No. Soalan : 114 Pemberitahuan Pert Any Aan

No. Soalan : 114 Pemberitahuan Pert Any Aan

NO. SOALAN : 114 PEMBERITAHUAN PERT ANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN BUKAN LISAN DARIPADA YB. TUAN KHOO SOO SEANG [TEBRAU] SO ALAN YB. Tuan Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah produk-produk pelancongan baharu yang dirangka oleh Kementerian sebagai strategi dalam memastikan kemasukan pelancong domestik dan antarabangsa ke Malaysia, terutama di negeri Johor. 1 JAWAPAN: DATO' SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN Tuan Yang di-Pertua, Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan produk-produk pelancongan berteraskan eko-pelancongan, pulau-pulau dan pantai-pantai yang indah, beli-belah, sukan dan rekreasi, agro-pelancongan serta taman-taman tema yang menarik jutaan pelancong dari dalam dan luar negara melawat Malaysia setiap tahun. Johor khasnya merupakan sebuah negeri yang mempunyai produk-produk pelancongan yang dinyatakan dan telah berjaya menarik kedatangan ramai pelancong. Untuk promosi pelancongan negeri Johor, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bekerjasama dengan Jabatan Pelancongan Johor dalam mempromosikan 1O ikon pelancongan di negeri Johor iaitu; i. Bangunan Sultan Ibrahim; ii. Kota lskandar; iii. Muzium Diraja Sultan Abu Bakar; iv. Pulau Rawa; v. Pulau Sibu; vi. Danga Bay; vii. Taman Negara Endau Rompin; viii. Gunung Ledang; ix. Desaru; dan x. Taman Negara Tanjung Piai Tambahan itu, negeri Johor telah dipromosikan sebagai sebuah destinasi percutian berkeluarga berteraskan taman tema sebagai salah satu tarikan utama di negeri Johor seperti Legoland dan Hello Kitty. Johor juga dipromosikan sebagai destinasi beli-belah terutamanya di Johor Premium Outlet dan Bandaraya Johor Bharu. Di samping itu, Kementerian turut mempromosikan homestay sebagai salah satu tarikan utama ke negeri Johor. Terdapat 21 buah perkampungan homestay di negeri Johor yang dipromosikan untuk pasaran domestik dan antarabangsa. 2 Pembinaan dua kelab golf iaitu ELS Desaru Coast dan Desaru Valley yang akan beroperasi pada pertengahan tahun 2016 akan menarik lebih ramai para pelancong golf dari dalam dan luar negara ke negeri Johor. Terdapat juga produk­ produk pelancongan baru di negeri Johor yang akan dipromosikan seperti Riyadh Equestrian di Ulu Tiram yang menawarkan aktiviti motivasi bersama kuda dan memanah. Ulu Tiram juga turut dipromosikan sebagai destinasi memancing atas rakit kepada para pelancong dari dalam dan luar negara. Sekian, terima kasih. 3 .

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    3 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us