Malaysia Dewan Rakyat Aturan Urusan Mesyuarat Naskhah Sahih/Bahasa Malaysia Hari Rabu, 18 Mac 2009

Malaysia Dewan Rakyat Aturan Urusan Mesyuarat Naskhah Sahih/Bahasa Malaysia Hari Rabu, 18 Mac 2009

MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI RABU, 18 MAC 2009, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 18 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1221-L17175 Tuan Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan kesan positif atau negatif terhadap import dan eksport produk dan perkhidmatan di negara ini dalam situasi ekonomi dunia kini dan menyatakan langkah- langkah baru galakan industri bagi meningkatkan eksport serta nyatakan pasaran terkini negara baru yang diteroka. 2. PR-1221-L17187 Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala Kedah ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengenai jumlah pinjaman yang dikeluarkan oleh bank-bank tempatan serta peratusannya kepada syarikat-syarikat korporat berbanding dengan pinjaman secara individu dari tahun 2005 hingga 2008. 3. PR-1221-L17119 Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan dengan negara asing manakah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengadakan latihan bersama. 4. PR-1221-L16699 Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan :- (a) berapakah saiz modal francais tempatan berbanding francais di negara lain; dan (b) berapakah pula francais tempatan ini yang gagal atau mengalami kerugian. 2 AUM DR 18/3/2009 5. PR-1221-L16921 Tuan William @ Nyallau Anak Badak [ Lubok Antu ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapakah peruntukan yang telah diluluskan untuk melaksanakan projek bekalan elektrik luar bandar pada tahun ini di kawasan Parlimen Lubok Antu dan sebutkan nama kampung-kampung dan rumah-rumah panjang yang terlibat. 6. PR-1221-L16997 Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [ Machang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah rasional penubuhan Syarikat Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd yang bertanggungjawab dalam pelaburan luar negara yang dijalankan FELDA, sebutkan aktiviti/jenis pelaburannya, prospek pelaburan dan implikasi kewangan. 7. PR-1221-L17916 Puan Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan :- (a) adakah benar bahawa panggilan kecemasan 999 bantuan bomba di Sarawak kini dilencongkan (divert) ke Kuala Lumpur sebelum arahan dikeluarkan untuk bomba Sarawak bertindak; dan (b) jika benar, apakah tindakan untuk membaik pulih keadaan. 8. PR-1221-L17662 Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan adakah Kerajaan memberi galakan yang wajar dalam usaha menambah keluasan tanaman getah klon balak. 9. PR-1221-L17708 Dato' Ismail bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah usaha Kerajaan untuk menjamin kestabilan Bursa Saham kita dalam keadaan merudumnya ekonomi dunia, terutamanya keupayaan pihak Kerajaan untuk memupuk kepercayaan dan keyakinan kedua-dua pengguna dan pembekal modal dan seterusnya memartabatkan lagi pasaran kewangan dan saham kita. 10. PR-1221-L16754 Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah keperluan baja negara, jumlah baja yang diimport, jumlah pengeluaran baja tempatan dan apakah dasar yang diguna pakai bagi pengeluaran baja tempatan dan penggunaan baja kompos sebagai alternatif baja kimia. 3 AUM DR 18/3/2009 11. PR-1221-L16836 Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah penyediaan lampu jalan solar boleh diguna pakai terutama di jalan-jalan negeri terutama di Sabah dalam usaha untuk mengurangkan kes kemalangan maut di negara ini. 12. PR-1221-L17486 Tuan Manogaran a/l Marimuthu [ Telok Intan ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :- (a) sejak bilakah Ijazah Perubatan dari Universiti Malaya (MBBS) tidak lagi diiktiraf oleh Kerajaan Britain sedangkan pada satu masa dahulu ianya diiktiraf; dan (b) apakah sebab-sebab ianya tidak lagi diiktiraf oleh Kerajaan Britain. 13. PR-1221-L18382 Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah ciri-ciri pembangunan ekonomi domestik yang kritikal untuk menentukan Malaysia berupaya menjana pertumbuhan ekonomi dalaman sedang dunia bergelut dengan ketidaktentuan ekonomi Amerika Syarikat dan banyak negara bergantung kepada import dan eksport untuk penjanaan pendapatan utama. 14. PR-1221-L17830 Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan program-program yang telah dan akan diadakan oleh Kementerian bagi membendung belia dan beliawanis negara terlibat dengan gejala-gejala negatif bagi tempoh 2008 hingga 2010 dan apakah keberkesanannya. 15. PR-1221-L17950 Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah perancangan dan persediaan terkini Kerajaan untuk memenuhi keperluan beras negara. 16. PR-1221-L18241 Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan dalam memantau kakitangan awam dan swasta yang berkemungkinan akan berhadapan dengan keadaan tidak mampu membayar ansuran pinjaman bagi mengelak krisis subprima Amerika melanda Malaysia. 4 AUM DR 18/3/2009 17. PR-1221-L17637 Datuk Tiong Thai King [ Lanang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan pengusaha perabot negara kita menghadapi persaingan hebat dengan barangan siap yang murah dari negeri China dan mengurangkan daya saing di pasaran. Berapakah pengusaha kilang perabot yang terpaksa menamatkan perniagaan pada tahun 2006, 2007 dan 2008. 18. PR-1221-L18350 Puan Fong Po Kuan [ Batu Gajah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah aspek yang dirangkumi di dalam ‘rebranding’ Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dimaksudkan dan sejauh mana pelaksanaannya dan bagaimanakah ia dapat mengurangkan kadar jenayah di dalam negara ini. 19. PR-1221-L17090 Tuan Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sama ada Kementerian ini sudah mempunyai rancangan yang kukuh untuk memastikan setiap sekolah di negara kita akan dapat meraih kelulusan di tahap 100% bagi peperiksaan UPSR dan PMR. Kalau ada, tahun bilakah pencapaian itu menjadi kenyataan, dan kalau tidak, mengapa. 20. PR-1221-L17088 Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan terhadap lebihan pekerja asing yang diberhentikan. 21. PR-1221-L16523 Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :- (a) sebab-sebab utama kenapa pelabur-pelabur asing kurang berminat untuk melabur di negara Malaysia berbanding dengan negara jiran; dan (b) apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk meminda dasar-dasar yang menjadi penyebab mereka ini, (misalnya DEB) enggan melabur di negara ini. 22. PR-1221-L18058 Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapakah jumlah cukai durian runtuh (windfall tax) dari IPP ditarik balik, jumlah keuntungan sebelum cukai, cukai tahunan sejak 2000 dan cukai durian runtuh yang dikutip mengikut pecahan sumbangan setiap IPP, apakah rasional TNB perlu membayar IPP untuk bekalan elektrik yang tidak diperlukan. 5 AUM DR 18/3/2009 23. PR-1221-L17688 Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah Kementerian akan memulakan perlaksanaan projek pembesaran jalan raya Beaufort-Papar-Sipitang dan Lawas (Sarawak) daripada satu lorong kepada dua lorong. 24. PR-1221-L17072 Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh mana dana Stimulus Package sejumlah RM7 bilion yang diumumkan pada November 2008 telah dibiayai setakat ini, dan sila berikan butiran terperinci bagi pihak-pihak penerima dana tersebut. 25. PR-1221-L17284 Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan apakah langkah-langkah tegas yang diambil oleh Kerajaan dalam memastikan pihak televisyen khususnya televisyen swasta yang tidak menyiarkan siri-siri tempatan tetapi menampilkan pelakon-pelakon yang berpakaian di luar adat ketimuran, menjolok mata dan berambut panjang yang boleh mempengaruhi budaya sosial masyarakat. 26. PR-1221-L17371 Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sejauh manakah tahap pencemaran tasik lombong di kawasan PJS 3 di Petaling Jaya dan apakah langkah-langkah yang telah dibuat untuk mengatasi masalah pencemaran daripada tasik lombong ini agar kesihatan penduduk di kawasan tersebut tidak terjejas. 27. PR-1221-L16815 Datuk Richard Riot anak Jaem [ Serian ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sama ada S.K. St. Teresa, Serian akan dipindahkan ke lokasi lain. Kalau ya, bilakah ianya dijangka akan dipindahkan. Kalau tidak, nyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk membaik pulih bangunan-bangunan yang ada sekarang sudah disahkan oleh JKR sebagai tidak selamat digunakan. 28. PR-1221-L18179 Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kertas Putih akan dikeluarkan terhadap tangkapan di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA), terutamanya tangkapan ISA terhadap Hindraf 5 yang masih berada di Kem Kemunting. Adakah alasan mereka masih di tahan di bawah ISA dan tidak dilepaskan. 6 AUM DR 18/3/2009 29. PR-1221-L17018 Dato' Mohd Jidin bin Shafee [ Setiu ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan mengenai kesan atau impak penguatkuasaan Akta Belia dan Pembangunan Belia 2007 terhadap pertubuhan belia dan sejauh manakah ia dilihat telah menyumbang kepada pembangunan golongan belia di negara

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    35 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us