdang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan hasil siasatan SPRM terhadap dakwaan bahawa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail telah disogok oleh bekas Timbalan Pengerusi Eksekutif Ho Hup Bhd, Datuk Vincent Lye, atas sokongannya dalam pertikaian lembaga pengarah syarikat tersebut. 5 AUM DR 10/11/2011 25. PR-1243-L45748 Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah dana peruntukan yang telah digunakan oleh Kerajaan Malaysia untuk menangani masalah dadah di seluruh negara dari tahun 2008 hingga sekarang dan berapakah jumlah peruntukan yang akan digunakan untuk membanteras dadah pada masa akan datang. 26. PR-1243-L46779 Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :- (a) berapakah peratus penambahan pengundi baru di kawasan Parlimen Tanah Merah sejak 2008 hingga 2011; dan (b) adakah penambahan ini melibatkan rakyat warga asing yang dijadikan warganegara serta nyatakan perinciannya. 27. PR-1243-L45159 Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah Tribunal Perumahan telah memainkan peranan yang berguna dalam menyelesaikan perselisihan antara pemaju dan pembeli rumah. Berapa kes perselisihan perumahan telah diselesai dengan berjaya sejak Tribunal ini ditubuhkan. 28. PR-1243-L46698 Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta PERDANA MENTERI menyatakan hasil siasatan SPRM dan Panel Penilaian Operasi mengenai dakwaan bahawa Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menghantar dana RM10 juta melalui perkhidmatan pengurup wang. 29. PR-1243-L46003 Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan mengapakah tidak ada pengawalan terhadap bahasa yang digunakan di papan tanda di sisi jalan terutamanya papan tanda elektronik yang didapati cenderung menggunakan bahasa

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    37 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us