Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KETIGA Bil. 41 Selasa 19 November 2013 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2014 Jawatankuasa:- Jadual:- B.13 (Halaman 22) B.41 (Halaman 51) B.21 (Halaman 132) USUL-USUL: Usul Anggaran Pembangunan 2014 Jawatankuasa:- P.13 (Halaman 22) P.41 (Halaman 51) P.21 (Halaman 132) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 21) DR 19.11.2013 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KETIGA Selasa, 19 November 2013 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat ] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Tuan Liang Teck Meng [Simpang Renggam] minta Perdana Menteri menyatakan, adakah persempadanan Wilayah Kota Iskandar ditetapkan selama-lamanya dan bilakah persempadanan akan dikaji semula untuk memasukkan kawasan Simpang Renggam yang mempunyai lokasi yang strategik. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Shahidan bin Kassim]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kajian semula persempadanan bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri yang terakhir bagi negeri- negeri Tanah Melayu dan Sabah ialah pada 21 Mac 2003. Sehubungan dengannya, tempoh lapan tahun seperti yang ditetapkan di bawah Perkara 113(2), Perlembagaan Persekutuan sepatutnya berakhir pada 21 Mac 2011. Tarikh bermulanya kajian semula itu akan dikira dari tarikh tersiarnya notis yang akan diwartakan menurut Perkara 4, Jadual Ketigabelas, Perlembagaan Persekutuan. Namun, pada pertengahan tahun 2011, Suruhanjaya Pilihan Raya telah membuat keputusan berdasarkan kepada Perkara 113(2)(i), Perlembagaan Persekutuan untuk melaksanakan semula persempadanan bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri bagi negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah dimulakan secara rasmi selepas Pilihan Raya Umum Ke- 13. Bagi Negeri Sarawak kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya yang terakhir ialah pada 10 Jun 2005 dan berdasarkan kepada Perkara 113(2), Perlembagaan Persekutuan. Urusan kajian semula persempadanan bahagian pilihan raya Parlimen dan negeri bagi negeri Sarawak hanya boleh dilaksanakan selepas 10 Jun 2013 iaitu selepas cukup tempoh lat lapan tahun selepas siapnya urusan kajian semula persempadanan sebelum ini. Memandangkan lat tempoh lapan tahun bagi negeri-negeri Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak telah tiba, SPR telah membuat keputusan untuk menjalankan urusan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya secara serentak. DR 19.11.2013 2 Perkara yang diambil kira dalam membahagikan mana-mana unit kajian semula kepada bahagian-bahagian pilihan raya termasuklah di kawasan Simpang Renggam adalah berdasarkan kepada penetapan dan prinsip yang diperuntukkan di bawah Jadual Ketigabelas, Bahagian I dan Bahagian II, Perlembagaan Persekutuan seperti berikut: (i) kemudahan diadakan bagi pemilih-pemilih mengundi semasa pilihan raya dan bahagian pilihan raya tidak melanggar sempadan negeri; (ii) mengambil kira kemudahan pentadbiran yang boleh didapati dalam bahagian pilihan raya itu untuk mengadakan jentera yang perlu bagi pendaftaran dan pengundian; dan (iii) jumlah pemilih yang seimbang bagi setiap bahagian pilihan raya dalam satu negeri kecuali apabila terdapat kesukaran perhubungan dan pengangkutan yang dihadapi di luar bandar. Luas bahagian pilihan raya patut diberi pertimbangan; dan (iv) mengekalkan perhubungan masyarakat tempatan. Mengikut Perkara 4, Bahagian II, Jadual Ketigabelas, Perlembagaan Persekutuan, jika SPR telah memutuskan untuk buat syor di bawah fasal (2), Perkara 113 berhubung dengan mana- mana bahagian pilihan raya, SPR akan memaklumkan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Perdana Menteri. SPR seterusnya akan menyiarkan dalam warta dan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar yang diedarkan dalam pilihan raya itu satu notis yang menyatakan antara lain kesan syor SPR tersebut dan representasi mengenai syor tersebut boleh dibuat kepada SPR dalam tempoh satu bulan selepas penyiaran notis. Berdasarkan kepada seksyen 10, Bahagian II, Jadual Ketigabelas, Perlembagaan Persekutuan, setelah dilaporkan persempadanan diterima separuh daripada Ahli Dewan Rakyat perlu menyokong bagi meluluskan cadangan persempadanan yang dibentangkan. Bagi meminda Perkara 46, Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan keanggotaan Ahli Dewan Rakyat, ia perlu mendapat sokongan 2/3 daripada Ahli Dewan Rakyat selaras dengan Perkara 159, Perlembagaan Persekutuan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Simpang Renggam. Tuan Liang Teck Meng [Simpang Renggam]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya soalan saya disalah tafsir. Saya sebenarnya ingin tujukan kepada EPU dan bertanyakan sama ada Wilayah Iskandar dapat masukkan Simpang Renggam? Bagaimana kerajaan membantu meningkatkan ekonomi di sekitar kawasan Iskandar seperti Simpang Renggam ini? Jadi, boleh atau tidak selepas ini saya minta EPU menjawab secara bertulis kepada saya dan saya meneliti jawapan juga dari segi SPR jugalah. Saya dengar keempat-empat perkara yang disampaikan, yang dijawab oleh Yang Berhormat Menteri. Saya ingin mencadangkan supaya elemen pembangunan ekonomi ini juga harus diambil kira dalam menggariskan dalam persempadanan semula, persempadanan Parlimen yang baru. Terima kasih. Saya mohon penjelasan. DR 19.11.2013 3 Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Ya, soalan ini sepatutnya pergi ke EPU. Iaitu untuk memasukkan Simpang Renggam dalam Wilayah Iskandar. ■1010 Akan tetapi kita juga memikirkan sebab soalan ini terlampau umum kemungkinan Yang Berhormat hendak mengetahui supaya semasa persempadanan semula ini sama ada Simpang Renggam boleh dimasukkan secara automatik dalam Wilayah Iskandar. Jadi dua-dua itu diberi pertimbangan yang sewajarnya. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Gombak. Ya hendak soalan yang mana Yang Berhormat, sSoalan yang sekarang inikah? Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Itulah saya hendak beritahulah ini Tuan Yang di-Pertua... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat berkenaan SPR. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Simpang Renggam. Soalan yg dikemukakan agak jelas dan terang, soal Wilayah Iskandar yang dicadangkan oleh beliau sama ada boleh dimasukkan dalam cadangan yang dikemukakan. Akan tetapi oleh sebab Yang Berhormat Menteri keliru dalam memberikan jawapan maka saya ingin memberi soalan tambahan kepada jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi. Yang Berhormat menyatakan bahawa peranan SPR hari ini ialah selain daripada menguruskan pilihan raya, kita juga sedia maklum bahawa peranan yang dipertanggungjawabkan kepada SPR juga untuk mengemaskinikan Daftar Pemilih dan mencadangkan persempadanan semula mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Sudah tentulah beban tugas ini akan menimbulkan kekeliruan dan juga tidak ada prinsip check and balance yang sering menjadi pertikaian pada hari ini. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri adakah kerajaan bersedia untuk menimbangkan pembentukan Boundary Commission seperti yang telah diamalkan di beberapa negara maju khususnya United Kingdom di mana Election Commission di sana berperanan hanya untuk conduct a free and fair election . Sementara Boundary Commission hanya bertanggungjawab untuk memberikan cadangan kepada kerajaan tentang persempadanan baru yang akan dilaksanakan setelah ada konsultasi dengan stakeholders dan pihak-pihak yang berkenaan. Maka cadangan ini telah pun kita bincang panjang dalam Jawatankuasa Parlimen Penambahbaikan Sistem Pilihan Raya kita. Namun tidak ada sebarang respons daripada kerajaan, maka saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri adakah kerajaan bersedia untuk menimbangkan untuk membentuk Boundary Commission bagi mencapai matlamat yang telah saya gariskan sebentar tadi. Terima kasih. Dato' Seri Shahidan bin Kassim [Arau]: Tuan Yang di-Pertua, yang pertama tentang kekeliruan soalan ini, kita telah menjawab bagi pihak SPR. Oleh sebab persempadanan itu akan muncul dalam kepala semua pihak bahawa ialah persempadanan pilihan raya. Kita maklumkan DR 19.11.2013 4 bahawa kalau persempadanan pilihan raya itu sudah masuk ke kawasan Iskandar itu lebih bagus sebab dia akan kekal masuk di sana. Akan tetapi dalam masa yang sama untuk tujuan pembangunan, sama ada Simpang Renggam patut dimasukkan di sana atau tidak kerana keadaan lokasi yang strategik hal itu akan dipertimbangkan oleh pihak kerajaan. Yang keduanya apa-apa penambahbaikan pada pandangan Yang Berhormat ataupun apa-apa pindaan yang kita hendak buat berhubung dengan persempadanan ini mesti kita pinda Perlembagaan. Sebab ini telah termaktub dalam Perlembagaan bahawa SPR akan menjalankan kajian mengenai persempadanan selama dua tahun, maksimumnya dua tahun. Selepas itu kita ada ruang, ada ruang untuk memberi pandangan ataupun mempertikaikannya terpulang kepada kita sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan. Sekarang ini kita berdiri di atas dasar Perlembagaan. Cadangan Yang Berhormat sama ada kita hendak buat Boundary Commission, dengan izin, kerana Yang Berhormat selalu membandingkan England adalah terbaik dan sebagainya. Pada pandangan saya perbandingan dengan England adalah tidak sesuai untuk tujuan tersebut sebab di England pendapatan dia lain, di Malaysia lain. Kemudian dari segi pemahaman di sana
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages189 Page
-
File Size-